Friday, March 26, 2010

SEBELUM INI TAK DAPAT TIDUR NYENYAK SEBAB HATI TAK TENTERAM

"Aku bukan nak marah sangat Tina. Aku cuma terkilan ja. Sampai hati dia buat aku macam itu lepas aku korban se....."

Keletak kelekuk. Bunyi Hanis tekan kekunci "Enter" di papan kekunci.

"...lama ini. Dia ingat aku buat semua ini untuk apa? Sebab aku sayang dia tau. Senang-senang dia minta clash dengan aku..."

Keletak kelekuk. Bunyi Hanis tekan kekunci "Enter" di papan kekunci. Lagi.

"...lepas 2 bulan declare. Dia ingat aku tunggu dia selama 2 bulan outstation buat apa? Shit la."

Keletak kelekuk. Bunyi Hanis tekan kekunci "Enter" di papan kekunci. Lagi. Dan lagi.

Tetiba muncul reply dari Tina.

"Rileks babe. Something people do shit to their love one."

Baru hati Hanis tenang sedikit selepas dapat mengadu pada bahu kawan baiknya. Walaupun nun jauh di Aussie, Tina tetap layankan sahaja emosi Hanis. Hanis jenguk jam di skrin laptopnya. Agak lewat untuk international discussion antara Malaysia - Aussie. Ini yang membuatkan Hanis makin sayang pada Tina. Biarpun lewat mana sekalipun, Tina tetap ada untuk Hanis.

TQ Sayang.

Ops, mereka bukan pasangan songsang okeh!

*****

Kadang-kadang itu sebelum tidur, Hanis senyum sorang-sorang. Puas. Puas mengenakan orang yang meremukkan hatinya. Terpapar adegan Dia mengejar teksi yang dinaiki Hanis di The Curve tempoh hari. Biar padan muka dia. Padan muka 1000 kali. Kalau Dia ingat Dia boleh jadikan Hanis macam tempat persinggahan, Dia salah. Hanis bukan jenis "one night stand". Hanis baru sedar yang Hanis rupanya pencinta yang setia. Sekali Hanis cinta, orang lain Hans dah tak pandang dah. Cuma Dia yang bodoh untuk menyedari rumus cinta Hanis. Lembap. Harap belajar sampai luar negara, perihal cinta suci orang timur Dia tak tahu.

Bangang.

Hanis puas hati sebab dapat buat Dia macam itu. Kini tidur Hanis lebih nyenyak.

Wednesday, March 24, 2010

SAVE THE TEARS FOR THE BEST

Hanis hanya membelek-belekkan telefon bimbitnya. Badannya pula digolek-golekkan di atas katil. Senyap. Sambil berkhayal, dia memeluk bantal Garfield kesayangan. Kejadian siang tadi membuatkan hati Hanis runsing. Pening. Tiba-tiba, terdengar pula lagu "Pening" dendangan Ezlyn dan Dato M. Daud Kilau. Hanis terpinga-pinga. Mana datangnya lagu itu? Ina dengan selamba masuk ke dalam bilik Hanis. Dengan senyum umpama kerang busuk, dia mengambil telefon bimbitnya di atas meja cermin solek.

"Ah, benci. Masuk bilik orang dengan ringtones lagu lama-lama. Tak stylo langsung."

Slumber je Hanis komplen ringtones telefon bimbit Ina depan-depan. Dalam hati.

Belum habis runsing Hanis dengan ajak M siang tadi, tambah pula dengan ringtones telefon bimbit Ina dan baru sebentar tadi, Dia, ex-BF Hanis ajak keluar pula. Oh, keputusan berat. Mana nak pergi malam ini? Jumpa M atau jumpa Dia?

*******

Malam itu di The Curve, mereka duduk umpama orang asing. Macam makhluk asing pun ada. Jadi awkward. Pelik. Rasa macam tak kenal walaupun hakikatnya mereka sudah mempunyai bibit-bibit cinta sejak Disember lalu. Walaupun hanya melalui rangkaian sosial Facebook sahaja, cinta mereka tetap terjalin.

