Wednesday, November 30, 2011

PENGEMBARAAN FAHMI : KOTA EMAS QUITO - BAB PENGENALAN

     Sejak kecil lagi, sedang kanak-kanak seumurnya leka menonton Power Ranger dan siri kartun Jepun yang lain, Fahmi pula leka menonton filem berteraskan siri pengembaraan Pengembara Kulit Putih yang mempunyai azam untuk mencari harta karut di seluruh dunia. Jika tidak diasuh oleh datuknya, nescaya Fahmi masih lagi leka seperti kanak-kanak lain yang hanyut dalam dunia kartun Nihon.

     Datuk Fahmi bukan berasal dari keluarga senang. Sewaktu mudanya, dia menghabiskan masa seperti remaja seusianya sewaktu itu. Berjoget lambak dan menonggak arak. Sekitar tahun 1966 dulu, tak siapa yang ambil pusing sangat tentang hal ehwal agama dan moraliti. Tetapi dia sangat rajin bekerja dan disenangi majikannya, tauke Ladang Dorado iaitu Tuan Robert Pizarro. Beliau berasal dari Brazil. Masuk ke tanah melayu atas jemputan kerajaan untuk memajukan ladang getah di sini. Sebelum Tuan Robert Pizarro meninggalkan tanah melayu, beliau mewasiatkan agar seluruh hartanya di sini dijaga oleh datuk Fahmi. Jika selepas 10 tahun Tuan Robert Pizarro tidak kembali ke sini, seluruh harta ini akan diwarisi oleh datuk Fahmi.

     Sejak usia dah senja sebegini, datuk Fahmi hanya berehat di rumah melayan karenah cucu. Terima kasihnya yang tidak terhingga kepada Tuan Robert diabadikannya sebagai nama sebuah sekolah umum yang dibuka di kawasan ladang sebagai inisiatif kepada pendidikan percuma untuk pekerja ladang.

     Sewaktu Fahmi di usia muda lagi, datuknya telah mengasuhnya untuk mendekati aktiviti luar pintu yang mencabar. Impian datuknya untuk melihat Fahmi sebagai Pencari Harta Karut tak pernah pudar. Untuk permulaan, dibiasakan tubuh badan Fahmi dengan aktiviti memanjat gunung. Kebanyakkan gunung di Malaysia sudah berjaya Fahmi tawan. Ramai otai-otai di persatuan mendaki gunung kagum dengan kebolehan dan kesungguhannya. Dengar khabar, ada syarikat ternama yang mahu menaja segala perbelanjaan Fahmi untuk menakluk Gunung Everest, seterusnya menjadi penawan gunung Everest termuda Malaysia. Namun, atas faktor kesihatan datuknya yang tidak menentu, dia terpaksa menolak. Tapi dia tidak kecewa sebab datuk adalah segalanya baginya. Ibubapa sibuk menguruskan perniagaan di London. Sebulan sekali baru berjumpa, itu pun jika tiada aktiviti perniagaan.

     Di saat berasa di usia emas begini, datuk Fahmi tidak berupaya untuk menyimpan amanat Tuan Robert Pizarro lagi. Sudah sampai ketikanya, dia harus menurunkan amanat ini kepada pewarisnya, iaitu Rahmat, bapa kepada Fahmi. Namun dek kerana faktor kesihatan yang semakin kronik, menunggu Rahmat pulang ke Malaysia hanya perbuatan yang merugikan. Pilihan terakhir, diwariskan kepada Fahmi. Tapi mampukah Fahmi untuk menanggung beban amanat ini sedangkan dia sendiri gagal untuk melaksanakannya seperti mana yang Tuan Robert Pizarro harapkan.

HERO OLEH LEJEN PRESS



Bulan 12 bulan busy dengan persediaan untuk year end closing. Aktiviti mengupdate mungkin akan berkurangan tetapi antologi buku Hero terbitan Lejen Press yang mana aku menyumbang cerita dalam 20 pages akan diterbitkan pada bulan ini. Nantikan update yang akan datang dari aku.

Jenguk-jenguk di sini untuk buku-buku keluaran Lejen Press.

Wednesday, November 16, 2011

PALING KURANG ADA BENDA YANG AKU BOLEH BANGGAKAN KEPADA CUCU AKU NANTI


Tempohari aku ada masuk ujibakat untuk buku bertajuk Hero yang bakal diterbitkan oleh Lejen Press, sebuah kampeni buku indie yang berHQ di Uya Distro, Subang. Lepas beberapa ketika yang agak genting dan beberapa kali diugut, pihak penganjur akhirnya mengeluarkan senarai penuh penulis yang bakal terlibat dengan projek ini.

Dan kalau kau lihat pada gambar di atas, penama nombor 1 ialah Fikri Misit. Okay, itu aku sebenarnya. Mungkin disengajasalahkan oleh penganjur. Atau mungkin tidak. Siapa yang tahu, kan? Hehe. Whatever la, asalkan aku dapat cuba menulis gaya humor hero pula :)

*tepuk bahu sendiri*

Di tangan aku sekarang, sudah konfem ada 2 projek buku.
1) Gasak by Sindiket Soljah - Tahun depan. Seni tak boleh dipaksa-paksa, kata Tokrimau.
2) Hero by Lejen Press - Dijangka pada Disember/Januari

Untuk Tokrimau, saya akan segera buat bayaran. Sori tok, baru angkat kereta. Sen tak cukup lagi. Hehehe.

Dengan ini, projek cerita Bandar Seri Korupsi itu akan dihentikan siaran di blog ini sebab bakal dikontiniu di dalam buku Hero. Hey ho! Let go!

DAH 10,000

SEKSUALITI KELIRU :)

Lokasi : Restoren Ayam Penyet Ria, Plaza Angsana.
Masa : Dinner

Ayah belanja kami sekeluarga sempena ulangtahun kelahiran aku. Kami sambut awal sehari sebab pada hari kejadian merupakan hari kerja. Malam hari kerja biasa kami makan dekat rumah je sebab malas nak keluar. So, takkan nak sambut ulangtahun kelahiran makan biasa-biasa plak, kan?

So, oleh kerana selalu dengar artis-artis dan kawan-kawan menggambarkan betapa sedapnya nasi ayam penyet di Restoren Ayam Penyet Ria, Sunway Pyramid, aku pun rasa teruja nak pergi makan di restoren yang orang kata sedap ni. Tapi di cawangan Johor Bahru.

Bila kami duduk di kubikel, seorang pelayan datang membawa senarai menu. Kami pilihan makanan ikut sedap tekak. Sementara itu, mata kami memberi signal sesama kami. Ada gelak bisu yang cuma diluahkan. Selepas pelayan itu pergi, terhambur segala yang terbuku di mulut.

HAHAHAHAHA.

Tiba-tiba datang sepasang pemuda-pemudi duduk di belakang kubikel kami. Pelayan yang sama datang menghulurkan senarai menu.

"Nanti kami panggil bila nak order" Ujar pemuda itu kepada pelayan. Sopan.

Kami menanti dengan tabah. Tunggu pasangan tadi nak order.

"Kak!... Ermm.. Bang!... Erm..." Pemuda tersebut cuba panggil pelayan yang sedang agak sibuk.

"Ish awak ni.. Panggil dia akak la... Nanti kecik ati dia." Ujar si pemudi.

"Ish.. Tak nak la... Kan dia tu lelaki. Kang kecik hati plak." Balas si pemuda lalu membuat isyarat memanggil yang universal. Petik jari sambil lambai tangan.

Kami sekeluarga : HAHAHAHAHAHA

Kami yang keliru oi. Kami yang serba salah oi.

Monday, November 14, 2011

MAKCIK NAK BUAT KEK

Lokasi : Kedai Borong
Hari : Ahad

Seorang makcik masuk ke kedai dengan anak perempuannya yang berumur kira-kira 10 tahun. Jika dinilai dari sudut pakaian, makcik ini datangnya dari keluarga yang berada di bawah par dan berpendidikan kurang tinggi. 

Makcik : Yam, ni barang sume cukup ke ni?
Yam : Macam dah cukup je mak.
Makcik : Eh, ni ada satu lagi. Jap mak pi tanya.

Makcik : Bos, ini barang ada tak? *sambil tunjuk kertas*
Tauke : Apa awak tulis ni? *pejam celik pejam celik nak pahamkan*
Makcik : Ni ha... K..i..s..m..a..s... ha.. Kismas... ada jual tak?

Krik... Krik... Krik...

Tauke : Itu kena tunggu 25 Disember nanti *gelak dalam hati*

Krik.. Krik.. Krik...

Makcik : Lamanya... Sekarang takde stok ke?
Tauke : HAHAHAHAHAHAHA.

Saturday, November 12, 2011

SAYA SEDANG BERCUTI DI BALI. AWEK BOGEL? TAK JUMPA LAGI.




Ketika status Facebook ini ditulis, saya sedang berada di kubikel pejabat saya menunggu baju saya kering. Tadi pergi jemputan, baliknya hujan lebat mampoih, baju lencun. So, singgah pejabat dulu keringkan baju, minum neskefe dan tonton episod terkini siri TV Greys Anatomy.

Dalam pada mencicipi neskefe suam, idea bernas untuk menggunakan kemudahan "check-in" untuk berangan sedang bercuti di pulau Bali sambil berangan melakukan beberapa aktiviti nakal. Dan ya, ada mereka yang percaya. Tak, mereka bukan kurang bijak. Mereka cuma "play-along" dengan anganan saya.

Saya sayang kawan-kawan saya.

Friday, November 11, 2011

HARI MARAH SEDUNIA PUNAH TIBA-TIBA

Sejak akhir-akhir ini, aku mudah naik hangin. Marah tak semena-mena. Kadang-kadang tengok budak main bola kaki ayam pun spirit nak marah tu mencanak-canak naik. Tak tahu apa fasal. Nak cakap tak cukup makan, setiap kali masuk waktu makan tak pernah miss. (Kalau la solat aku pun macam tu, kan bagus :( ). Kalau nak kata tak cukup nafkah batin, ermm...aku rasa baru semalam dapat. Entah la.

Tapi tadi, baru kejap tadi, tahap menyirap aku dah naik mendadak. Aku menyampah pula bila orang sembang serius tapi guna bahasa budak-budak baru nak naik #BBNU. Bualan kami di medium Facebook Chat adalah lebih kurang gini.

Ros : iponee acu ilang
Aku : ilang katne?
Ros : ipone acu ilang hr ni. buda slongcar beg. ilang kat scool. duit acu pon ilang
Aku : hilang kat bilik guru?
Ros : x.. cat legaran
Aku : mcm mana bag kau bole ada kat legaran plak?
Ros : ye laa sbb acu cat situ... beg acu pun cat citu laaaaa
Aku : Cibai la. Kau bole eja betul-betul tak?
Ros : cau jgn la mrh acu, can phone acu baru ilang :( comp ni xde uruf cay la. ceyboard rosax :(

Krik.... Krik... Krik...

Aku : HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.

Thursday, November 10, 2011

SHOPPING ALAM MAYA

Sekarang, entah kena sampuk dek setan mana, aku mempunyai hobi baru yang mendatangkan penyesalan pada akhir bulan. Hobi yang makan duit banyak dalam 2,3 ratus jugak kalau tak reti nak jaga dompet. Hobi ini dinamakan bersiar-siar di alam maya lalu tersinggah di gerai alam maya bernama E-Bay serta kedai-kedai lain dan tersangkut hati dengan design baju printed tee sebab mempunyai saiz sebesar saiz aku.

