Friday, March 19, 2010

BILA DAPAT MESEJ MISTERI, HATI JADI BERBUNGA KEMBALI.

Rupa paras mamat itu sungguh buat Hanis terbang ke alam khayalannya sendiri. Alam khayalan yang dibinanya sendiri. Terus ke arah seorang bekas kekasih zaman cinta monyetnya dahulu. Ya, mereka mempunyai rupa paras yang seiras. Mungkinkah mereka kembar? Atau ada pertalian? Tapi tak mungkin ini adik bekas kekasihnya sebab bekas kekasihnya merupakan anak bongsu. Oh, mungkin ini adik tiri bekas kekasihnya! Ah, Hanis tiada masa untuk fikir semua itu.

Oh, mari kita singgah dalam khayalan Hanis sebentar.

Masa itu, Hanis dan bekas kekasihnya; yang kita namakan sebagai "M", merupakan sepasang kekasih di sebuah sekolah di pinggir ibukota. Mereka secocok. Sama lawa. Sama tinggi. Sama padan. Macam pinang dipotong dua. Sekata sahaja. Sering menjadi perhatian warga sekolah. M merupakan pelajar lelaki yang agak tampan, lagipun dia seorang atlit ragbi sekolah. Mana perempuan yang boleh menolak untuk ber"boyfriend"kan seorang atlit ragbi. Bagi Hanis, tak dapat Fahrin Ahmad, dapat M pun jadi-lah!

Manakala Hanis ketika itu sudah pandai bergaya. Tiada rupa pelajar sekolah langsung. Mungkin sejak cita-cita untuk menjadi model ditentang oleh bapanya, dia mula melaram ke sekolah. Beg jenama terkenal, bermaskara ke sekolah, rambut potongan terkini, lipstik merah jambu. Ah, mana mungkin mata-mata jantan hidung belang mampu tidak melirik melihatnya.

Jika ada pelajar yang terlihat mereka berdua di sekitar sekolah (untuk bercanda) pasti akan kedengaran ayat-ayat cemburu seperti; "Eleh, semalam M jeling manja pada aku. Tak lama lagi, aku dapat la tu". Tak kurang juga ayat cemburu seperti; "Kalau aku dapat kahwin dengan Hanis, memang seminggu tak keluar rumah. Ha ha ha".

Apa boleh buat, orang cuma boleh cemburu sahaja-lah. Takat cemburu, langsung tak menggugat hubungan mereka.

Tetapi bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Peperiksaan mana yang tidak susah. Sambal mana yang tidak pedas. Luka mana yang tidak pedih. Pada suatu hari, mereka terpaksa berpisah kerana ayah M terpaksa dipindahkan ke negara daun Maple atas urusan kerja.

Dan oleh kerana hubungan mereka sekadar hubungan cinta monyet, perpisahan itu langsung tidak menyedihkan kedua-dua belah pihak. Lagipun Hanis sedar, berhubungan dengan M tidak akan pergi jauh kerana M seorang lelaki kategori "Playboy". Sering mencairkan hati wanita dengan status atlitnya. Dan bagi M, perpindahan ini adalah sebagai batu loncatnya untuk mengembangkan bakat "Playboy"nya ke luar negara. Kalau untung sabut, boleh jadi model spender CK katanya.

Dan tamatlah zaman "Puppy love" mereka. Status "Highschool Sweetheart" mereka tamat takat itu sahaja.

**********

Ring! Ring! Ring!

Bunyi mesej masuk. Ton bunyi mesej masuk Hanis memang tak menarik langsung. Dalam sedang berkhayal, Hanis membaca mesej sekilas pandang;

" Sender : 016-23xxxxxx.
Hai girl, i'm in town rite now. Let's hang out. Miss u la. From, M"

Hanis jadi panik. Kalut tak tentu pasal.

Pisang pun tidak berbuah dua kali, adakah hatinya berbunga kali kedua?

2 comments:

Komenlah Aku