Sejak kebelakangan ini, banyak dah aku dengar orang huru-hara sana sini marah-marah pasal orientasi manusia sekarang yang pelik-pelik. Dah tuhan ciptakan naluri lelaki kepada wanita dan naluri wanita kepada lelaki, tetapi tetap ada juga yang bernalurikan sesama jenis. Ingat, setiap kejadian yang Tuhan tunjukkan di bumi ini adalah untuk kita jadikan pengajaran dan tauladan. Bukan hanya tahu maki hamun cemuh sana sini tapi tauladannya tak diambil. Bab-bab maki hamun laju je. Bab-bab yang baik, hanyut.
Ada yang aku dengar tu sampai maki hamun tak tentu hala pada golongan yang ramai rasanya gelarkan sebagai seksualiti alternatif. Ini termasuklah golongan mak nyah, gay dan lesbian. Asyik dok maki sampai lupa yang kawan tu juga manusia. Ada hati dan perasaan. Ada juga rasa marah dan perasaan ingin lempang mulut orang yang maki hamun.
Aku bukan mahu menangkan mana-mana pihak. Tapi cuba fikirkan sikit apa yang aku nak cakap ni. Kot la boleh buka minda sikit, tenangkan hati yang nak marah tak tentu hala tu.
(1) Ya, aku tahu bahawa menyerupai wanita (bagi lelaki), menyerupai lelaki (bagi wanita) dan menukar jantina adalah salah di sisi agama. Memang dah terang-terang salah. Masa zaman nabi dahulu kala pun dah Allah tunjukkan balasan. Cuma kita yang tak ambil iktibar. Masa zaman nabi Nuh. Golongan seksualiti alternatif ini sangat kuat sampaikan Nabi sendiri bagi nasihat pun mereka tak nak dengar. Mereka golongan dominan. Namun satu hari Allah tunjukkan kuasa. Kita mesti tak nak berlaku kisah itu pada negara kita kan? Oleh sebab itu kita mengarok tak tentu pasal marahkan golongan seksualiti alternatif ini.
Tapi orang sekarang ini marahkan golongan ini bukan sebab takutkan azab Tuhan tapi sebab menyampah tengok muka mak nyah. Sebab katanya, "Dah la tak lawa, make up tebal-tebal plak tu. Hodoh!". Marahkan mak nyah sebab mak nyah tu tak cantik. Ni apa punya lahanat alasan marahkan mak nyah sebab mak nyah tak cantik.
Disebabkan perkara-perkara ini, golongan mak nyah ini semakin meminggirkan diri dari masyarakat. Dok kerja tak tentu hala. Nak kerja kedai runcit pun kena cemuh. Macam mana depa nak hidup ni? Jalan yang paling senang, melacurkan diri. Sekarang bila depa melacur kita juga yang marah. Tapi kita tak nak bagi depa kerja cari rezeki yang halal. Kerja jaga butik pun orang dah pandang serong dah.
Ini termasuk juga golongan seksualiti alternatif yang lain.
Aku bercakap tentang kemanusiaan. Tentang cara hidup kita sesama manusia. Sebab jika dipandang pada aspek agama memang terang-terang depa salah. Kalau kita tanya depa pun depa tahu depa salah. Memang depa takkan argue. Lagi satu dari aspek perkahwinan. Apa benda sedap sangat kahwin sama jantina aku pun tak tahu nak fikir macam mana lagi. Kalau dok bercinta geli-geli tu lain cerita. Ini berkahwin. Hilang akai ka? Tapi dari aspek kemanusiaan, depa ada sama taraf dengan kita.
(2) Kot la kita nak mencegah depa dari terpengaruh dengan gejala-gejala ni, jangan la dok guna kekerasan semata-mata. Makin la kawan tu keras hati nak berubah. Guna pendekatan yang dok masuk akai sikit. Cara lembut. Ni dak, guna cara ganaih, kuda pun takut.
Macam contoh. Aku ada kenai sorang member ni time ngaji dulu. Memang nyah habis. Tapi tak pernah disisihkan. Tengok movie sama-sama. Makan sama-sama. Tapi bila dia dok buat perangai gatai, pandai-pandai dok bagi penangan sikit.
Bapak dia ni orang kuat agama juga kat kampung dia tapi apakan daya dapat anak yang lembut. Apa bapak dia buat? Tiap kali balik kampung bapak dia pesan, "Hang nak jadi apa pun bapak tak kesah tapi kalau kau nak balik kampung dok umah ni, hang jangan potong misai dengan janggut. Tu ja syarat bapak". Hangpa nampak cara orang tua tangan masalah mak nyah ni?
Sampai habis ngaji dia jadi satu-satunya nyah yang ada misai dengan janggut.
Eh, aku asyik cakap mak nyah sahaja. Kata cakap pasal seksualiti alternatif? Benda yang aku nak cakap sama je.
Hormati kita sesama manusia. Memang dia salah sebab jadi begitu. Tapi dia manusia juga. Tapi yang peliknya, kalau ada perempuan dok pakai seksi-seksi takde pulak yang nak menegurnya. Yang dok pakai seksi-seksi tu Tuhan suka ke?
Tak payah jawab, aku yakin hangpa tau jawapannya.
Renung-renungkan dan selamat berfikir.
*** Aku bukan penyokong mana-mana gerakan anti-mak nyah dan golongannya atau penyokong gerakan seksualiti merdeka. Aku cuma bagi pandangan supaya negara kita ni lebih aman untuk diduduki. Jangan silap faham. Aku tampaq karang.
eh aben, mana video gay tu? orang lain semua taruh video dia (sakarstik)
ReplyDeletewah..tahniah2.
ReplyDeletesame tahap dengan kaunselor aminuddin salleh.
cayalah encek wiwin