Wednesday, February 16, 2011

HANTU SAMPUK BELAJAR MENYAMPUK

Di sebuah kejiranan hantu, tinggal 3 ekor hantu sampuk yang tidak mempunyai kerja tetap dan masih lagi keliru dengan tujuan mereka wujud. Selaku hantu baru dalam kejiranan tu, mereka cuba mendapatkan khidmat nasihat hantu-hantu yang lebih terdahulu daripada mereka. Dan oleh kerana mereka adalah hantu jantan, maka nilai kejantanan jelas menonjol, mereka cuba dapatkan khidmat nasihat hantu betina. Maka menurut kata hantu-hantu yang lain, di kawasan kejiranan itu hantu yang paling betina sekali ialah Pontianak. Maka tanpa segan silu mereka bertanyakan nasihat daripada Pontianak.

“Cik Pon, kami baru je la di kejiranan ini. Boleh bagi nasihat apa yang kami perlu buat?” Tanya hantu sampuk A yang hanya mahu dikenali sebagai A.

“Kau ni hantu apa?” Tanya Pontianak semula dengan nada kerek. Maklum la, hantu cantik. Kena jual mahal sikit.

“Kami hantu sampuk.” Jawab hantu sampuk B yang selesa dipanggil B. Tersengih-sengih macam minta penampor.

Tiba-tiba Pontianak tersengih sendirian. Idea jahat mula datang.

“Oh, korang hantu sampuk. Kalau macam itu yang pertama sekali korang kena belajar sampuk perempuan. Dekat sana..,” Kata Pontianak sambil menudingkan jari ke arah sebuah bangunan, ”…ialah asrama perempuan. Kau pergi sampuk mereka. Kemudian jumpa aku balik.”

Tanpa dilengahkan dan penuh dengan kenaifan, hantu sampuk bertiga terus terbang menuju bangunan itu. Bangunan yang dipenuhi warga sekolah berjantina wanita. Dan Pontianak yang melihatkan telatah hantu sampuk hanya tertawa sambil merenung bulan mengambang malam tu.

Selepas beberapa jam ketiga-ketiga hantu itu datang semula. Semuanya tak sabar-sabar nak berkongsi cerita dengan Pontianak.

“Cik Pon, bila saya masuk bilik tu, saya tengok perempuan tengah nangis-nangis. Saya apa lagi, terus sampuk dia. Saya ingat bila dah sampuk senang nak handle perempuan. Tapi hampeh. Kepala saya asyik ingat lelaki sahaja. Henpon pon asyik bunyi aje. Pastu bila angkat dengar suara laki marah-marah. Celaka betul. Susah rupanya sampuk perempuan yang tengah gaduh dengan pakwe." Rungut Hantu sampuk A.

"Cik Pon, saya pula ragu-ragu nak sampuk. Cik Pon kata tu asrama perempuan. Tapi kenapa saya bila saya masuk bilik tu ada lelaki pula. Tapi lelaki tu nampak pelik." Kata Hantu sampuk B.

"Pelik yang macam mana?" Tanya Pontianak kehairanan.

"Lelaki tu ada dada besar. Macam perempuan." Jawap Hantu sampuk B kenaifan.

"Ha ha ha," Ngilai Pontianak,"Kamu pula, macam mana? Dari tadi asyik diam je."

Hantu sampuk C tak menjawap. Mukanya asyik berkerut dari tadi sambil tangannya mengepit bahagian alat sulitnya.

"Saya.... sakit.....sengguguut...."

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku