Wednesday, December 29, 2010

SEMOGA BERJAYA PASUKAN RIMAU-KU...


Semoga spirit Voltron berada dalam setiap sepakan padu-mu! Roar!

BOLA PUNYA PASAL PUN BOLEH KASI GADUH KA? LABU!

Cerita tentang bola sepak semakin panas sejak akhir-akhir ini. Macam-macam perkara dah berlaku. Pasal laser la, pasal coli la, pasal Acheh la. Ada yang satu jenis tu siap balik baca buku sejarah pasal nak cari poin untuk maki hamun orang.

What the hell ni?

Isu sukan dicampur-aduk dengan benda lain. Gaduh pasal bola tapi poin gaduh pasal Malingsia la, Malaysia Pencuri la, Malaysia menang pasal dukun la. Aku yang tak minat sukan pun boleh jadi pening. Gila apa nak menang Piala Suzuki berhabis duit guna khidmat bomoh luar negara. Kalau benar-lah benda tu berkesan, dalam lama dah Malaysia boleh menang Sukan Sea ke Sukan Asia ke Sukan Komanwel ke. Bangang.

Tiba-tiba teringat kisah masa aku kanak-kanak.

Asal aku gaduh dengan adik beradik aku atau dengan rakan sebaya yang lain, mesti akan berbalas gaduh. Bukan gaduh bertumbuk la. Gaduh mulut. Dia ejek kita, kita ejek dia. Berlarutan sampai hati dan mendidih, muka dah naik merah. Lepas tu mesti bertumbuk. Ok, itu kalau budak kecik yang bergaduh la. Lawan ejek then mengamuk sebab hati tak kental nak terima ejekan.

Kalau dalam kes bola sepak baru-baru ini pula, dia kutuk kita, kita kutuk dia, dia kutuk dalam twitter, kita balas balik. Yang paling best, pasal bola sepak la, Facebook, blog dan apa-apa laman sosial yang dimiliki oleh rakyat Malaysia akan mereka kutuk. Childish gila. Agaknya masa zaman sekolah cikgu depa tak ajar tentang "Adat Pertandingan : Ada yang menang, ada yang kalah". Hish...

Kalau setakat gaduh siber atau ganggu perlawanan akhir atau ganggu tempat penginapan, tak membawa kepada ending yang bahagia. Macam kisah kanak-kanak yang aku ceritakan tadi. Endingnya mesti akan bertumbuk punya. What the hell pasal bola sepak pun boleh berlaku pertumpahan darah? Gila.

Pada aku, selaku rakyat Malaysia, kita bagi je la apa yang mereka nak. Mereka nak menang? Kita bagi je la. Apa yang depa tak puas hati, kita layankan aje.

Diam tak bererti kalah, kita menang di hati dunia. Agak-agak kau la, dunia akan lihat yang jahat dari kemenangan atau mereka yang mengalah? Menang sebab mengancam keselamatan dunia boleh diterima akal humanity ke?

P/S : Mesti ada yang tak setuju kalau aku cakap kita ikutkan saja kehendak depa. Aku tahu. Tapi jangan risau, ini cuma pandangan picisan saja. Tak perlu propagandakan kenyataan aku ini.

Tuesday, December 28, 2010

DAH AKHIR TAHUN DAH

First time kerja di syarikat yang agak besar walaupun sebenarnya aku digaji untuk mengendalikan subsidiarinya sahaja. Walaupun hanya subsidiari sahaja namun segala kehendak dari holding aku kena ikut.

Corporate dateline, audit requirement, corporate requirement, report itu, report ini.

Lebih-lebih lagi bila nak tutup akaun akhir tahun macam sekarang ni. Tergolek-golek jugak nak kena buat semua. Banyak sangat benda baru yang nak kena belajar sampai tak ter-catch up.

Oh, tak dapat la aku update entri selalu. Eh, macam la aku selalu update. Hehehe.

Oh, aku harap semua cepat-cepat habis. Ini bukan rungutan hokay!

Sunday, December 26, 2010

DAN TIBA-TIBA PERASAAN ITU DATANG

Aku tak pasti samada kau rasa apa yang aku rasa akhir-akhir ini tapi aku rasa ada di luar sana, di dalam atau di luar Malaysia, yang paling kurang pun seorang, merasa apa yang aku rasa akhir-akhir ini.