Duduk berdepan dengan minuman kopi masing-masing. Masing-masing mengharapkan agar ada yang memulakan perbualan. Demi untuk memenangi hati Hanis kembali, Dia memulakan perbualan.

Diluahkan segala yang terbuku sejak 2 minggu lalu. Pung pang. I love you. Pung pang. My ex don't love me anymore la. Pung pang. I don't her anymore. Pung pang pung pang. Sorry because i let you go that time. Pung pang pung. Ish, lama juga la Dia memujuk Hanis.

Cukup 5 minit Dia memujuk Hanis, Hanis bawa Frappucinonya ke pintu keluar. Meninggalkan Dia terpinga-pinga di Starbuck itu. Sepatah perkataan pun tak keluar dari mulut Hanis malam itu. She save it for something. Dengan muka tanpa perasaan bersalah, Hanis menaiki teksi ke rumahnya. Membiarkan Dia berlari-lari mengejar teksi Hanis. acam dalam drama gitu.

******

Hanis fragile. Mudah tersentuh. Hanis menangis teruk malam itu. Nak pinjam bahu, Bahu membernya ada di Aussie. Hanya yang ada bantal Garfieldnya sahaja. Jadi-lah.

Kenapa Hanis menangis pula? Tersentuh dengan apa yang Dia katakan ke? Atau....

Tuesday, March 23, 2010

GIGIL

Dah hampir empat tahun setengah aku tak rasa perasaan ini. Aku jadi kalut. Fikiran jadi buntu. Makan tak lalu. Mandi tak basah. Kerja tak siap. Aku gigil.

Bila kerja di pejabat pun tak selesai lagi, aku pun bercuti. Tak boleh nak buat apa sebab aku dah lama tunggu perasaan ini. Aku mohon cuti lama dulu. Bila kerja masih berlambak dan aku bercuti. Cuti aku jadi kelat. Aku gigil.

Dan bila berdepan dengan orang besar-besar atas pentas Dewan MAS nanti, aku harap aku tak tersasul atau terbuat lawak atau terlebih senyum. Man-man saja. Tapi dewan sejuk. Tak boleh nak adjust. Aku gigil.

Aku gigil ni nak konvo! WOoo!

Friday, March 19, 2010

BILA DAPAT MESEJ MISTERI, HATI JADI BERBUNGA KEMBALI.

Rupa paras mamat itu sungguh buat Hanis terbang ke alam khayalannya sendiri. Alam khayalan yang dibinanya sendiri. Terus ke arah seorang bekas kekasih zaman cinta monyetnya dahulu. Ya, mereka mempunyai rupa paras yang seiras. Mungkinkah mereka kembar? Atau ada pertalian? Tapi tak mungkin ini adik bekas kekasihnya sebab bekas kekasihnya merupakan anak bongsu. Oh, mungkin ini adik tiri bekas kekasihnya! Ah, Hanis tiada masa untuk fikir semua itu.

Oh, mari kita singgah dalam khayalan Hanis sebentar.

Masa itu, Hanis dan bekas kekasihnya; yang kita namakan sebagai "M", merupakan sepasang kekasih di sebuah sekolah di pinggir ibukota. Mereka secocok. Sama lawa. Sama tinggi. Sama padan. Macam pinang dipotong dua. Sekata sahaja. Sering menjadi perhatian warga sekolah. M merupakan pelajar lelaki yang agak tampan, lagipun dia seorang atlit ragbi sekolah. Mana perempuan yang boleh menolak untuk ber"boyfriend"kan seorang atlit ragbi. Bagi Hanis, tak dapat Fahrin Ahmad, dapat M pun jadi-lah!

Manakala Hanis ketika itu sudah pandai bergaya. Tiada rupa pelajar sekolah langsung. Mungkin sejak cita-cita untuk menjadi model ditentang oleh bapanya, dia mula melaram ke sekolah. Beg jenama terkenal, bermaskara ke sekolah, rambut potongan terkini, lipstik merah jambu. Ah, mana mungkin mata-mata jantan hidung belang mampu tidak melirik melihatnya.

Jika ada pelajar yang terlihat mereka berdua di sekitar sekolah (untuk bercanda) pasti akan kedengaran ayat-ayat cemburu seperti; "Eleh, semalam M jeling manja pada aku. Tak lama lagi, aku dapat la tu". Tak kurang juga ayat cemburu seperti; "Kalau aku dapat kahwin dengan Hanis, memang seminggu tak keluar rumah. Ha ha ha".

Apa boleh buat, orang cuma boleh cemburu sahaja-lah. Takat cemburu, langsung tak menggugat hubungan mereka.

Tetapi bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Peperiksaan mana yang tidak susah. Sambal mana yang tidak pedas. Luka mana yang tidak pedih. Pada suatu hari, mereka terpaksa berpisah kerana ayah M terpaksa dipindahkan ke negara daun Maple atas urusan kerja.

Dan oleh kerana hubungan mereka sekadar hubungan cinta monyet, perpisahan itu langsung tidak menyedihkan kedua-dua belah pihak. Lagipun Hanis sedar, berhubungan dengan M tidak akan pergi jauh kerana M seorang lelaki kategori "Playboy". Sering mencairkan hati wanita dengan status atlitnya. Dan bagi M, perpindahan ini adalah sebagai batu loncatnya untuk mengembangkan bakat "Playboy"nya ke luar negara. Kalau untung sabut, boleh jadi model spender CK katanya.

Dan tamatlah zaman "Puppy love" mereka. Status "Highschool Sweetheart" mereka tamat takat itu sahaja.

**********

Ring! Ring! Ring!

Bunyi mesej masuk. Ton bunyi mesej masuk Hanis memang tak menarik langsung. Dalam sedang berkhayal, Hanis membaca mesej sekilas pandang;

" Sender : 016-23xxxxxx.
Hai girl, i'm in town rite now. Let's hang out. Miss u la. From, M"

Hanis jadi panik. Kalut tak tentu pasal.

Pisang pun tidak berbuah dua kali, adakah hatinya berbunga kali kedua?

Saturday, March 13, 2010

TUNGGU KA PERGI KA?

Aku sebenarnya jenis yang bersabar. Sangat bersabar. Tapi bila ada hal-hal berkenaan dengan makwe, aku jadi hilang sabar. Lagi lagi bila nak tunggu "result". Aku punya runsing mengalahkan mak ayam hilang anak. Makan bertambah. Tidur asyik mimpi. Prestasi kerja menurun. Bawa motor pun dah tak laju. Pas tu sikit-sikit SMS makwe tanya "result". Peh, runsing bukan main. Bapak aku tunggu result SPM aku pun tak runsing macam ini.

Aku sering ditanya benda yang sama ketika nak mengayat makwe masa kini. Soalan yang aku tak budget masuk. Bukan soalan ramalan sebab aku tengok orang lain buat rileks aja.

"Nak tunggu, tunggu je la. Tak payah dok asyik tanya aja."

atau

"Tengoklah, saya belum fikirkan lagi."


Aku pun tak tahu nak berreaksi jenis macam mana kalau keluar soalan jenis gini. Terus jadi tak keruan. Rasa macam nak daftar masuk Hospital Permai Tampoi ja.

Tuesday, March 09, 2010

DALAM HATI ADA TAMAN. DEPAN LIF JUMPA TEMAN.

Sudah dua minggu tragedi yang hampir meragut air mata Hanis berlalu. Namun Hanis tidak pula rasa sedih mahupun rasa seperti minum racun tikus. Hanis rasa yang biasa-biasa sahaja. Rasa biasa yang seperti perempuan-perempuan Malaysia normal biasa lakukan jika berpisah dengan pakwe mereka. Hang out dengan girlfriend. Sambil makan manisan. Kutuk bekas pakwe. Gelak ketawa tanpa etika. namun, setitis air mata pun tak menitis. Lihat, betapa hebatnya Hanis.

Ah, kalau nak diikutkan, bukannya Dia seorang sahaja yang mahukan pada Hanis. Ramai lagi lelaki lain yang tergila-gilakan Hanis. Hanis bukannya kehabisan pilihan. Ada ramai lagi lelaki yang beratur mahu bersalaman cium tangan Hanis. Sekali petik, 10 yang datang tau!

Lihat sahaja rakan kongsi boss-nya minggu lepas. Punya nak tunjuk gentleman, sampaikan bersalaman dengan Hanis pun dicium tangannya. Memang Hanis suka lelaki jenis gatal gentleman sebegitu, cuma Hanis tak suka lelaki gatal itu berumur pangkat ayah-nya. Rasa mahu cabut sahaja bulu hidung rakan kongsi boss-nya itu. Tak tahu jaga penampilan langsung.

Ah, itu baru satu. Kalau nak diceritakan perihal lelaki tua gatal yang mahu menekelnya, sampai KLCC berpindah tapak pun belum tentu habis diceritakan.

Macam masa Hanis belajar di Kampus Utara dulu. Bukan tiada, ada juga lelaki tua gatal yang hendak menekelnya. Ada juga. Pangkat pegawai-pegawai juga. Jika diikutkan kesenangan diri dan kemewahan dunia, mahu sahaja dia melayan karenah lelaki tua gatal itu. Buat apa-apa projek kolej, mesti lulus punya. Ke kelas dihantar. Balik kelas di jemput. Jika lapar, disuap. Pendek kata, pinjaman PTPTNnya dapat dijimatkan. Haaaa, itu pun kalau Hanis layan karenah lelaki tua gatal itu-lah....

(Ish, sesekali rasa rugi pun ada)

Kini, Hanis lebih tenang hidup di kondo milik keluarganya di TTDI. Nak swimming sambil rasa dirinya Hot, pun mudah sebab swimming di situ bersih dan luas. Lagipun, tempat praktikelnya berhampiran sahaja. Di Mont Kiara. Keluar rumah pukul 9am sekalipun, sempat sampai pejabat sebelum jam 9.15am. Dekat kan?

Nak dijadikan cerita, ditakdirkan tuhan yang pagi itu Hanis terlewat bangun. Gelabah bukan main. Macam ibu ayam berak kapur sebab kehilangan anak. Terkocoh-kocoh. Dengan make-up yang tak sempat bertepek di pipi mongelnya, dia terus memandu laju kereta milik ayahnya. Pam! Dem~ Bahagian tepi kereta terseret tiang parking. Ah, Hanis jadi kalut. Rugi 3 minit masa lewatnya pagi itu. Dipandu terus tanpa sempat menjengah 'luka' tepi kereta tadi.

Agaknya badi "Sudah jatuh ditimpa tangga" sudah melekat pada Hanis pagi itu. Semasa hendak terkocoh-kocoh menaiki lif, terlanggar pula seorang mamat. Ah, badigol. Rugi lagi 3 minit masa lewatnya. Tiba-tibanya, Hanis tidak mampu mengutip fail-failnya yang bertaburan. Matanya kaku. Lidahnya kelu. Nak ucap "Thanks" pun , terucap "Aa..." sahaja. Mata Hanis melilau-lilau lihat sekeliling. Ah, kelihatan Cupid sedang terkekeh-kekeh sahaja mentertawakan Hanis.

Wajah mamat itu mengingatkan Hanis tentang cinta monyetnya dahulu.

........

Monday, March 08, 2010

KALAU BUKAN CINTA, APA NAMANYA DENGUPAN INI?

Hari yang Hanis tunggu bakal tiba. Tapi flu dan demam sudah mencemburuinya pula. Ah, selama ini waktu sahaja yang mencemburuinya, sekarang sudah ada 3 benda yang mencemburuinya. Hanis tak ambil pusing sangat jika ada siapa atau benda yang memcemburuinya sebab Hanis tahu yang Hanis memang hot! Kah Kah Kah. Perasan sungguh. Biarpun asyik srot-sret-srot-sret sedut naik hingus, malam itu bagai malam bulan purnama tanpa bulan mengambang. Indah sahaja.

Erm... Selepas hari esok, selepas Hanis selesai ber-riang ria menyambut hari ulang tahun kelahiran adiknya di TGI Friday, Hanis hanya mahu berkaraoke dengan mummy. Lagu-lagu yang bakal dirosakkan juga sudah disenaraikan. Malam itu Hanis hanya mahu tersenyum sahaja. Senyum pada microphone. Senyum pada skrin televisyen. Senyum pada kamera. Senyum pada segalanya.

Hati Hanis berbunga-bunga dek kerana rindukan dia. Ya, dia yang dinantikan akan pulang tidak lama lagi. Jawapan yang dinanti hampir diperolehi. Difikirannya cuma positif yang dia takkan berpaling pada yang lain dan mereka adalah pasangan yang romantis musim sejuk ini!

Seminggu berlalu.

Tiada lagi status rindu atau cinta atau sayang dalam MukaBuku milik Hanis. Yang ada cuma status-status melepaskan geram sampai ber-"harmless flirting" dengan Tina. Itu sahaja yang boleh mengubati perasaannya sekarang.

Selama Hanis hidup dan belajar bercinta, ini kali pertama dalam mana-mana sejarah hidup Hanis atau mana-mana cerita hasil pembacaan Hanis atau mana-mana filem hasil tontonan Hanis, pasangan berpisah atas sebab yang sangat.... tolol, dalam bahasa kasarnya. Mungkin ada juga Hanis dengar sebelum ini, pasangan berpisah disebabkan perkara-perkara kecil seperti si pakwe suka makan belacan, si makwe ketiak basah atau si pakwe makan dengan mulut bising. Tapi alasan perpisahan dengan dia, baginya lebih teruk dari semua alasan yang pernah wujud di muka bumi ini.

Ha ha ha. Alasan apa ye Hanis?

MELIHAT KEADILAN PADA RAGAM KANAK-KANAK

Lokasi : Hari Maulud Nabi peringkat taman perumahan.
Situasi : 2 budak tengah acuh tak acuh dengar penceramah bagi nasihat; seorang kurus dan seorang gemuk.

2 budak lelaki ini sedang sibuk-sibuk bergurau senda. Aku perhati saja dari jauh. Malas nak tunjuk garang walaupun aku jadi AJK Protokol dalam majlis itu. Gurau punya gurau. Bertepuk tampar sesama mereka. Gelak sana, gelak sini. Tapi yang paling liar aku perhati, si budak kurus itu-lah. Makin galak dia cucuk-cucuk perut member yang gemuk itu.

Makin si gemuk cakap jangan cucuk, eh makin dicucuk lagi. Siap ajak kawan-kawan lain gelak sakan pada si gemuk pula tu. Memang kecil-kecil lagi dah ada rupa penjahat. Dengan perasaan sabar yang tipis, si gemuk itu terus tepuk la kepala si kurus itu. Dan dan itu juga, dia punya meraung macam tak ingat yang dia baru lepas gelak sakan pada si gemuk. Si gemuk pun rasa bersalah.

Tiba-tiba ada seorang pakcik cuba campurtangan dalam pertelingkahan tadi. Konon nak jadi pelerai pergaduhan la tu.

Pakcik tu nasihat/marah pada si gemuk, "Awak tu badan besar. Kalau nak bergurau tu, agak-agak la."

Si gemuk cuba mempertahankan diri, "Dia yang cucuk-cucuk saya dulu."

Pakcik bertambah hangin bila si gemuk pandai menjawab, "Budak ini kalau cucuk pun, kuat mana la pun." Dengan nada yang tinggi.

Si kurus makin meraung-raung. Sakit macam kena inject BCG gamaknya.

Lepas itu, aku rasa macam nak kasi tempeleng satu das dekat sideburn pakcik itu. Dan juga si kurus itu.

Pada pandangan orang, kalau si gemuk yang pukul orang dikatakan si gemuk kaki pukul. Padahal, sebagai mekanisme mempertahankan diri sahaja. Tapi jika si gemuk menangis macam si kurus itu menangis dikatakan si gemuk ni, "Harap badan je besar tapi gembeng".

Macam mana tu? Adilkah?