Sekarang. Di rumah aku. Kami sudah ada famili baru. Jadi makan, minum, pakai yang ayah kena tanggung pun bertambah lagi satu. Tapi ayah kata, ayah tak kesah. Aku pun buat derk je. Sebab aku tahu ayah banyak duit tanggung anak angkat dia tu. Asal ayah bahagia, aku pun turut sama.
.
Sekarang. Di rumah aku. Kami sudah ada satu famili baru. Jadi bila nak makan atau minum, kena ingat famili yang baru ini. Makan kena sediakan, minum kena sediakan, tempat tidur kena sediakan. Silap-silap, kena tepuk punggung baru dia nak lena! Ayah senyum sahaja tengok telatah anak angkatnya. Hatinya gembira! Asal ayah bahagia, aku pun turut sama.
Sekarang. Di rumah aku. Kami sudah ada satu lagi famili baru. Jadi, bila kami semua pulang ke tempat pengajian masing-masing nanti, ayah dan emak tidak-lah sunyi sahaja duduk di rumah. Sekurang-kurangnya, ada juga benda yang hendak dimarahi. Ada juga benda lain yang nak dibuat selain kemas rumah dan memasak. Ayah senyum sahaja bila tengok dia tidur sambil badan mengerekot kesejukkan. Ayah selimutkan dia sambil mencium dahinya yang berbulu. Asal ayah bahagia, aku pun turut sama.
.
Memperkenalkan, Mamat Comot B. Abu Lolah!
.
.
habistu name pendek die ape ?
ReplyDeletematcot.
Kami Panggil dia MatMot je. Tu pun dia tak tau lagi nama dia Comot.
ReplyDeletejantan atau betina.
ReplyDeletekalau jantan, kecenderungannya meningalkan "tanda"nya merata-rata di dalam rumah (dalam bentuk cecair kekuningan) agak tinggi ketika usianya semakin bertambah.
Kami dah didik punai dia untuk kencing kat jamban. Didik dia jadi manusia. Tapi tak tau la kot dia buat jugak. Hehehe
ReplyDelete