Hati siapa yang tak sayu jika aku waktu muda-muda dulu tak dapat berfesyen seperti orang muda-muda kebanyakkannya. Tapi kini, dengan teknologi yang ada sekarang, dapatlah aku beli t-shirt kolar bulat dengan pelbagai corak menarik di dada. Hehehe.



Ini design yang aku beli bukan dari E-Bay tapi yang menariknya tentang kedai baju alam maya bernama RIPT Apparel ini ialah design bajunya hanya available selama 24 jam sehari. Ini bermakna untuk setahun mereka hanya menghasilkan 365 design baju sahaja dan ini tidak akan diulangcetak. Power kan?


Wednesday, November 09, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #13 - PEMINAT BUKU GANGGUAN


"Lepas saya baca buku ini, tidur malam saya ditemani mimpi ngeri !" - Peminat

Tuesday, November 08, 2011

KORUPSI - BAB PERTAMA

BANDAR PURA CENDANA . TAHUN 2035

Ruang pejabat Bank Of Korupsi yang terlalu padat dengan pekerja kelihatan seperti pasar basah. Pekerja adakalanya terpaksa berlaga punggung bila berjalan. Dengan ruang sekecil ini, dilambakkan dengan seramai boleh pekerja di dalamnya. Bukan tidak pernah mereka bising-bising dengan pihak pengurusan. Dah beberapa kali Shahrul, Pengurus Bank Of Korupsi Cawangan, turun naik pejabat pengurusan Korupsi Corp untuk melaporkan hal ini tetapi sampai sudah tiada tindakan diambil.

Hubungan antara pekerja juga tidak berapa baik. Beberapa siri pertikaman lidah pernah berlaku sehingga mereka berpecah kepada 2 clique. Pernah sekali mereka bergaduh tentang cawan. Cawan tak berbasuh di sinki sudah berminggu tapi tak siapa pun ambil peduli sehingga se-koloni semut membina sarang di dalam cawan. Itu belum lagi kes jumpa anak “Mak Menti” yang masih merah-merah dalam jug di sinki.

Dalam ramai pekerja yang berbalah, hanya seorang sahaja pekerja yang dilihat neutral. Dia tak pernah kisah dengan siapa dia berkawan, dengan siapa dia keluar makan tengah hari atau siapa yang dia tumpangkan kereta. Semuanya dilayan dengan senyuman. Namanya Jack. Ya, hanya Jack.

Sudah menjadi lumrah dunia, kuasa batil lebih besar dari kuasa haq. Berbuat baik dengan semua orang tidak menjanjikan Jack bebas dari dibuli. Segelintir pekerja lelaki yang nakal gemar memperkotak-katikkan Jack sehingga segelintir dari pekerja yang lain tidak menyenangi dengan perbuatan mereka.

"Seth, kau ni tak baik tau buat Jack macam tu. Kau ingat ni zaman sekolah ke?" Jack hanya tersengih sahaja tiap kali Kak Mawar membelanya.

"Ah, kau ni Mawar. Tak sporting langsung. Bukannya aku liwat ke rodok ke budak ni. Aku suruh bancuh kopi dengan beli crepe coklat je. Kecoh la."

Selalunya Abang Ali-lah yang selalu melenting kalau Kak Mawar bersuara. Selalunya memang macam ni. Orang lain tak berani nak masuk campur sebab mereka berdua pekerja yang paling lama berkhidmat. Tentu sudah masak dengan keadaan seperti ini.

Di pejabat ini, kebiasaannya pekerja baru akan berlindung di bawah "sayap" Kak Mawar iaitu Grup Perdagangan Antarabangsa, sebab takut dibuli oleh Abang Ali dan gengnya. Tapi lain pula bagi Jack. Jack memilih untuk berada di dalam Grup Pinjaman Peribadi dan merelakan dibuli oleh mereka.

