Monday, July 18, 2011

REVIEW FILEM : LARRY CROWNE


1. Selain Nicholas Cage, aku juga menyukai lakonan Tom Hanks. By the way, siapa yang tak suka lakonan Tom Hanks kan? Filem pertama lakonannya yang buat aku totally fall in love adalah Forrest Gump. Legend.

2. Julia Robert tak secantik pelakon wanita baru. Tapi dia ada aura yang tersendiri yang membuatkan aku ingin menonton filem lakonannya dan filem lakonannya yang buat aku jatuh cinta ialah Notting Hill. Oh, ada lagi satu, Pretty Woman :)

3. Jarang ada orang tua yang nak belajar macam Larry. Sedikit sebanyak buat aku rasa ingin kumpul duit dan ambil ACCA. Serius.

4. Jadi baik tak semestinya tak boleh bersosial. Bertemu dengan Talia membuatkan fikiran lebih terbuka untuk melihat dunia. Think out of the box. Cara dia berfesyen, cara dia melihat kehidupan. It's interesting.

5. Konsep "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan" menjadi subjek utama filem ini.

6. Kelebihan belajar di usia lanjut : Dengan gaya gentlemen, boleh tackle lecturer samada yang muda atau yang MILF.

7. Lepas tonton filem ini, aku terus buka internet. Nak cari orang yang nak jual skuter 2nd hand. Spek hitam aku dah ada. Cuma jaket kulit hitam tu aku sure takde saiz aku.

8. Kelas awal pagi pukul 8.00am memang boleh jadi seronok kalau lecturer dan pelajar berseronok dengan subjek itu. Selama aku di kampus utara, haram takde kelas pukul 8.00am yang seronok.

9. Duit bukan pengukur kejayaan. Sebab duit boleh dicari. Ilmu itu yang penting kerana ia memandu kita untuk menguruskan duit dengan betul.

10. Aku harap Tom Hanks dapat buat filem yang inspiring sebegini lagi.


1 comment:

Komenlah Aku