Monday, December 22, 2008

HISTERIA : YANG SEDAP DAN YANG KURANG


Aku pasti ramai yang teringin dan terngiur-ngiur hendak menonton filem Histeria yang telah menjengah pawagam sejak dari hari Khamis yang lalu. Dengan barisan pelakon lama dan baru, bermutu dan berkutu, prop yang nampak 'real', imbasan demi imbasan dan elemen terkejut menghiasi filem ini.

Aku baru menonton filem ini petang tadi bersama "Cikgu yang kena hantar mengajar ke Sarawak", Cikgu Aminudin Salleh.

Barisan pelakon yang diketengahkan oleh James Lee memang tengah meletop! buat masa sekarang seperti Scha Alyahya dan Liyana Jasmay, yang nampak begitu menonjol wataknya sebagai Alissa dan Murni.

Barisan pelakon baru (sebab aku rasa tak pernah nampak dorang berlakon) seperti Yuhana sebagai Jue nampak kaku tetapi disembunyikan dengan wajah cutenya.

Yana (Pengarah "Selamat Pagi Cinta") turut memainkan watak sampingan, Zeta, Pengawas-junior-yang-cute-tetapi-lesbo. Wataknya sebagai lesbo aku rasa sedikit menjadi dengan cara dia mengayat Alissa, cara dia jeles dengan keakraban Alissa dan Murni, jeles dengan Riz (pakwe Alissa yang dilakonkan oleh Reefa). Nampak la yang dia tu sungguh-sungguh menagih kasih seorang wanita bernama Alissa.

Filem ni berkisarkan tentang geng Pink Ladies yang merupakan senior di sekolah yang bernama Sekolah Menengah Kebangsaan Tunteja. Satu malam, mereka pergi memuja/ menyeru/ baca mentera untuk menyeru Jembalang Busut di dalam hutan berdekatan asrama mereka. Selepas kejadian itu, mereka didenda untuk berada di asrama selama 3 hari dan kes kematian berlaku satu per satu di antara mereka-mereka yang masih berada di asrama kerana ketika itu pelajar lain sedang semester break.

Pada hemat aku, elok sahaja penggambaran dilakukan di sekitar SMKAS 10 tahun yang lepas. Para pelakonnya pun aku dah boleh bayangkan.

Guru Besar : Kamal Hassan (Tanpa misai)
Guru Asrama Lelaki (Adi Putra) : Patail (Tanpa Ah Seng, Ah Kau dan Mei Hwa)
Guru Asrama Perempuan (Vanida Imran) : Jurimah (Tanpa kancil)
Guru Disiplin (Adlin Aman Ramlee) : Yahya Awang (Tanpa skuter ijau)
Tukang Kebun / Jaga (Kazar) : Jaga Omar

6 Geng Nakal :
1) Alissa - ....
2) Murni - ....
3) Kerek - ...
4) Marina - ...
5) Jue - ...

6) Tini - .....

1 Pengawas bertugas :
1) Zeta - Nur Ain Fadzal **** UPDATE

Riz (Pakwe Alissa) : Noorul Faiz Ateman ****UPDATE
Lentok (Pakwe Jue) :

Tapi kita takyah la buat tentang Jembalang Busut tapi cerita tentang "orang minyak masuk aspuri dan mencuri underwear". Pasti berjaya!

13 comments:

  1. aku nak jadik pengawas yang lesbo tu. mcm rare jek. ;))

    ReplyDelete
  2. Boleh je,

    Tapi kau kena la cari dulu pompuan yg nak jadi allissa. Sbb kau kena cium dia.

    Kalau ada la....

    ReplyDelete
  3. kat uum takde ke siapa2 yg berminat nak jadik allisa?

    ReplyDelete
  4. pais, ko sanggup ke tebgok zeta berebut dgn riz?

    ReplyDelete
  5. Pais, kau sesuai jadi riz. Kita tgk sape yang terer dapatkan alissa. Kau ke Ain?

    Lelong! Lelong! Sapa nak jadi alissa!

    ReplyDelete
  6. biarkan alissa tu as scha leh?

    hehe..

    ReplyDelete
  7. Pais : Tak dpt la jack. Dak skolah kita takde yg mcm scha ke? Mesti ada kan? Hehehehe

    Apok : Marina seswai utk kau. Huhuhu

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. aku nak jadik pengawas lesbo tu, sebab bole cium scha.

    jadik alissa pun bole, nanti ain cium aku....

    err..
    kepale hotak akulah..

    ReplyDelete
  10. Ain cium best gak apa.

    Pompuan jugak....

    Best jugak...
    Ahhh....

    ReplyDelete

Komenlah Aku