Tuesday, December 02, 2008

APA YANG BEST DUDUK DI JITRA BERBANDING DENGAN BANDAR METROPOLIS


Baru 4 hari aku tinggal dengan Cikgu Amin. Dan dalam masa 4 hari ini, aku feel macam aku ini bukan student. Tak fikir tentang tugasan. Tak fikir tentang bangun pagi nak pergi kuliah (kecuali solat subuh). Tak fikir tentang lecturer itu jahat, lecturer ini gatal. Duduk di rumah cuma makan, makan, makan, tidur. Hahaha... Kat sini aku kurang tidur. Sebab nak menikmati betul-betul rasa hidup bujang sementara.

Cuma aku ada masalah kewangan. Biasa-lah student. (Eh, bukan tadi aku rasa aku ini bukan student ke?)

Apa yang best kat sini sebenarnya?

Di taman perumahan ini, ramai awek-awek POLIMAS dan bakal-bakal cikgu IPDA. Mereka semua muda-muda lagi. Sesuai-lah dengan aku yang masih muda-muda ini juga. Permandangan indah sekitar awal pagi (yang aku selalu miss sebab masih lagi terbongkang) dan pada waktu petang. Nak indah lagi, bila hujung minggu.

Makan. Jarang-lah di sini ada orang yang kebulur nasi. Sebab sini kan tanah jelapang padi. Tabiat makan yang biasa di sini ialah makan nasi lemak. Eh, jangan risau. Bukan makan "nasi lemak" yang itu, tapi nasi lemak yang betul-betul. Harga semurah 60sen hingga RM1. Variasi lauk dari lauk bilis dan telur hingga ke ayam. Ada lagi nasi lemak murah kat bandar metropolis? "Nasi lemak" memang murah la, kan? Free pun ada. Hehehe... Memang ini kiranya makanan bagi golongan yang kurang duit atau penjimat atau malas nak masak. Nasi-nya dibalut daun pisang lagi tau.

Bandar yang agak koboi. Jam 8pm sahaja, kawasan pekan akan jadi lengang kecuali di kedai-kedai makan atau di cyber cafe. Dengan ini, secara tidak langsung akan mengajar aku supaya menjadi penjimat. Tiada lah nak window shopping yang menghasut untuk membeli.

Bagi sesiapa yang sukakan persekitaran yang tenang, masyarakat yang suka ambil tahu, makanan yang murah, pergi kerja dan balik tanpa pening kepala nak fikir tentang kesesakan, apa kata cuba tinggal di sini? Cari kerja di sini. Bandingkan perbezaannya. Ada beran?

6 comments:

  1. kau dah ade jambang ke win?

    pergh... mesti hensem!

    ReplyDelete
  2. Ain : Ya, aku memang kacak bila berjambang. Hahaha

    Apox : Mana boleh tapau. Sendiri dah ada kan?

    ReplyDelete
  3. hampeh punye wiwin...
    "nasi lemak...

    ReplyDelete
  4. xperlu smpi ke jitra kerana MERSING jg sm seperti itu...tp bab makanan agak mahal sedikit dan bervariasi...

    ReplyDelete
  5. Mersing? Still dalam Johor. Makan la jauh skit.

    ReplyDelete

Komenlah Aku