"Kau ni yang bodoh sangat pergi masuk Grup Ali tu kenapa?" Pernah sekali Kak Mawar memarahi Jack.

"Tak pe la kak. Orang lelaki, kenalah kalis maki dan buli." Jack hanya tersenyum sahaja. Memang senyum tak pernah lekang dari bibirnya. Memang itu sifat semulajadi Jack.

Suatu hari, ada seorang pekerja baru mendaftar diri dan dek kerana kemelut dalaman pekerja, pihak atasan Bank Of Korupsi mengarahkan pekerja baru ini untuk berada di Grup Pinjaman Peribadi dan ini menyebabkan Kak Mawar jadi resah. Tetapi tidak bagi Abang Ali. Sekurang-kurangnya ada sekuntum mawar yang kembang di dalam grupnya. Tidaklah bosan selalu menghadap muka-muka lelaki lain yang ketandusan kasih sayang.

Sejak kehadiran Wendy di Grup Pinjaman Peribadi, aktiviti membuli Jack semakin berkurangan kerana mata-mata keranjang yang lain sibuk menawarkan diri untuk membantu Wendy tanpa disuruh. Sesekali timbul rasa kasihan di hati Jack sebab Wendy dilihat macam rimas dan tidak boleh fokus pada kerjanya.

Suatu hari, Jack mendapat pesanan suara dari Wendy yang mengajaknya untuk keluar makan tengah hari bersama. Tanpa ada niat lain seperti rakan kerjanya yang lain, Jack bersetuju sahaja. Makan tengah hari itu menjadi makan tengah hari yang paling bermakna bagi Jack sebab Wendy bukan sahaja cantik dan berjaya mencairkan hati para mata keranjang di pejabat, malah hati Jack sendiri sudah cair meleleh. Jack tidak sedar bahawa kemesraannya tengah hari itu dijenguk oleh bencana.

Di lorong belakang pejabat, Jack ditahan oleh beberapa oleh rakan kerjanya. Pada mulanya mereka hanya bertekak dan Jack seperti biasa bertindak untuk mengendurkan ketegangan. Namun rasa berang mereka terhadap jack memang tidak dapat dibendung. Merasa juga se-das dua pukul ceduk ke perut Jack tapi Jack tidak melawan. Wendy yang dari tadi menjerit ketakutan segera mendekati Jack usai dia ditibai oleh rakan kerjanya.

“Kau tak apa-apa? Kenapa kau tak melawan?” Wendy melemparkan soalan yang dia sendiri tahu jawapannya. Bukan soalan yang literal tetapi bukankah itu soalan yang biasa diajukan dalam keadaan begitu?

“Kau ada tisu?” Jack bertanya. Dikalisnya soalan dengan soalan. Bijak. Dia cuma tidak mahu Wendy risau.

“Nah, aku bawa kau pergi klinik?” Tanya Wendy penuh sangsi.

“Tak perlu. Aku okay. Kejap lagi baiklah ni.” Jack bukan mahu tunjuk hero. Dia tak mahu kejadian kecil ini menjadi besar. Biasalah tu kalau lelaki bergelut pasal cemburu buta. Jack mahu kejadian ini habis di sini.

“Kau janji tak laporkan kepada manager okay? Aku tak mahu mereka dibuang kerja sebab benda kecil begini.”

“Okay”. – Dalam keadaan begini, kau masih lagi risaukan nasib orang yang memukul kau lebih dari nasib kau sendiri. Kau memang istimewa.

