Thursday, June 25, 2009

PEJABAT TINGGI PUN LETIH JUGA

Di pejabat baru sekarang, segalanya mudah. Segalanya istimewa. Betul. Aku tak kencheng kamu. Ini serius. Jauh sekali keadaannya dengan pejabat induk di Kuala Lumpur itu.

Dah tak perlu panjat tangga 3 tingkat untuk masuk pejabat. Pejabat sini rendah ja, tingkat satu. Dah la tingkat satu, naik lif pula tu. Memang lemak la aku sepanjang 2 bulan di sini.

Lagi satu, pejabat aku ini di dalam bangunan hotel, kiranya pejabat aku ini tinggi la juga. Kira-kira 24 tingkat. Bukan macam di pejabat induk tu, ada 4 tingkat ja. Kena panjat tangga pula tu. Tak senonoh sungguh.

Ha, lagi satu. Surau kami agak istimewa dari pejabat induk. Kalau di pejabat induk, ruang solat cuma boleh muat untuk seorang. Langsung tak boleh nak jemaah. Langsung tak dapat pahala yang afdal itu. Tapi di pejabat ini, surau kami nun jauh di tingkat 24. Kami naik lif, bukan panjat tangga. Langsung tak penat. Ruang solat yang agak luas, boleh la kalau nak jemaah 4,5 orang sambil ber-imamkan Muaz.

Semua buat aku gembira.

Tapi aku sangat naik angin bila ada orang main suis lif. Masa yang perlu diambil dari tingkat 1 ke tingkat 24 yang mengambil masa kurang dari 3 minit, akan mengambil masa yang lebih panjang jika di lif berhenti di setiap tingkat.

Tingkat 1 ke tingkat 24. Kau kira la sendiri berapa lama aku perlu tunggu dalam lif jika lif singgah di setiap tingkat. Kiranya, kalau aku keluar pejabat jam 3.45pm untuk solat Zohor, aku akan sampai tingkat 24 selepas azan Asar.

So, pathetic. Nyampah.

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku