....sangat sedap sekali.
Lebih-lebih lagi bila Big Boss yang bayar. Tidak, bukan di cawangan induk tapi di cawangan JB.
Ya, kami makan makanan laut. Ops, perut saya yang besar dan luas ini pun tak tertampung makanan yang banyak dan lazat semalam.
Selain saya dan Muaz, turut diundang ialah 2 pelajar Vietnam, Daniel dan Nhong. Oh, bos-bos kecil cawangan JB turut sama sertai kami. Wah, mereka semua bangsa Cina rupanya.
Mesti awak fikir kami makan di restoren bukan melayu. Oh! Salah sama sekali. Kami makan di Restoren Sayam, Stulang. Makanan ala Thai. Antara semua tetamu, hanya kami berdua sahaja orang Islam dan kami cuma makan makanan halal. In respect of that, Big Boss bawa makan di sini.
Terbayang-bayang juga saya jika Big Boss bawa makan di Restoren Cina. Apa yang saya perlu order ye? Oh!
Ya, semalam kami makan "Butter Prawn", Sotong Goreng Tepung, Kangkung Goreng Belacan, Siakap Stim Ala Thai (Stim je bau ikan enak ini) dan minuman berupa ais kisar (ice blended).
Eh, Kutak, nak tanya sikit. Di Villa Mewah Cahaya Ampang sekarang, awak tonton Keliwon dengan siapa ek? Hati-hati tau. Awak duduk sorang-sorang tahu. Kalau mengigau, tiada siapa yang boleh tengok-tengok, kan.
bah kut teh satuuuuuuuuuuuuuuu...!!!!!!!!!!
ReplyDeletehaha..aku penah ikut bos aku makan kat restoren cina.. satu meja aku sorang jek malay+muslim.. aku makan seafood jek.. tak sentuh pon ayam walaupon tauke kedai bagitaw ayam tuh dapat cert halal..
ReplyDelete