Saturday, November 05, 2011

PROJEK BARU - KORUPSI (EPILOG : BANDAR SERI KORUPSI)

TAHUN 2075

Tengah malam musim sejuk tahun ini memang bukan calang-calang punya sejuk. Mengikut ramalan kaji cuaca dari berita siaran televisyen berbayar TV3 jam 9 malam tadi melaporkan suhu malam ini mencecah suhu di bawah takat beku. Pada suhu yang sebegini, hanya manusia kacukan beruang kutub sahaja yang dapat bertahan. Kebanyakkan penduduk Bandar Seri Korupsi hanya menghabiskan masa menonton televisyen di rumah bersama keluarga sambil menghirup minuman bangsawan “3 Shots Carmomile’s Expresso” untuk memanaskan badan. Gedung membeli belah juga banyak yang sudah menutup perniagaan. Tidak seperti 40 tahun yang lalu, Bandar Seri Korupsi seolah bandar mati menjelang waktu senja.

Mengikut logik akal, jika ada yang baru sudah pasti ada yang lama. Di satu sisi gelap, 10 kilometer dari Pintu Masuk Selatan yang lebih dikenali sebagai Pagar Phoenix, sekelompok manusia yang berkumpul mengelilingi unggun api cuba memanaskan badan dan mengekalkan haba untuk meneruskan hayat. Mereka hanya berteduh di runtuhan bangunan, kilang produk ping pong dan bangkai kereta yang terbiar. Bau hanyir seakan menjadi haruman utama. Dengan keadaan sebegitu, hatta tikus sekalipun hidup dalam ketakutan, takut menjadi santapan utama manusia di situ. Yang paling menyedihkan, penduduk kawasan ini semakin berkurangan semasa musim sejuk. Ini adalah kerana pembunuh utama kebanyakkan manusia di sisi gelap ini adalah musim sejuk. Tubuh yang sudah kejung dan terbujur kaku tidak dikebumikan tetapi dijadikan bahan bakar untuk manusia lain menahan ajal. Ya, tidak lain tidak bukan, kawasan ini dinamakan Lembah Mati.

Pemerintah Bandar Seri Korupsi tidak pernah berhenti berfikir tentang Lembah Mati. Tiada kenderaan yang dibenarkan keluar masuk dari keempat-empat Pintu Masuk Utama. Kawalan yang terlalu ketat sehinggakan lalat dari Lembah Mati sekalipun tidak berjaya melepasinya. Susunan tembok gagah mengelilingi Bandar Seri Korupsi langsung tiada cela. Berjuta-juta Litta (matawang Bandar Seri Korupsi) dilaburkan dalam sektor keselamatan yang melibatkan pelbagai teknologi tercanggih yang pernah dicipta pada masa itu. Yang menjadi persoalan kepada para pemimpin itu ialah bagaimana manusia di Lembah Mati dapat meneruskan hidup sedangkan bekalan makanan dan air bersih disekat sepenuhnya. Manusia yang dibuang ke Lembah Mati seharusnya mati dan memang itu tujuan Lembah Mati dicipta.

Jika mahu diceritakan titik permulaan sejarah hitam Bandar Mati bermula, selapis demi selapis lembaran sejarah perlu diselongkar. Cerita tentang kemusnahan dan kerakusan manusia meratah hasil bumi untuk tujuan peribadi diturunkan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi sehinggalah ada inisiatif untuk ditulis iaitu sewaktu tersebarnya virus yang menyebabkan mulut mereka ditumbuhi cacar sehingga menyukarkan mereka untuk bertutur. Helaian bersejarah yang telah dibukukan ini cuba dimusnahkan oleh manusia-manusia berkepentingan itu tetapi berjaya diselamatkan oleh hero yang tidak ditulis kisahnya. Jasa hero-hero ini hanya mampu mereka peringati melalui arca-arca yang mereka bentuk dari sisa runtuhan bangunan dan kenderaan. Hanya dengan ini sahaja mereka mampu tinggalkan untuk generasi masa hadapan sebagai peringatan bahawa harapan untuk mereka sentiasa ada. Dan dengan bantuan hero ini, mereka masih lagi diberi pulang untuk bernafas di bumi tuhan ini.