Sudah dua minggu tragedi yang hampir meragut air mata Hanis berlalu. Namun Hanis tidak pula rasa sedih mahupun rasa seperti minum racun tikus. Hanis rasa yang biasa-biasa sahaja. Rasa biasa yang seperti perempuan-perempuan Malaysia normal biasa lakukan jika berpisah dengan pakwe mereka. Hang out dengan girlfriend. Sambil makan manisan. Kutuk bekas pakwe. Gelak ketawa tanpa etika. namun, setitis air mata pun tak menitis. Lihat, betapa hebatnya Hanis.
Ah, kalau nak diikutkan, bukannya Dia seorang sahaja yang mahukan pada Hanis. Ramai lagi lelaki lain yang tergila-gilakan Hanis. Hanis bukannya kehabisan pilihan. Ada ramai lagi lelaki yang beratur mahu bersalaman cium tangan Hanis. Sekali petik, 10 yang datang tau!
Lihat sahaja rakan kongsi boss-nya minggu lepas. Punya nak tunjuk gentleman, sampaikan bersalaman dengan Hanis pun dicium tangannya. Memang Hanis suka lelaki jenis gatal gentleman sebegitu, cuma Hanis tak suka lelaki gatal itu berumur pangkat ayah-nya. Rasa mahu cabut sahaja bulu hidung rakan kongsi boss-nya itu. Tak tahu jaga penampilan langsung.
Ah, itu baru satu. Kalau nak diceritakan perihal lelaki tua gatal yang mahu menekelnya, sampai KLCC berpindah tapak pun belum tentu habis diceritakan.
Macam masa Hanis belajar di Kampus Utara dulu. Bukan tiada, ada juga lelaki tua gatal yang hendak menekelnya. Ada juga. Pangkat pegawai-pegawai juga. Jika diikutkan kesenangan diri dan kemewahan dunia, mahu sahaja dia melayan karenah lelaki tua gatal itu. Buat apa-apa projek kolej, mesti lulus punya. Ke kelas dihantar. Balik kelas di jemput. Jika lapar, disuap. Pendek kata, pinjaman PTPTNnya dapat dijimatkan. Haaaa, itu pun kalau Hanis layan karenah lelaki tua gatal itu-lah....
(Ish, sesekali rasa rugi pun ada)
Kini, Hanis lebih tenang hidup di kondo milik keluarganya di TTDI. Nak swimming sambil rasa dirinya Hot, pun mudah sebab swimming di situ bersih dan luas. Lagipun, tempat praktikelnya berhampiran sahaja. Di Mont Kiara. Keluar rumah pukul 9am sekalipun, sempat sampai pejabat sebelum jam 9.15am. Dekat kan?
Nak dijadikan cerita, ditakdirkan tuhan yang pagi itu Hanis terlewat bangun. Gelabah bukan main. Macam ibu ayam berak kapur sebab kehilangan anak. Terkocoh-kocoh. Dengan make-up yang tak sempat bertepek di pipi mongelnya, dia terus memandu laju kereta milik ayahnya. Pam! Dem~ Bahagian tepi kereta terseret tiang parking. Ah, Hanis jadi kalut. Rugi 3 minit masa lewatnya pagi itu. Dipandu terus tanpa sempat menjengah 'luka' tepi kereta tadi.
Agaknya badi "Sudah jatuh ditimpa tangga" sudah melekat pada Hanis pagi itu. Semasa hendak terkocoh-kocoh menaiki lif, terlanggar pula seorang mamat. Ah, badigol. Rugi lagi 3 minit masa lewatnya. Tiba-tibanya, Hanis tidak mampu mengutip fail-failnya yang bertaburan. Matanya kaku. Lidahnya kelu. Nak ucap "Thanks" pun , terucap "Aa..." sahaja. Mata Hanis melilau-lilau lihat sekeliling. Ah, kelihatan Cupid sedang terkekeh-kekeh sahaja mentertawakan Hanis.
Wajah mamat itu mengingatkan Hanis tentang cinta monyetnya dahulu.
........
No comments:
Post a Comment
Komenlah Aku