Monday, March 08, 2010

KALAU BUKAN CINTA, APA NAMANYA DENGUPAN INI?

Hari yang Hanis tunggu bakal tiba. Tapi flu dan demam sudah mencemburuinya pula. Ah, selama ini waktu sahaja yang mencemburuinya, sekarang sudah ada 3 benda yang mencemburuinya. Hanis tak ambil pusing sangat jika ada siapa atau benda yang memcemburuinya sebab Hanis tahu yang Hanis memang hot! Kah Kah Kah. Perasan sungguh. Biarpun asyik srot-sret-srot-sret sedut naik hingus, malam itu bagai malam bulan purnama tanpa bulan mengambang. Indah sahaja.

Erm... Selepas hari esok, selepas Hanis selesai ber-riang ria menyambut hari ulang tahun kelahiran adiknya di TGI Friday, Hanis hanya mahu berkaraoke dengan mummy. Lagu-lagu yang bakal dirosakkan juga sudah disenaraikan. Malam itu Hanis hanya mahu tersenyum sahaja. Senyum pada microphone. Senyum pada skrin televisyen. Senyum pada kamera. Senyum pada segalanya.

Hati Hanis berbunga-bunga dek kerana rindukan dia. Ya, dia yang dinantikan akan pulang tidak lama lagi. Jawapan yang dinanti hampir diperolehi. Difikirannya cuma positif yang dia takkan berpaling pada yang lain dan mereka adalah pasangan yang romantis musim sejuk ini!

Seminggu berlalu.

Tiada lagi status rindu atau cinta atau sayang dalam MukaBuku milik Hanis. Yang ada cuma status-status melepaskan geram sampai ber-"harmless flirting" dengan Tina. Itu sahaja yang boleh mengubati perasaannya sekarang.

Selama Hanis hidup dan belajar bercinta, ini kali pertama dalam mana-mana sejarah hidup Hanis atau mana-mana cerita hasil pembacaan Hanis atau mana-mana filem hasil tontonan Hanis, pasangan berpisah atas sebab yang sangat.... tolol, dalam bahasa kasarnya. Mungkin ada juga Hanis dengar sebelum ini, pasangan berpisah disebabkan perkara-perkara kecil seperti si pakwe suka makan belacan, si makwe ketiak basah atau si pakwe makan dengan mulut bising. Tapi alasan perpisahan dengan dia, baginya lebih teruk dari semua alasan yang pernah wujud di muka bumi ini.

Ha ha ha. Alasan apa ye Hanis?

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku