Monday, October 20, 2008

DEFINISI GENG BUDAK SEKOLAH

Mungkin tiada apa yang istimewa tentang mereka ini. Tapi golongan seperti ini masih lagi wujud, lebih-lebih lagi di dalam alam universiti. Geng ini biasanya wujud di kampus-kampus yang menerima kemasukkan pelajar lepasan matrikulasi.

Bukan aku nak cakap, semua pelajar lepasan matrikulasi adalah golongan geng-geng budak sekolah. Tidak. Dan bukan pula aku mahu cakap geng budak sekolah ini golongan yang jahat. Tidak. Aku tak berniat begitu. Aku sedar dengan kehadiran mereka, dapat mewarnakan satu warna baru dalam siri kehidupan di kampus.

Geng ini biasanya bergerak dalam 4 - 5 orang sekumpulan. Mereka ini biasanya terdiri dari mereka-mereka yang mempunyai pointer yang baik. Purata 3.00 ke atas. Atau mungkin ada seorang dua yang lost. Mereka ini jenis-jenis macam anak emak la. Actually, mereka ini baik, sopan santun, berbudi bahasa, hormatkan senior, tak suka kacau orang lain, suka buat hal sendiri dan tak suka buat bising.

Apa yang menjadikan mereka ini menjadi bahan umpatan orang ialah gaya set sosial mereka ini dikatakan kurang sesuai diterapkan dalam kehidupan pelajar universiti. Iye-lah, pelajar universiti biasanya dikenali dengan pakaian yang ranggi, rambut boleh simpan panjang, mesti dah ada awek, gajet yang mahal, tak kasut pallas jazz, tak pakai beg sandang belakang dan pelbagai identiti lain.

Tapi pada geng budak sekolah ini, mereka masih lagi menerapkan nilai-nilai persekolahan diadunkan dengan nilai-nilai kehidupan universiti. Seperti kelas setiap hari, untuk setiap semester bermula jam 8.00am. Mereka juga masih lagi mengamalkan berbeg sandang belakang, berkasut hitam ala pengawas, rambut sikat tepi (minyak rambut Byrllcream atau Code 10), muka jambu (pakai bedak), pegi kelas pukul 7.00am bersama-sama geng-geng mereka dan pelbagai lagi.

Mereka juga sering kelihatan bersama-sama untuk setiap aktiviti seperti makan-makan, pergi makmal komputer, pergi kelas, pergi mandi, pergi basuh baju dan banyak aktiviti lain. Jika ada seseorang yang ketinggalan, nescaya kawan yang tertinggal itu akan merajuk.

Apa yang aku harapkan agar mereka lebih matang lagi dalam menempuhi dunia yang semakin hari semakin kejam ini.

Keep it up, dude!

Saturday, October 18, 2008

PESTA KONVOKESYEN

Seperti kebiasaannya, kampus ini akan mula dikunjungi oleh ramai pelawat apabila tibanya minggu konvokesyen. Pelawat yang terdiri daripada peniaga-peniaga, bekas pelajar, ibubapa bekas pelajar, penduduk sekitar kampus dan juga artis-artis (?).

Jualannya setiap kali pesta konvo adalah sama. Gerai makanan yang terdiri dari nasi ayam (madu, madura, biasa), mee sup (gear box, daging), keropok lekor, air-air warna warni dan pelbagai makanan berkolestrol yang lain, seakan sudah menjadi juadah tetap untuk para pengunjung.

Apa yang aku suka sangat pesta konvo ini? Bila kolej aku mula dilimpahi dengan bekas-bekas pelajar yang akan konvo. Belanja makan :) Get it?

Cuma pesta konvo kali ini agak suram sedikit. Cuaca seakan tidak setuju dengan aktiviti yang dijalankan pada sebelah malam. Sejak malam pembukaan, tiap-tiap malam hujan akan turun dengan lebatnya.

Bagi aku, mungkin tema pesta konvo kali ini ialah:

"Girang di kala siang, suram di waktu malam."

Friday, October 17, 2008

PILIH**RAYA 2008 : SELEPAS KEPUTUSAN KELUAR

Seperti sudah menjadi tradisi kampus ini, dalam tiap-tiap pilihanraya kampus, penerima undi terbanyak biasa wanita yang mempunyai rupa paras menarik dan agak seksi (?). Tahun ini juga. Sama macam tahun lepas. Penerima undi terbanyak dan popular adalah wanita.