Setelah berpuluh majlis perkahwinan dihadiri, kita akan lihat kegembiraan demi kegembiraan yang dikecapi oleh ramai kawan. Semestinya kita berkahwin kerana ingin mengecapi kebahagiaan rumahtangga dan bukan setakat menjadi tiket untuk melakukan hubungan seks semata. Kan?

Dan kamu yang masih datang majlis perkahwinan secara solo (maksud aku bukan berkumpulan tetapi berduet), apa yang kamu rasa selepas menghadiri majlis sebegini lebih dari 30 kali? Apa, tak rasa apa-apa? Sure? Makhluk asing kot kau ni.

Aku? Aku dah hilang syahwat nak pergi ke majlis seumpama ini. Serius shit. Dah tak teruja langsung. Datang majlis sorang-sorang then meet up member lama, borak-borak pelir sikit dan ambil gambar. Kemudian tetap pulang ke rumah seorang diri sambil bawa goodie bag dari pengantin. Kadang kala kau akan rasa you is totally loser, dude.

So, kalau ada sesiapa yang rasa aku tak hadir ke majlis mereka dan bagi alasan yang macam celaka, sila maafkan aku dan sila fahami situasi seorang lelaki berumur 27 tahun yang kesepian dan totally blame himself for being loser.

But i got a friend that see this lonely feeling on positive side.

"Ala, kita tak dapat awek lambat ni bukan apa. Mungkin tuhan nak beri yang terbaik untuk kita tanpa perlu bersusah payah clash sana sini then baru jumpa true love. Mungkin tuhan tak uji kita dengan benda tu semua tetapi tuhan uji kita dengan kesabaran."

And i totally agreed with him.

You rawk, dude!

Friday, December 24, 2010

REVIEW FILEM : GULLIVER'S TRAVEL


Jack Black tak pernah gagal buat aku gelak di sepanjang aku mula mengenali dia dan filem-filem lakonan dia. Walaupun filem serius seperti filem King Kong. Aku rasa dia memang Afdlin Shauki Amerika. Orang berbakat yang tak harus dipersia-siakan bakatnya.

Siapa yang tak pernah dengar cerita tentang Gulliver's Travel? Angkat kaki.

Ok, sekarang turunkan kaki. (Bau cagu).

Yang tak pernah dengar tu mesti masa korang kecil-kecil dulu asyik dok baca buku Siri 3 penyiasat atau Siri Penyiasatan Nancy Drew je kan? Tak fun langsung sebab tak baca buku fairy tales. Apa guna jadi budak kecil kalau tak baca cerita dongeng? Kalau dah besar-besar ni baru nak berjinak-jinak baca buku dongeng, ada pula yang kena hempuk dan diherdik "Woi, dah besar-besar pun baca buku budak kecik!". Kan?

Ini tentang Lemual Gulliver, seorang warga New York yang bekerja biasa-biasa di bilik mel sebuah syarikat penerbitan majalah selama 10 tahun. Dah selama itulah dia bahagia di dalam comfort zone-nya itu. No changes. Dan sejak 5 tahun kebelakangan, dia sering ke pejabat Darby, editor bahagian pelancongan, macam nak bagi mel tapi tiada mel. Faham tak maksudnya apa? Ok, aku bagi klu. Darcy seorang perempuan cantik dan Gulliver seorang yang low self-esteem. Gulliver datang jumpa Darcy nak bagi mel tapi takde mel. Dapat tangkap tak? Lampi.

Sehingga satu hari, seorang pekerja baru bernama Dan datang dan membawa perubahan baru kepada Gulliver.

Ok, sekarang kita dah tahu Gulliver seorang yang low self esteem. Tapi bila nak pergi Pulau Liliput, pulau orang kerdil tu?

Lepas Dan masuk, dia terus dinaikkan pangkat sebagai ketua bilik mel yang mana ini benar-benar membuatkan Gulliver lebih low self esteem. Down gila. Dah la kena kutuk sebab takut nak ajak Darby keluar dinner, kena pula downgrade jawatan. Pergh. Mandom~

Dalam takut-takut tu, dia masuk bilik Darcy dan cuba memberanikan diri menyatakan hasratnya dan sekali dia gugup lalu terus mengambil borang kosong sebagai penulis ruangan pelancongan. Darcy terperanjat sebab selama ini dia tak tahu pun Gulliver boleh menulis (dan dia sebenarnya memang tak tahu menulis pun, korang pun tahu kan?). Darcy suruh Gulliver tulis apa-apa artikel tentang mana-mana tempat yang Gulliver pernah pergi.

Lalu dengan otak paling bijak seperti kebanyakkan pelajar universiti di Malaysia, dia memulakan sesi memplagiat artikel dan menghantar artikel itu pada Darcy keesokkannya. Dan dan itu juga da diterima bekerja dan terus dapat tugasan : Pergi ke Segitiga Bermuda dan pastikan kenyataan seorang penduduk itu betul atau tidak.

Berbekalkan sebuah bot yang mempunyai GPS, 6 tin Coca Cola, sebuah majalah, iphone dan sweater, dia memulakan pengembaraan di Bermuda yang dia sebenarnya langsung tiada idea tentang betapa bahayanya Bermuda itu.

Lepas itu ceritanya sama sahaja seperti versi bacaan yang kita ketahui selama ini.

Lagi satu pelakon yang tak pernah gagal buat aku gelak ialah Jason Segel sebagai Horatio, rakyat biasa yang jatuh cinta kepada puteri kerajaan Liliput. Dia juga memegang watak Marshall dalam drama bersiri How I Met Your Mother.

Kalau aku nak cerita habis dalam ni memang korang malas pula nak pergi pawagam. Jadinya, aku takkan cerita lebih detail la. Tapi bagi penonton macam aku, kesilapan runcit-runcit macam synconize makhluk kecil dan besar berbual (makhluk kecil dongak lebih tinggi dari ketinggian makhluk besar), kesilapan macam ini aku anggap kira halal je la.

Dapat tonton Jack Black dan lawak ciptaannya pun dah cukup bahagia dah sebenarnya. He he he. Ada cerita tentang Titanic, Star Wars. Ha ha ha.

Monday, December 20, 2010

KITA NI MANUSIA. PANDAI-PANDAILAH BEZAKAN BAIK DAN BURUKNYA PERANGAI KITA.

Sejak kebelakangan ini, banyak dah aku dengar orang huru-hara sana sini marah-marah pasal orientasi manusia sekarang yang pelik-pelik. Dah tuhan ciptakan naluri lelaki kepada wanita dan naluri wanita kepada lelaki, tetapi tetap ada juga yang bernalurikan sesama jenis. Ingat, setiap kejadian yang Tuhan tunjukkan di bumi ini adalah untuk kita jadikan pengajaran dan tauladan. Bukan hanya tahu maki hamun cemuh sana sini tapi tauladannya tak diambil. Bab-bab maki hamun laju je. Bab-bab yang baik, hanyut.

Ada yang aku dengar tu sampai maki hamun tak tentu hala pada golongan yang ramai rasanya gelarkan sebagai seksualiti alternatif. Ini termasuklah golongan mak nyah, gay dan lesbian. Asyik dok maki sampai lupa yang kawan tu juga manusia. Ada hati dan perasaan. Ada juga rasa marah dan perasaan ingin lempang mulut orang yang maki hamun.

Aku bukan mahu menangkan mana-mana pihak. Tapi cuba fikirkan sikit apa yang aku nak cakap ni. Kot la boleh buka minda sikit, tenangkan hati yang nak marah tak tentu hala tu.

(1) Ya, aku tahu bahawa menyerupai wanita (bagi lelaki), menyerupai lelaki (bagi wanita) dan menukar jantina adalah salah di sisi agama. Memang dah terang-terang salah. Masa zaman nabi dahulu kala pun dah Allah tunjukkan balasan. Cuma kita yang tak ambil iktibar. Masa zaman nabi Nuh. Golongan seksualiti alternatif ini sangat kuat sampaikan Nabi sendiri bagi nasihat pun mereka tak nak dengar. Mereka golongan dominan. Namun satu hari Allah tunjukkan kuasa. Kita mesti tak nak berlaku kisah itu pada negara kita kan? Oleh sebab itu kita mengarok tak tentu pasal marahkan golongan seksualiti alternatif ini.

Tapi orang sekarang ini marahkan golongan ini bukan sebab takutkan azab Tuhan tapi sebab menyampah tengok muka mak nyah. Sebab katanya, "Dah la tak lawa, make up tebal-tebal plak tu. Hodoh!". Marahkan mak nyah sebab mak nyah tu tak cantik. Ni apa punya lahanat alasan marahkan mak nyah sebab mak nyah tak cantik.

