Saturday, July 30, 2011

SUDAH TERBIT. BOLEH ORDER SEKARANG!

(KLIK GAMBAR UNTUK LIHAT NAMA AKU SEBAGAI PENULIS. HA HA HA)


Ini adalah promo. Untuk entri terkini, sila skrol ke bawah. Terima kasih.

Update :
1. Duwe - Dah bayar RM20
2. Icak - Dah bayar RM16
3. Siti Kelembai - Dah bayar RM15
4. Syihan - Dah bayar RM15
5. Aku sendiri - Free Of Charge
6. Bujam - Dah bayar RM20
7. Pian Pancing - RM 15 - COD
8. Aspa - Dah bayar RM20
9. Zila Nurse - Dah Bayar RM15
10. Afiq KCW - Dah bayar RM15
11. Poji Ramin  - Dah bayar RM15
12. Imran - Dah bayar RM15
13. Sya - Dah bayar RM15
14. Muaz - Dah bayar RM20
15. Noraliza Nordin - Dah bayar RM16
16. Wan MPP - Dah bayar RM20
17. Abrar - Dah bayar (dia beli 2 keping, anda?) RM15
18. Abrar - Dah bayar (dia beli 2 keping, anda?) RM15
19. Bobby
20. Suraya Yahya - Dah bayar RM15
21. Balgat - Dah bayar RM 20.10
22. Mohd Fais Nor - Dah bayar
23. Asyraf Arshad - Dah bayar
24. Azian Mohd Zain - Dah bayar
25. Sundang - Dah bayar RM15
26. Asrul Mohammad - Dah bayar
27. Dinie - Dah bayar RM20
28. Kamaruzzaman Awang - Dah bayar RM20
29. Arine - Dah bayar RM15
30. Nisa'

SESIAPA YANG BERMINAT NAK BELI, SILA BERHUBUNG TERUS DENGAN PENULIS LAIN. TAPI KALAU NAK BELI DI SEKITAR JOHOR BAHRU, AKU BOLEH HANTAR BY HAND DENGAN HARGA RM15. KALAU NAK BY POST, BOLEH TANYA PENULIS LAIN DI :

1. kumprinx@gmail.com,
2. miszazie@gmail.com,

3. nashiqah@gmail.com, 
4. msay_5@yahoo.com,
5. akulerdon@gmail.com,
6. rahiminidris@hotmail.com,
7. gua.kringet@gmail.com,
8. kusyihirdan@gmail.com

9. tokrimau@gmail.com


List baru :
1. Siti
2. Wana - Dah bayar RM15
3. Ashraf
4. Shidah
5. Lempeng - RM20
6. Cikgu Saiful 
7. Aishah  - Dah bayar RM20
8. Zinam - Dah bayar RM15
9. Nadhirah
10. Benz
11. Egon - Dah Bayar RM15
12. Naziha - Dah bayar RM20
13. Nazrun - Dah bayar RM15
14. Dauh
15. Pidy - Complimentary Copy
16. Syuhada - Dah bayar RM20
17. Egon - Dah bayar RM15
18.

Wednesday, July 27, 2011

LAMA MENYEPI

Lama gila tak menulis.

Sibuk kerja dan menjual buku. Terima kasih kepada mereka yang membeli buku Gangguan ya!

Dalam pada sibuk, sempat juga pergi bercuti dengan kawan-kawan ke Pulau Tioman. Tenangkan fikiran dan cuba dapatkan idea-idea baru dan fresh.

Ada merancang untuk join Maskara Shorties anjuran Sindiket Soljah. Ada juga keinginan untuk merealisasikan Pagar ke layar Shorties. Insyaallah. Shooting buat bulan Ramadhan. Kurang sikit rasa takut. Insyaallah Jumaat malam ini akan buat sikit gathering dengan kawan-kawan untuk brainstorming untuk pre-production Pagar. Kalau jadi, ini projek shooting filem pertama untuk aku dan kawan-kawan lain. 

Nak kena belajar buat storyboard. Nak kena belajar tulis skrip. Nak kena belajar direct. Nak kena belajar editing.

Dalam pada itu, cari-cari gak idea cerita hantu. Kot la Tok Rimau nak bikin sekual Gangguan lagi. Boleh la aku join.

Tuesday, July 19, 2011

ANTARA YANG TERKANDUNG DI DALAM GANGGUAN

"....mayat Amir sudah tidak boleh diluruskan ke posisi asal. Kekal dalam keadaan mengerekot seperti bayi..." - Kumprix -
"Di alam mimpi, bukan Fateha sahaja yang melawatnya, tetapi sang pemandu teksi juga melawatnya.  " - Ay Yusof -
 "Matanya terjojol kemerahan, hidungnya rompong berdarah dengan tulang hancur bagai dihempuk objek keras." - Syuqri Mustaqim -
"Uri bayi itu masih melekat di rahim Dania. Pendarahan Dania makin menjadi-jadi." - Mona Yanty -
"Zahid terpinga-pinga mendengar tawa itu. Dan hilaian tawa itu terus bergema hingga menggegarkan dinding tempat cermin antik itu digantung."  - Rahimin -
"Tergantung dengan lidah terjelir. Mati seksa, kerana didapati kedua-dua matanya telah dikorek. " - Ayob Kelubi -
"...Pak Alang nampak tingkap dapur terbuka sedikit, dan ada tangan separuh reput di celah tingkap sedang memutar kepala paip." - Aimi Anis -
"Kusyi Hirdan tinggal di rumah flat sebelum tsunami 2004. Selalu sangat kedengaran jiran atas mengubah perabot malam-malam buta dan membiarkan anak mereka main guli. " - Kusyi Hirdan -
 "Shah kagum dengan kebolehan Pak Abu. Di sebalik mulutnya yang suka bergurau kasar, tersembunyi bakat yang tak dipunyai oleh ramai orang." - Fikri Kacak -
"Sebaik sahaja ternampak dan terhidu ikan goreng, Hitam segera berlari ke arah Mak Esah, meloncat ke atas katil dan melangkah mayat Pak Dol." - Tok Rimau -


HAAAAA.... SERAM TAK?

Monday, July 18, 2011

REVIEW FILEM : LARRY CROWNE


1. Selain Nicholas Cage, aku juga menyukai lakonan Tom Hanks. By the way, siapa yang tak suka lakonan Tom Hanks kan? Filem pertama lakonannya yang buat aku totally fall in love adalah Forrest Gump. Legend.

2. Julia Robert tak secantik pelakon wanita baru. Tapi dia ada aura yang tersendiri yang membuatkan aku ingin menonton filem lakonannya dan filem lakonannya yang buat aku jatuh cinta ialah Notting Hill. Oh, ada lagi satu, Pretty Woman :)

3. Jarang ada orang tua yang nak belajar macam Larry. Sedikit sebanyak buat aku rasa ingin kumpul duit dan ambil ACCA. Serius.

4. Jadi baik tak semestinya tak boleh bersosial. Bertemu dengan Talia membuatkan fikiran lebih terbuka untuk melihat dunia. Think out of the box. Cara dia berfesyen, cara dia melihat kehidupan. It's interesting.

5. Konsep "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan" menjadi subjek utama filem ini.

6. Kelebihan belajar di usia lanjut : Dengan gaya gentlemen, boleh tackle lecturer samada yang muda atau yang MILF.

7. Lepas tonton filem ini, aku terus buka internet. Nak cari orang yang nak jual skuter 2nd hand. Spek hitam aku dah ada. Cuma jaket kulit hitam tu aku sure takde saiz aku.

8. Kelas awal pagi pukul 8.00am memang boleh jadi seronok kalau lecturer dan pelajar berseronok dengan subjek itu. Selama aku di kampus utara, haram takde kelas pukul 8.00am yang seronok.

9. Duit bukan pengukur kejayaan. Sebab duit boleh dicari. Ilmu itu yang penting kerana ia memandu kita untuk menguruskan duit dengan betul.

10. Aku harap Tom Hanks dapat buat filem yang inspiring sebegini lagi.


Friday, July 15, 2011

ERTI KEBERANIAN SEBENAR. SALUTE BRO.

Kalau kau join perhimpunan Bersih 2.0, kau tak cukup berani.


Kalau kau join Patriot untuk halang perhimpunan Bersih 2.0 juga tak cukup berani.


Abang FRU dan Polis yang halang Patriot & Bersih 2.0 pun tak cukup berani.


Erti berani ada apabila kamu menjadi perhatian dalam crowd yang tengah naik syeikh.


Di situ-lah terletaknya keberanian untuk menahan sabar dan menahan kemarahan.


Keberanian menahan air mata dari mengalir pun iye jugak. Hua hua hua.



CINTA KERANG REBUS

Circa 1980-an

Di satu lorong sesak berhimpitan warga ibukota yang pulang mencari rezeki, ada sepasang kekasih yang sedang dilamun cinta. Walau si lelaki bekerja di satu bahagian ibukota yang lain dan si wanita pula bekerja di satu bahagian ibukota yang lain, petang itu mereka berjanji-temu di tempat golongan marhaen seperti mereka, bermadu kasih sambil mengisi tembolok yang seharian meneguk air kosong semata-mata mahu berjimat demi janji-temu yang manis itu.

Di jalan Chow Kit itu menjadi saksi cinta yang disemai selama ini semakin mekar. Biar la hanya memesan sepinggan hidangan sotong kangkung dan kerang rebus sekalipun. Itu sudah cukup mengenyangkan. Bercinta sambil makan hidangan sederhana ini pun sudah cukup bahagia untuk mereka. Bukan pinggan seramik buatan Itali yang menyemai cinta itu. Bukan makanan dari restoren mewah yang menyemai cinta itu. Kualiti masa bersama itulah yang menyemai cinta mereka. Mereka tak kisah bila digelarkan oleh rakan-rakan mereka sebagai "Cinta Kerang Rebus".

30 Tahun berlalu

Aku pulang ke rumah setelah seharian bekerja. Kira-kira jam 8.00pm baru sampai rumah. Tanpa menuju ke bilik tidur untuk menukar pakaian, aku terus meluru ke dapur. Bau rebusan halia dan serai menarik-narik hidung.
.
"Wah, lauk kerang rebus!" Aku menjerit kegirangan.

Emak di dapur menjawab, "Kerang rebus ni ada ceritanya."

Sambil-sambil emak menjeling ayah yang sedang menyelak suratkhabar di ruang tamu. Ada senyum yang cuba disembunyikan.

Tuesday, July 12, 2011

ADAKAH KITA TERLALU BEBAL



Bapak ah, aku nangis la sial tengok video ni.

Ya, mungkin ada yang menyatakan pihak berkuasa hanya buat kerja mereka. Tugas mereka hanya mencegah dari perkara buruk berlaku. Tapi video ini memaparkan yang pihak berkuasa hanya mengeruhkan lagi suasana. Mungkin ada yang bersifat pro kerajaan akan tetap dengan pendirian mereka untuk menyokong tindakan pihak berkuasa. Itu hak anda. Saya tidak akan persoalkan. Tetapi di sini saya cuma hendak mengingatkan beberapa perkara.
.
1) Ya, anda kata, "Padan muka kena pukul, orang dah kata jangan join perhimpunan haram tu, kau tak nak dengar!". Anda berhak berkata begitu. Tapi anda jangan lupa hak mereka untuk pergi ke perhimpunan haram itu. Anda memilih untuk tidak pergi, itu hak anda. Tapi hak mereka untuk pergi kenapa anda persoalkan?

2) Tidak saya nafikan bahawa tidak semua ahli anggota pihak berkuasa yang bertindak ganas, tetapi sudah menjadi perangai manusia bahawa sedikit itulah yang dipandang manusia. Ibarat kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Jadinya, selepas ini saya hanya menyalahkan pihak berkuasa yang terlibat di dalam video ini dan menyifatkan mereka yang terlibat dalam beberapa minit terakhir (part di mana seorang lelaki yang tangannya diikat di belakang dan sedang mengalami sawan. Tonton sendiri betapa bodohnya pihak berkuasa ketika itu. Ada plasticuff tapi tak ada pemotong adalah ibarat ada handcuff tapi tak ada kunci. Bodoh? Dan ketika kritikal sebegitu, tidak ada wajah cemas langsung di muka mereka. Hey, orang sakit tu bang! 

3) Dan ketika laman sesawang sosial lebat dihidangkan pelbagai video rakaman amatur, ada juga yang sudi diperbodohkan oleh berita-berita di televisyen. Video rakaman mereka-mereka yang hadir dan join bersama dalam perhimpunan haram ini jauh lebih memberikan gambaran keseluruhan keadaan waktu itu jika dibandingkan dengan ucapan pemimpin yang hanya membaca teks sediaan pembantu yang tidak sertai langsung, malah entah-entah tak mengikut langsung perkembangan perhimpunan haram ini secara langsung melalui twitter atau media elektronik yang lain.

4) Anda semua manusia terpelajar. Boleh bezakan mana yang kenyataan dan mana satu pembohongan. Saya tidak mengajak anda untuk mengubah pendirian tetapi cuma mahu mengajak anda supaya berfikir tentang kejadian ini. Mungkin anda kata pada mangsa pukul, "Padan muka!" tetapi anda pernah terfikir satu hari nanti bila anda sedang memperjuangkan pendirian anda dan anda dipukul lalu orang jeritkan di muka anda, "Bodoh, padan muka!". Fikirkan la dowh.

5) Saya tidak menyokong mana-mana tindakan parti politik kerana sejak dari dulu lagi saya tidak berkenan dengan politik dan tidak ada satu parti politik pun yang layak menerima undian dari saya. Masing-masing kotor. Saya juga hanya menyokong agenda utama acara ini iaitu 8 tuntutan. Soal siapa ketua Bersih itu tidak menjadi persoalan. Walau sesiapa pun ketuanya, agenda ini tetap saya sokong. Benda baik ma, kenapa mahu takut? Ada apa salahnya 8 tuntutan ini? Tapi masih juga ada yang berpendapat bahawa menyokong Bersih bermaksud menyokong Ambiga. Ini adalah bodoh.

6) Bagi aku, pemimpin zaman sekarang (Kerajaan dan Pembangkang) memang pandai dalam mentadbir. Dulu masa di sekolah, kita diajarkan supaya bermesyuarat jika terdapat percanggahan di dalam sesuatu keputusan. Betul? Tetapi apabila masing-masing sudah dapat pangkat, ada kamu semua ingat apa yang kamu belajar dahulu (bermesyuarat)? Kenapa perlu mencegah perhimpunan haram dengan roadblock dan campurtangan pihak berkuasa (yang dilihat sebagai memburukkan lagi keadaan) dan tidak buat mesyuarat bersama pemimpin. Sekurang-kurang jika pemimpin kata "Tidak" nescaya anak buah mereka akan ikut cakap. Ini baru namanya mencegah. Dan kenapa UMNO sahaja yang bising? Ada yang cakap sebab orang melayu sahaja yang memperjuangkan kemerdekaan negara. Ini adalah rasis.

Lebih panjang saya tulis lebih banyak kekhilafan dalam kenyataan saya. Maka, oleh itu adalah lebih baik anda semua fikirkan. Tak berubah tak apa tapi tolong fikirkan.

Saturday, July 09, 2011

SALAH SEBUT

Ayah jenis manusia yang suka hiburkan orang. Aku rasa sedikit akhlak ayah kini menurun pada aku. Penyakit keturunan. Kadang-kadang ayah suka salah sebut, samada sengaja atau tak, itu aku tak pasti. Tapi dalam keadaan-keadaan tertentu ia boleh meregangkan sedikit tekanan.

Suatu masa, ketika tunggu order makan tak sampai lagi.

"Bulan 10 ni ayah nak pergi Bandung.." Kata ayah tersengih.

"Dengan siapa?" Aku tanya.

"Dengan Haji Mael. Nak survey tempat dulu. Nanti kita pergi." Jawap ayah. Tersengih.

"Haji Mael nak bawa ayah ke mana je?"

"Pergi tengok kawah gunung berapi tu, Santubongperahu.." Jawap ayah. Selamba dan tersengih.

Kami adik beradik bagai nak rak gelak. HA HA HA.

Oleh kerana kami makan di kedai pada malam itu adalah bersempena adik balik ke Melaka, maka ayah pun tanya macam-macam pada adik. To kill time bak kata omputeh.

"Yuran semua dah bayar?"

"Dah, semalam lagi adik dah pergi bayar."

"Barang-barang sekolah semua dah beli?" *Sweet je dengar ayah bahasakan "belajar" sebagai "sekolah". Hehehe*

"Dah. Settle dah?"

"Sanitary semua dah? Kang nak tulis takde pensil kang" Ayah tanya lagi. Muka serius.

Kami adik beradik pun HA HA HA lagi sekali.

Tuesday, July 05, 2011

KENAPA TAK BOLEH POTONG?

Perjalanan ke Desaru melalui Senai Desaru Expressway (SDE) tidak lagi memakan masa seperti selalu-selalu. Kalau ikut perkiraan banner-banner SDE, hanya 40 minit sahaja dah boleh sampai ke Desaru. Banyak masa boleh jimat. Tapi aku bukan nak borak pasal jimat masa tapi nak borak pasal teka-teki.

Adik aku baru sahaja gagal ujian memandu (bahagian atas jalan) untuk kali kedua. Dalam sejarah keluarga aku, belum pernah ada yang gagal lagi. Adik telah memecahkan rekod. Tahniah. Biasa la, setandan pisang tak semuanya sedap dimakan, kan? He he he.

Perjalanan 40 minit itu tersangat excited sebab ayah, yang kerja bidang pembinaan, dan adik, belajar bidang kejuruteraan awam, tersangat excited nak tengok bentuk jambatan lengkuk itu. Selepas lalu jambatan itu, semua jadi diam. Takde benda yang dicerita. Awkward.

Tiba-tiba aku dapat idea nak bagi teka-teki.

"Kenapa dekat signboard tu", Kata aku sambil menjuihkan bibir ke arah signboard tepi jalan, "kata dilarang memotong."

Semua diam. Sama ada dok memikirkan atau tengah ngorok.

"Sebab jalan kecik?"

"Salah"

"Sebab kawasan kemalangan?"

"Salah"

"Sebab kawasan polis tembak speedtrap?"

"Salah"

"Apsal semua jawapan aku salah?" Adik naik berang.

"Memang la patut kau ulang sampai 2 kali. Sebab jalan ni kan double line."

Kereta yang tadi diam monyok lesu kini bergegar dengan gelak tawa. Nyaris ayah nak parking tepi jalan sebab nak gelak guling-guling sakan punya pasal.

Saturday, July 02, 2011

BRADER JURUJUAL KONDIFEN

Suatu malam di Bazar Karat JB.

Sundang membelek-belek beg-beg sandang yang dipamerkan. Ada yang buruk ada yang baru. Ada yang wangi ada yang wanga. Ada yang BERSIH ada yang kotor. Ada yang berjenama terkenal ada yang cap ayam.

Brader Jurujual capai satu beg dan promote pada Sundang.

"Ha... Bang.. Beg ni bagus bang." Brader Jurujual memulakan jualbeli, "Ada 2 tempat yang macam gini. Yang belakang untuk letak laptop yang satu lagi boleh letak apa-apa. Abang nak guna untuk apa?"

"Saya nak buat letak kamera je." Jawap Sundang. Malas nak layan. Sambil-sambil itu, Sundang keluarkan kamera DSLRnya dari beg yang sedia ada ke dalam beg yang Brader Jurujual promote.

"Kamera abang berapa megabyte?" Tiba-tiba Brader Jurujual tanya dengan muka konfiden.

Suasana jadi sunyi sepi. Burung-burung berhenti kicauan. Aku gelak guling-guling kaw-kaw sampai mata berair. Dalam hati la tapinya.

Selang masa waktu awkward ialah 10 saat.

"14 megapixel." Jawab Sundang tahan gelak.

"Sama la tu megapixel dengan megabyte" Jawap Brader Jurujual kondifen.

"Ok." Balas Sundang.

*****

Sampai dekat kereta sambil membelek barang yang berjaya dibeli di Bazar Karat, aktiviti bantai gelak Brader Jurujual kondifen pun bermula. Takde nak malu dengan orang yangg lalu dah. Gelak tetap gelak.

Friday, July 01, 2011

KEMANISAN

Kemanisan dalam pekerjaan ialah keikhlasan...
kemanisan dalam persahabatan ialah kejujuran..
kemanisan dalam perhubungan ialah kesampaian..
kemanisan dalam permusuhan ialah kematian...
kemanisan dalam perlumbaan ialah kemenangan..
kemanisan dalam kesakitan ialah kesihatan..
kemanisan dalam kedaifan ialah kekayaan..
kemanisan dalam kebodohan ialah kepandaian...
kemanisan dalam percintaan ialah pernikahan...
kemanisan dalam perniagaan ialah keuntungan..
kemanisan dalam kejauhan ialah pertemuaan...
kemanisan dalam kekusutan ialah kedamaian..
kemanisan dalam kelahiran ialah kehidupan..
kemanisan dalam kesusahan ialah kesenangan..
kemanisan dalam pertolongan ialah penghargaan..
kemanisan dalam perhitungan ialah penyelesaian..
kemanisan dalam perselisihan ialah kemaafan..
kemanisan dalam teguran ialah kebijaksanaan..
kemanisan dalam percakapan ialah pemikiran..
kemanisan dalam amalan harian ialah keimanan..
kemanisan dalam kehidupan ialah kesederhanaan..
kemanisan dalam kesungguhan ialah kejayaan..
kemanisan dalam kehambaan ialah kemerdekaan..
kemanisan dalam keegoan ialah kekalahan..

~ Aku cilok sajak ini ~

MELEIS SEMAKIN BERANI MEMPERGUNAKAN NAMA AGAMA ATAS KEPENTINGAN PERIBADI

Cukuplah larangan daripada pihak kerajaan & pihak polis supaya perhimpunan 9 Julai dibatalkan. Hari ini Berita Harian menambah perisa dalam gelodak yang sedia panas di negara kita dengan menyuntik elemen keagamaan. 


Cukuplah agama dipermainan oleh bangsat-bangsat gila wang yang menggunakan nama agama untuk melariskan produk-produk mereka (Baca : MLM) serta memfitnah produk lain sebagai haram. Cukuplah dengan memperbodohkan diri sendiri dengan kopiah dan jubah untuk kepentingan peribadi. Cukuplah.

Kami terima nikmat akal sama seperti kamu. Sama seperti si bijak pandai yang lain. Sama si bodoh bahlul yang lain. Kami juga boleh berfikir seperti mereka. Tapi cukuplah permainan agama ini. Tak perlu mempergunakan nama agama lain. Biar, biar kami fikir sendiri yang mana buruk dan baiknya.

Paranoid.