Kenapa dia boleh jadi popular dan menang pula?
Kebanyakkan calon tahun ini, seperti yang aku katakan sebelum ini, adalah dari mereka-mereka yang aku tak kenali (Atau mereka memang kurang terkenal). Bukan aku sahaja. Mereka lain yang mengundi, juga tak mengenali calon undian mereka. Jadinya, pertimbangan yang dibuat oleh pengundi semasa proses mengundi ialah:

a) Bangsa.
Bukan aku maksudkan mereka di sini ialah racist. Tetapi setiap bangsa mahukan wakil mereka berada dalam hierarki tertinggi pucuk kepimpinan sebagai wakil kepada suara hati mereka. Sebab itulah ia merupakan pertimbangan utama mereka di sini.

b) Rupa paras (Bagi calon wanita)
Kebiasaan bagi pengundi (lelaki) yang tak ambil port sangat tentang perbalahan pihak-pihak berkepentingan dalam pilihanraya, mereka lebih suka memangkah calon-calon wanita yang bagi mereka, tergolong dalam kelompok "wanita cantik". Biasanya, ianya sekadar suka-suka sahaja.

c) Flyer-flyer mini selit celah pintu.
Bagi adik-adik semester satu yang masih belum pernah ada pengalaman mengundi (Kampus mahupun Umum), ini merupakan detik mengelirukan untuk memilih calon mereka. Jentera-jentera setiap wakil calon akan sibuk cucuk-cucuk adik-adik ini dengan memomok-momokkan mereka dengan pelbagai denda mengarut i.e Buang kolej, kena dengki. Jadinya, mereka turut sahaja flyer-flyer mini ini.

d) SMS "Undilah calon ini"
Sama seperti (c) cuma dalam versi elektronik.

Aku harap selepas pengumuman jawatan kelak, mereka yang berjaya menduduki pangkat MPP ini akan menjalankan tanggungjawab sebenar mereka untuk menjaga kepentingan dan kemaslahatan pelajar dan bukan mengikut kata pihak-pihak yang berkepentingan sahaja.

SELAMAT BERTUGAS.

Thursday, October 16, 2008

RAYA KAT MALAYSIA JUGA SAMA MACAM RAYA DI PERANTAUAN

Kolej aku menganjurkan majlis sambutan hari raya yang dikelolakan oleh mereka yang bukan muslim. Aku sebenarnya tak berapa nak kesah tentang siapa yang kelolakan. Asalkan majlis berjalan lancar, itu sudah memadai.

Poster kutipan bayaran majlis juga sudah ditampal. Hanya menunggu mereka yang berkewajipan datang memungut. Tetiba dia datang.

"Abang, saya datang mahu kutip duit majlis hari raya." Dia kata.

"Berapa?". Aku tanya. Pura-pura tak tahu.

"RM5 sahaja". Dia kata. Dengan muka confident.

"Banyaknya kau songlap duit? Poster kat luar tu, kata RM4 je.". Aku kata. Sedikit herdik.

"Saya tak tahu la bang. Orang suruh saya kutip ja. Macam ni la. Kalau ada lebih nanti saya pulang."

"La, kau ingat aku duduk sini baru semalam ke? (Dalam hati: Kau ni macam palat jugak kadang-kadang). Aku bayar RM4 je. Kalau ada orang tak puas hati, bagitahu aku"

Itu satu hal-lah. Ini satu hal yang lain.

Bila time ambil makanan malam tu, aku sedikit terharu. Tetiba teringat pada rakan-rakan yang beraya di luar negara. Di perantauan. Air mata hiba aku turut mahu mengalir. Tapi aku tahan-tahan juga. Tak macho-lah kalau menangis. Ye tak?

Agak-agak korang, di negara mana ek yang sambut hari raya dengan makan nasi ayam, pisang sebiji dan sirap segelas? Mahu tak nangis aku. Beraya negara sendiri tapi hidangan raya sebegitu rupa. Raya ke tu?

Hish, menci.

PILIH**RAYA 2008: SEMASA AKU MENGUNDI

Pengundian sesi kali ini, bagi aku, amat berlainan dengan tahun-tahun yang dahulu.

Keadaan memang hambar. Terlalu hambar. Calon-calon tidak kelihatan berlegar-legar di sekitar kampus, berpura-pura ramah dengan pelajar-pelajar. Demi untuk meraih undi.

Jika macam tahun-tahun lepas, sebelum pengundian, boleh la dengar kata-kata kutuk oleh calon kepada calon lain. Kira macam meriah juga-lah. Dengan perang poster yang kaw-kaw hebat.

Jika macam tahun-tahun lepas, boleh dilihat calon-calon mula berinteraksi dengan pelajar-pelajar melalui beberapa pendekatan. Samada di masjid atau di sekitar kawasan kampus. Paling kurang, kita tahu dan pernah nampak calon yang akan bertanding.

Berlainan sama sekali dengan tahun ini.

Dari 19 calon yang aku pangkah untuk sesi ini (untuk kerusi umum dan fakulti), tiada seorang daripada mereka pun yang aku kenali. Mungkin aku yang kurang bersosial hinggakan tak kenal mereka. Tapi apakah aku seorang yang tak kenal mereka? Serius.

