Bapak ah, aku nangis la sial tengok video ni.
Ya, mungkin ada yang menyatakan pihak berkuasa hanya buat kerja mereka. Tugas mereka hanya mencegah dari perkara buruk berlaku. Tapi video ini memaparkan yang pihak berkuasa hanya mengeruhkan lagi suasana. Mungkin ada yang bersifat pro kerajaan akan tetap dengan pendirian mereka untuk menyokong tindakan pihak berkuasa. Itu hak anda. Saya tidak akan persoalkan. Tetapi di sini saya cuma hendak mengingatkan beberapa perkara.
.
.
1) Ya, anda kata, "Padan muka kena pukul, orang dah kata jangan join perhimpunan haram tu, kau tak nak dengar!". Anda berhak berkata begitu. Tapi anda jangan lupa hak mereka untuk pergi ke perhimpunan haram itu. Anda memilih untuk tidak pergi, itu hak anda. Tapi hak mereka untuk pergi kenapa anda persoalkan?
2) Tidak saya nafikan bahawa tidak semua ahli anggota pihak berkuasa yang bertindak ganas, tetapi sudah menjadi perangai manusia bahawa sedikit itulah yang dipandang manusia. Ibarat kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Jadinya, selepas ini saya hanya menyalahkan pihak berkuasa yang terlibat di dalam video ini dan menyifatkan mereka yang terlibat dalam beberapa minit terakhir (part di mana seorang lelaki yang tangannya diikat di belakang dan sedang mengalami sawan. Tonton sendiri betapa bodohnya pihak berkuasa ketika itu. Ada plasticuff tapi tak ada pemotong adalah ibarat ada handcuff tapi tak ada kunci. Bodoh? Dan ketika kritikal sebegitu, tidak ada wajah cemas langsung di muka mereka. Hey, orang sakit tu bang!
3) Dan ketika laman sesawang sosial lebat dihidangkan pelbagai video rakaman amatur, ada juga yang sudi diperbodohkan oleh berita-berita di televisyen. Video rakaman mereka-mereka yang hadir dan join bersama dalam perhimpunan haram ini jauh lebih memberikan gambaran keseluruhan keadaan waktu itu jika dibandingkan dengan ucapan pemimpin yang hanya membaca teks sediaan pembantu yang tidak sertai langsung, malah entah-entah tak mengikut langsung perkembangan perhimpunan haram ini secara langsung melalui twitter atau media elektronik yang lain.
4) Anda semua manusia terpelajar. Boleh bezakan mana yang kenyataan dan mana satu pembohongan. Saya tidak mengajak anda untuk mengubah pendirian tetapi cuma mahu mengajak anda supaya berfikir tentang kejadian ini. Mungkin anda kata pada mangsa pukul, "Padan muka!" tetapi anda pernah terfikir satu hari nanti bila anda sedang memperjuangkan pendirian anda dan anda dipukul lalu orang jeritkan di muka anda, "Bodoh, padan muka!". Fikirkan la dowh.
5) Saya tidak menyokong mana-mana tindakan parti politik kerana sejak dari dulu lagi saya tidak berkenan dengan politik dan tidak ada satu parti politik pun yang layak menerima undian dari saya. Masing-masing kotor. Saya juga hanya menyokong agenda utama acara ini iaitu 8 tuntutan. Soal siapa ketua Bersih itu tidak menjadi persoalan. Walau sesiapa pun ketuanya, agenda ini tetap saya sokong. Benda baik ma, kenapa mahu takut? Ada apa salahnya 8 tuntutan ini? Tapi masih juga ada yang berpendapat bahawa menyokong Bersih bermaksud menyokong Ambiga. Ini adalah bodoh.
6) Bagi aku, pemimpin zaman sekarang (Kerajaan dan Pembangkang) memang pandai dalam mentadbir. Dulu masa di sekolah, kita diajarkan supaya bermesyuarat jika terdapat percanggahan di dalam sesuatu keputusan. Betul? Tetapi apabila masing-masing sudah dapat pangkat, ada kamu semua ingat apa yang kamu belajar dahulu (bermesyuarat)? Kenapa perlu mencegah perhimpunan haram dengan roadblock dan campurtangan pihak berkuasa (yang dilihat sebagai memburukkan lagi keadaan) dan tidak buat mesyuarat bersama pemimpin. Sekurang-kurang jika pemimpin kata "Tidak" nescaya anak buah mereka akan ikut cakap. Ini baru namanya mencegah. Dan kenapa UMNO sahaja yang bising? Ada yang cakap sebab orang melayu sahaja yang memperjuangkan kemerdekaan negara. Ini adalah rasis.
Lebih panjang saya tulis lebih banyak kekhilafan dalam kenyataan saya. Maka, oleh itu adalah lebih baik anda semua fikirkan. Tak berubah tak apa tapi tolong fikirkan.
relek win..kawan aku ni ustat, tapi marah orang melayu ikut ambiga hindu (die kate)...ustat jqaf balik dari mesir tu wak...
ReplyDeletekuciwa aku nengok tv sekarang ni
Aku pun sedeh tengok video tu. berita kat tv dengan suratkhabar memang tak payah tengok la..