Tuesday, June 30, 2009

DAN KAMI MEMERIAHKAN HUJUNG MINGGU KAMI DENGAN..............





.....majlis perkahwinan berbudayakan masyarakat Johor, di mana ini amat baru buat Muaz yang selama ini hanya menghadiri majlis perkahwinan berbudayakan masyarakat Kedah.

Satu pengalaman baru buat Muaz dan satu pengalaman berulang buat diri aku sendiri.

Selama aku merantau ke belantara Sintok untuk jangkamasa 3 tahun setengah, banyak majlis perkahwinan sepupu sepapat yang aku terpaksa lepaskan. Terpaksa memilih samada ponteng kelas dan menghabiskan duit tiket (yang mahal nak mampos) untuk pulang ke Johor (dan menghadiri majlis perkahwinan sepupu sepapat), atau menghadapi kemungkinan dihalang ke peperiksaan akhir akibat ketidak-cukupan peratusan kehadiran ke kelas.

Ini adalah yang pertama dalam jangkamasa 3 tahun ini. Mana mungkin aku lepaskan peluang untuk membantu bersama-sama rewang pada majlis ini. Lalu aku bawa Muaz bersama.

Oleh kerana ramai sanak saudara yang hadir, maka sedikit sebanyak kami menggunakan beberapa perkataan jawa yang sempat juga aku ajarkan kepada Muaz seperti Centong (Senduk), Mentong (Makan 2nd time), Rewang (Bantu di pada majlis) dan 2,3 perkataan lain.

Satu pengalaman baru juga bagi Muaz bila penanggah (pembantu majlis) akan diberikan rozet yang diselitkan duit kertas RM5. Ini adalah kebiasaan bagi masyarakat Johor sebagai penanda bahawa dia adalah pembantu majlis selain RM5 itu sebagai sedekah. Muaz tak biasa, dapat je rozet tu terus dia simpan dalam poket. Takut hilang, katanya.

Selain itu, Muaz juga baru mendapati bahawa masyarakat Johor akan beri nasi berkat kepada para tetamu terpilih. Berlainan sama sekali dengan masyarakat di tempatnya.

Hari minggu kami amat penat sekali. Woh!

1 comment:

  1. Budaya johor mmg best...

    Skrg harga dia dah RM5 ke?? dulu duit syiling singgit je..

    ReplyDelete

Komenlah Aku