Circa 1980-an
Di satu lorong sesak berhimpitan warga ibukota yang pulang mencari rezeki, ada sepasang kekasih yang sedang dilamun cinta. Walau si lelaki bekerja di satu bahagian ibukota yang lain dan si wanita pula bekerja di satu bahagian ibukota yang lain, petang itu mereka berjanji-temu di tempat golongan marhaen seperti mereka, bermadu kasih sambil mengisi tembolok yang seharian meneguk air kosong semata-mata mahu berjimat demi janji-temu yang manis itu.
Di jalan Chow Kit itu menjadi saksi cinta yang disemai selama ini semakin mekar. Biar la hanya memesan sepinggan hidangan sotong kangkung dan kerang rebus sekalipun. Itu sudah cukup mengenyangkan. Bercinta sambil makan hidangan sederhana ini pun sudah cukup bahagia untuk mereka. Bukan pinggan seramik buatan Itali yang menyemai cinta itu. Bukan makanan dari restoren mewah yang menyemai cinta itu. Kualiti masa bersama itulah yang menyemai cinta mereka. Mereka tak kisah bila digelarkan oleh rakan-rakan mereka sebagai "Cinta Kerang Rebus".
30 Tahun berlalu
Aku pulang ke rumah setelah seharian bekerja. Kira-kira jam 8.00pm baru sampai rumah. Tanpa menuju ke bilik tidur untuk menukar pakaian, aku terus meluru ke dapur. Bau rebusan halia dan serai menarik-narik hidung.
.
.
"Wah, lauk kerang rebus!" Aku menjerit kegirangan.
Emak di dapur menjawab, "Kerang rebus ni ada ceritanya."
Sambil-sambil emak menjeling ayah yang sedang menyelak suratkhabar di ruang tamu. Ada senyum yang cuba disembunyikan.
No comments:
Post a Comment
Komenlah Aku