Disebabkan perkara-perkara ini, golongan mak nyah ini semakin meminggirkan diri dari masyarakat. Dok kerja tak tentu hala. Nak kerja kedai runcit pun kena cemuh. Macam mana depa nak hidup ni? Jalan yang paling senang, melacurkan diri. Sekarang bila depa melacur kita juga yang marah. Tapi kita tak nak bagi depa kerja cari rezeki yang halal. Kerja jaga butik pun orang dah pandang serong dah.

Ini termasuk juga golongan seksualiti alternatif yang lain.

Aku bercakap tentang kemanusiaan. Tentang cara hidup kita sesama manusia. Sebab jika dipandang pada aspek agama memang terang-terang depa salah. Kalau kita tanya depa pun depa tahu depa salah. Memang depa takkan argue. Lagi satu dari aspek perkahwinan. Apa benda sedap sangat kahwin sama jantina aku pun tak tahu nak fikir macam mana lagi. Kalau dok bercinta geli-geli tu lain cerita. Ini berkahwin. Hilang akai ka? Tapi dari aspek kemanusiaan, depa ada sama taraf dengan kita.

(2) Kot la kita nak mencegah depa dari terpengaruh dengan gejala-gejala ni, jangan la dok guna kekerasan semata-mata. Makin la kawan tu keras hati nak berubah. Guna pendekatan yang dok masuk akai sikit. Cara lembut. Ni dak, guna cara ganaih, kuda pun takut.

Macam contoh. Aku ada kenai sorang member ni time ngaji dulu. Memang nyah habis. Tapi tak pernah disisihkan. Tengok movie sama-sama. Makan sama-sama. Tapi bila dia dok buat perangai gatai, pandai-pandai dok bagi penangan sikit.

Bapak dia ni orang kuat agama juga kat kampung dia tapi apakan daya dapat anak yang lembut. Apa bapak dia buat? Tiap kali balik kampung bapak dia pesan, "Hang nak jadi apa pun bapak tak kesah tapi kalau kau nak balik kampung dok umah ni, hang jangan potong misai dengan janggut. Tu ja syarat bapak". Hangpa nampak cara orang tua tangan masalah mak nyah ni?

Sampai habis ngaji dia jadi satu-satunya nyah yang ada misai dengan janggut.

Eh, aku asyik cakap mak nyah sahaja. Kata cakap pasal seksualiti alternatif? Benda yang aku nak cakap sama je.

Hormati kita sesama manusia. Memang dia salah sebab jadi begitu. Tapi dia manusia juga. Tapi yang peliknya, kalau ada perempuan dok pakai seksi-seksi takde pulak yang nak menegurnya. Yang dok pakai seksi-seksi tu Tuhan suka ke?

Tak payah jawab, aku yakin hangpa tau jawapannya.

Renung-renungkan dan selamat berfikir.

*** Aku bukan penyokong mana-mana gerakan anti-mak nyah dan golongannya atau penyokong gerakan seksualiti merdeka. Aku cuma bagi pandangan supaya negara kita ni lebih aman untuk diduduki. Jangan silap faham. Aku tampaq karang.

Thursday, December 16, 2010

WANITA IDAMAN JEJAKA

Ramai yang tegur aku. "Eh, apasal kau tak kahwin-kahwin lagi ek?" So, aku dah penat nak jawab. Aku tak jawab langsung. Tapi si penanya jawab sendiri. "Kau ni memilih sangat kot.". Ada betulnya juga tu. Sebab bagi aku, kita kena la memilih sikit nak cari teman hidup ni. Tak kan nak tangkap buat je kot.

Ini bukan hal main pondok-pondok. Kahwin pukul 11am, cerai pukul 2pm. Tu pun sebab emak panggil balik rumah makan nasik. Ini perangai selebriti je yang buat. Ini hal rumah tangga, bang. Nak guna lama. Nak kekal lama.

Ok, maybe ciri-ciri wanita pilihan aku lain dari lelaki-lelaki gemuk yang lain, tapi apa boleh buat, selera orang lain-lain kan?

1) Orangnya sedang-sedang sedap-sedap elok buat peluk-peluk. Tak besar sangat, tak kecil sangat. Cukup la aku seorang je yang besar. Kalau dua-dua besar, nak kena order katil saiz double king size pulak. Nak tempah mana katil dengan tilam besar macam tu?

2) Orangnya mesti tak sama hobi dengan aku. Kalau boleh tak semua yang aku suka, dia pun suka. Dan tak semua yang dia suka, aku pun suka. Baru la boleh praktis nak bertolak ansur. Kemudian hidup pun tak boring sebab aku boleh cuba hobi dia dan dia boleh cuba hobi aku. Masing-masing cuba benda baru. Amacam? Reasonable tak?

3) Yang penting ada kebolehan dan keinginan nak cuba memasak. Bukan jenis masak sekali, lauk kari jadi asam pedas, terus merajuk campak periuk. Sebab aku suka makan. Hehe.

4) Mesti jenis berdikari. Pandai hidup sendiri. Bukan apa, kalau aku mati nanti dan tak sempat nak tinggalkan harta tinggi gunung ledang, dia still boleh hidup dan akan cari jalan nak hidup. Bukan jenis minta-minta pada orang ramai. Buat malu aku je nanti.

Tu je kot. Bukan banyak sangat pun. Tak kan ramai-ramai umat wanita dalam dunia tak de ciri-ciri macam ni kan? Dan tak kan la aku tak menepati ciri-ciri lelaki idaman mereka kan?

Renung-renungkan dan selamat beramal!

Saturday, December 11, 2010

AWESOME


Terima kasih Erica Albright sebab buat Mark Zuckerberg kecewa malam itu. Kalau tak, takde idea nak buat facebook dan Myspace & Friendster still rules then.

HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH!


(1) Lawak Abang Mamat memang ada style yang sendiri. Style lawak lain dari lawak-lawak Afdlin Shauki. Siapa kata cerita seram tak boleh ada elemen komedi dan romantik?

(2) Aku bukan peminat filem seram. Tapi filem seram Abang Mamat aku layan. Kah kah kah. Elemen seram dia tu just seram-seram kuku je. Tak la aku sakit jantung.

(3) Videografi masa diorang lari ketakutan tu tersangat la cute. Aku rasa baru first time aku tengok filem Malaysia buat style tu. Serius, cute dan kelakar sebab fokus tang muka dan suara ketakutan. Kah kah kah.

(4) Kisah kaki Usop memang sangat tragis. Tapi lagi tragis bila semua orang kampung tak perasan dan tak tegur langsung bila Usop berlari ketakutan dengan kaki sambil usung kerusi roda dan bukannya lari dengan kerusi roda. Kah kah kah. Memang cilakak perangai.

(5) Lagu Cinta Kristal memang best!

(6) Lambat betul aku tangkap yang Che Nin tu sebenarnya hantu. Cilakak. Dah half way baru aku macam "A'ah ek!". Watak Ayu tu aku rasa macam tak perlu ada pun tak pe kot.

(7) Orang melayu yang duduk oversea sekali pun, kalau dah namanya melayu tu memang akan percaya perkara-perkara tahyul. Dah memang meresap dalam jatidiri. Tak boleh buat apa-apa dah. Hehehe.

Tuesday, December 07, 2010

JOHN NASH


Kau nak cakap aku lambat tengok ke cerita dah berzaman ke, aku tak peduli. Aku baru tengok A Beautiful Mind. Dan aku sangat suka. Ha ha ha. Jadi skizo tapi teori digunakan satu dunia. Tapi kena tabah jadi bahan orang la. Tapi tak tahan maki memang tak boleh la.


MACAM BIASA AWAL TAHUN

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH.

Seperti tahun baru masihi, aku masih mahu memasang hajat macam manusia-manusia lain supaya kehidupan aku ini seperti ada matlamat. Dan bukan macam robot. Buat benda yang sama sahaja. Sepanjang tahun. Macam robot. Boring dan memboringkan.

1. Misi mencari calon isteri solehah masih lagi berjalan seperti biasa. Man-man sahaja. Tiada yang agresif. Tapi masih berjalan. Jangan berhenti. Bak kata orang tua, sikit-sikit lama-lama dapat bukit.

2. Sempena dah dapat kerja baru, kerja mesti bersungguh la sikit. Fokus aku cuma boleh bagi parent duit sikit, simpan untuk kahwin dan dapat berjalan tengok tempat orang a.k.a berholiday. Asyik dengar orang saja yang pergi hoilday. Aku pun nak pergi juga. Tahun ini aku pula yang mesti berjalan woh!

