Thursday, June 18, 2009

BAWA PAK LONG JALAN KLCC NAIK STAR DAN PUTRA.


Pak Long yang tengah dok cangkung tu mai dari Penang. Dia dok umah kak dia kat Bandar Tun Razak masa dia dok ngajaq kat sekolah dekat-dekat situ. Oh ya, Pak Long ni cikgu praktikal. Tapi kesian, sepanjang dia dok KL ni, takdak sapa yang nak bawak dia jalan-jalan KL. Dia parpu sorang-sorang dia dalam umah kak dia tu. Oleh kerana kesian, kami pun mai umah kak dia nak bawa Pak Long jalan-jalan tengok KLCC naik STAR dan PUTRA. Kami kan orang KL.

Masa naik STAR dari Bandar Tun Razak tu, Pak Long dok pegang lengan kami ja. "Gayat naik ketapi laju-laju." kata dia tersengih-sengih. Sepanjang perjalanan, mata Pak Long dok usha2 awek seksi dalam STAR la, dok tengok bangunan tinggi-tinggi la. Kesian dia. Dulu kat kampung, benda yang paling tinggi dia pernah nampak cuma hantu galah ja. "La ni, ghumah pon lagi tinggi dari hantu galah naa..." Kata dia lagi.

Kami makan tengahari dekat McDonald depan stesen STAR Masjid Jamek. Alang-alang dah sampai bandaq, ajak Pak Long makan tengahari cara bandaq pulak. Kami pun beratuq la sorang-sorang dekat kaunter. Tiba turn Pak Long..

"Na'aram, kedai makan besaq lagu ni dok ada jual roti dengan dagin ja ka? Nasi kandaq takdak ka?"

Kalut semacam kami tengok Pak Long. Yang kami malu sikit, bila dok pung pang pung pang sembang dengan Pak Long, dia sembang deraih nak mampos. Na'aram, buat McDonald tu macam warong kampung dia tu. Orang dalam tu usha serong ja dengan kami.

Bila tiba KLCC, Pak Long diam ja. Cuma tangan ja bergerak ambil gambar guna telefon henset. Self potrait. Nak MMS bagi pada marka, katanya. Lantak kau la Pak Long, jangan kau dok panjat KLCC tu dah la. Tak pasai-pasai kena ligan dengan makcik jaga tu.

Sebelum balik, kami singgah SOGO dulu. Saja nak bagi Pak Long tengok pasaraya jual baju. Na'aram, kami suruh dia tengok-tengok. Mana tau dia ada banyak duit. Borong sakan beli boxer lukisan pokemon dengan kemeja jalur-jalur. Dari tadi dok pau kami duit tambang LRT, la ni kami tak shopping, dia plak shopping sakan.

Senyap-senyap kami biarkan dia sorang-sorang dia bershopping. Naik LRT terus balik rumah.

Pak Long? Lantak dia la.

Text by : Fikrikacak
Edit by : Kutax

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku