Friday, February 18, 2011

INHERIT

Tiba-tiba pagi tadi masa dengar Hot FM dengan tetamu jemputan trio KRU, dapat sikit idea untuk tulis pagi ini. Berkenaan adik beradik dan berkenaan asrama. Apa kaitannya pula kan?

Teringat pula ada satu adat yang mungkin orang tak perasan atau tak ambil port sangat dengan hal ini. Tapi bagi aku ianya satu trend yang COOL dan harap-harap di asrama sekolah aku yang lama (walaupun aku dah tinggalkan lebih dari 10 tahun) masih mengekalkan trend ini.

Warisan Nama.

Kalau adik beradik korang bersekolah di sekolah yang sama dan tinggal di asrama yang sama, terutamanya asrama sekolah aku masa dulu, aku yakin adik-adik korang akan mewarisi nama gelaran kamu pada masa akan datang. Ia terpulang pada korang (yang paling abang) samada korang seorang yang popular (samada popular nakal atau popular baik atau popular nerd) atau tidak. Kalau korang jenis yang pasif, kalau kena bahan pun buat bodoh je, slowpoke macam kena sakit parkinson, kebarangkalian untuk adik-adik korang mewarisi nama gelaran kau adalah sangat rendah. Juga kepada adik-adik korang yang berlainan jantina. Yang itu kes terpencil kalau mewarisi pun.

PUSAT
Dulu ada seorang senior aku nama dia PUSAT. Dia ala-ala samseng sekolah lah sebab badan dia quite besar juga lah. Jadi ia tergolong dalam golongan popular nakal. Lepas dia pindah sekolah selepas PMR, adik dia masuk sebagai junior aku. Oleh kerana makan hati dengan tindakan nakal abang dia dulu, junior itu juga dinamakan PUSAT. 2 tahun lepas itu, adik junior itu pun masuk sekolah asrama yang sama dan nama PUSAT itu terus diwarisi. Oleh kerana dalam satu asrama tak boleh ada nama yang sama sebab susah nak bezakan, PUSAT yang tua tu dipanggil PUSAT BESAR (walhal orangnya kurus) dan PUSAT yang junior tu dipanggil PUSAT KECIK.

KOYA
Ini pun sama kes dengan kes PUSAT. Tapi bezanya cuma dia ada 2 beradik je yang masuk sekolah yang sama. PUSAT ada 3 beradik.

AMAN / PORAK
Kes yang ini lain sikit. Si abang dinamakan AMAN oleh kerana perwatakannya yang COOL dan STEADY. Somemore dia seorang pengawas. Dihormati. Bila masuk adiknya ke sekolah asrama yang sama, adiknya totally opposite of AMAN. Nakal, suka buat kacau, ada saja hal yang mendapat perhatian warden dan guru. Tak kan nak wariskan nama AMAN pada adik dia ni kan? So, budak-budak batch dia namakan dia sebagai PORAK (nama panjangnya ialah PORAK PERANDA tapi panjang sangat kan).

BATMAN / ROBIN
Gandingan nama ni agak COOL sebab guna nama superhero. Si abang dah dapat nama BATMAN dulu then adik mesti dapat nama ROBIN, sidekick kepada BATMAN. Sebab? Dua-dua atlit popular dan feveret pada waktu itu.

Tapi ada juga yang namanya diwarisi dari senior yang terdahulu namun tiada sebarang ikatan persaudaraan kecuali saudara seislam. Ini adalah daripada faktor humor dan bengong seperti mengaitkan perbezaan saiz atau persamaan saiz fizikal seseorang.

AWANG / GNAWA
AWANG merupakan senior di sekolah itu dan memiliki susuk tubuh yang amat gergasi (seperti aku) tetapi seorang junior (yang masuk sekolah selepas AWANG keluar dari sekolah) yang memiliki susuk tubuh yang terlalu beza bagai langit dan bumi, dinamakan sempena nama AWANG tetapi diterbalikkan namanya menjadi GNAWA. Dia mendapat nama ini kerana budak batch dia mendapati nama sebenar GNAWA terlalu formal untuk dijadikan panggilan harian. Rasa macam tak best.

WARAS
Ini adalah contoh warisan nama berdasarkan susuk tubuh dan paras. WARAS yang terdahulu dan WARAS yang kemudian berkongsi tubuh, ketinggian dan paras rupa yang agak sama jika dilihat dari sudut tingkat 3 asrama. Serius.

Ah tu je yang aku ingat. Kau yang baca ni, kalau ada pengalaman yang sama di asrama sekolah ke kolej ke universiti ke, sila-sila kongsi di ruangan komen. Bukan apa, boleh aku tumpang gelak sekali nanti, kan? Hehehe.

2 comments:

  1. tertinggal name boyak. glamour tu

    tu belum cerita bab nama ciptaan lagi mcm lempeng, bandi dll

    ReplyDelete

Komenlah Aku