3. Nak jaga kesihatan sikit la rasanya. Pergi medical check up setahun sekali ke, register nama dekat Gym ke, amalkan cara makanan yang sihat ke. Bagi nampak gemuk tapi kalau ajak jogging 5 km masih steady lari laju. Baru la potential makwe tengok boleh terus jatuh cinta.

4. Lagi satu, rasanya nak angkat kereta la satu. Tengok la mana kereta yang mampu. Secondhand boleh, first hand pun boleh. Elakkan aku beli kereta curi je. Hahaha.

5. Last but not least, bayar hutang PTPTN yang dah banyak melampau.Padan muka. Siapa suruh pinjam banyak-banyak? Kalau kena blacklist, macam mana nak pergi Umrah?

****6. Nak tulis entri yang seronok-seronok dan buat orang senyum dan senang hati. Kalau dapat buat orang ketawa dan senyum pun aku dah rasa senang hati. Tiba-tiba teringat lagu "Senyum" pulak. Kacak luar kacak dalam kacak dengar sini, kalau saya senyum awak mesti senyum sekali. Hehehe.

Saturday, December 04, 2010

2 MINGGU TANPA KHABAR :)

Lama dah rasanya tak menulis. Dah berhabuk rasanya otak ni.

Ok, kita mula. Baca sekali nafas. Kalau terer. Mesti tak terer kan? Takpe, still boleh baca lagi.

1) Aku dah mula kerja baru. Pejabat di Ulu Tiram. Ulang alik dah naik kereta dah. Hujan ke panas ke ribut ke petir ke, dah kurang risau dah. Dah tak kena singgah stesen minyak tumpang berteduh. Environment kerja pun selesa. Style kerja pun banyak berubah. Pejabat ramai awek. Itu yang penting sebenarnya. Ha ha ha. Office ada internet tapi kena blocked. Biasa la, company besar. Tiap-tiap bulan dapat baucer KFC/Pizza Hut/Rasamas/Ayamas RM20. Sabtu kena kerja :( Apa harapan aku bekerja di sini? Dapat makwe la. Ha ha ha.

2) Final draft pusaka dah hantar pada penyelaras, Toqreemaow. Macam-macam feedback aku dapat bila minta kawan-kawan baca. Ada yang postif, ada yang negatif. Aku kerap mengubah cerita. Tapi final draft cuma Toqreemaow je yang tahu. He he he.

3) Bila dah hari Sabtu kena kerja, banyak ativiti mingguan tertangguh. Nak berjalan gerak pagi Sabtu semua kena tunda ke tengahari. tapi tak mengapa lah. Kerja dah seronok. Gaji juga agak lumayan. Alhamdulillah. Tak dapat kaya, dapat selesa sikit dalam sektor kewanganbulanan pun jadilah. Boleh beli kereta dan simpan duit untuk kahwin. Ihiks.

4) Hobi aku pun dah kena selaraskan semula. Hobi download series drama dah kena buat waktu malam hari kerja dan hujung minggu sahaja dengan menggunakan streamyx rumah yang super kura-kura. Rindu pula dekat line internet pejabat lama :( Tapi tak mengapa lah. Banyak yang baik jadi di pejabat baru :)

5) Gaji naik bermakna tanggungjawab pun bertambah. Nak kena bagi emak lebih sikit, nak kena bayar PTPTN (Semalam dah dapat surat suruh bayar bayaran tertunggak :( dah), nak saving banyak, beli buku bacaan yang tak jadi beli sebab duit tak cukup dulu dan yang penting aktiviti berseronok tetap maintain. Oh ya, kali ini Insya-Allah portion untuk makcik aku (bayar zakat) dan derma masjid secara konsisten. Insya-Allah. Semoga niat aku tetap.

Rasanya dah cover semua cerita aku yang hambar dalam 2 minggu kebelakangan ini kot. Tak seronok kan?

Rasanya malam ini nak try tulis entry bagi sedap dan gila sikit la. bagi meriah sikit. Biar orang baca entry aku dan tersenyum. Aku suka tengok orang senyum. Lagi suka kalau yang senyum tu awek. ihik.

Eh, apa aku mengarut ni!