Calon-calon yang bertanding pun sikit sahaja. Untuk 11 kerusi umum, hanya 13 calon. Kira okay-lah tu sebab takde-lah ramai sangat yang kecewa sebab tak menang.

Serius. Aku tak kenal bakal pemimpin kampus yang aku pangkah kali ini.

LUBUK DUIT

Zaman sekarang ini, segalanya perlukan duit. Nak makan, kena guna duit. Nak beli itu ini, gunakan duit. Nak masuk jamban pun kena guna duit. Dan. Sebab duit inilah manusia sanggup berbuat apa sahaja. Menipu, merampok, salahguna kuasa. Macam-macam la.

Dan. Aku tahu satu lubuk duit. Itu pun kalau kamu mahu. Tak kan la buaya nak tolak kalau ada bangkai terhidang depan mata, kan?

Apa kita kalau kita sama-sama anjurkan satu majlis atau satu kejohanan.

Mana yang dikatakan lubuk duit?
Kita minta diwajibkan semuanya menghantarkan satu pasukan dan kita letakkan harga yuran pendaftaran kaw-kaw tinggi. Let's say kita minta RM300 untuk satu kejohanan.

Eh, aku tak nampak lagi la mana yang dikatakan lubuk duit?
Kan kita akan dapat ribu-ribu dari yuran pendaftaran tu. Kira dah kaya la tu. Kos pentadbiran kejohanan bukan banyak sangat pun. Setakat duit pengadilan dan hadiah sahaja. Untuk hadiah, kita jangan bagi banyak sangat. Alah, budak zaman sekarang nak kan title pemenang je. Kita bagi duit sikit dan piala pusingan. Settle-lah. Yang lain tu, kita masuk poket kita. Kita tong-tong dengan sek-sek kita. Tapi kena ingat. Biar pecah perut, jangan pecah di mulut.

Lagi pun, sekarang ni dah akhir semester. Masing-masing dah kering. Masing-masing nak cari duit. Tak kira-lah cara halal atau cara haram. Orang kalau dah terdesak, memang lain macam sikit. Aku pun sesak. Apakah....?

Wednesday, October 15, 2008

PILIH**RAYA 2008 : SEBELUM MEREKA MENGUNDI

Malam semalam. Sudah bermula perang poster. Sedari jam 12am. Jentera-jentera mula beroperasi menghiasi sekitar kampus dengan muka-muka bakal pemimpin kampus. Dari gantungan panjang poter hingga ke poster-poster tunggal. Waktu tidur diabaikan demi mempromosikan calon masing-masing. Demi kemenangan masing-masing.

Tidak cukup dengan poster-poster bersaiz A4 yang bergantungan, diselitkan pula flyer-flyer bersaiz mini di celahan pintu bilik. Satu demi satu. Calon demi calon.

Bila menjelang tengah malam, telefon pula sibuk berbunyi. Bunyi teks mesej masuk mencurah-curah. Pelbagai mesej pencalonan aku dapat. Dari pelbagai nombor yang tidak dikenali. Ada yang memohon. Ada yang memberi amaran. Ada yang mempromosi.

"Selamat mengundi, buatlah pilihan yang bijak & terbaik! Sebagai muslim wajib kita utamakan lelaki muslim sblm wanita muslim utk menjadi pemimpin & haram bg org muslim memilih bukan muslimsebagai pemimpin mereka kecuali dalam keadaan memaksa @ darurat. Berani berubah!" -pemimpin-yang-konon-alim-tapi-makan-duit-rasuah-tak-ingat-banyaknya-

"Hi, jangan lupa pilih calon pilihan XXX ye. Sila sebarkan. Tq" -pemimpin-penggemar-aksi-ranjang-sejenis-

Haih, aku pening nak pilih yang mana satu.

Tuesday, October 14, 2008

KUASA KATA

Aku jadi semakin pelik kebelakangan ini. Macam-macam benda terjadi. Sama ada benda baru atau dejavu kenangan lampau. Dan. Aku juga baru sedar kuasa kata. Seperti yang penulis-penulis dahulu selalu perjuangkan. Bagaimana kata dapat mempengaruhi peribadi seseorang.

Aku. Sejak dahulu, amat meminati bidang penulisan. Tapi minat tanpa bakat, tiada gunanya juga. Dah banyak medium aku cuba kembangkan minat aku. Tapi satu pun tak sangkut. Dan tahun lepas, aku diperkenalkan dengan medium penulisan melalui blog.

Sejak aku menulis di blog ini, aku mula menulis tentang pelbagai cerita. Ada yang cereka. Ada yang mengarut. Ada yang sebenar.

Dan sejak ada blog ini, aku makin gembira. Jika ada yang buat aku marah, aku lepaskan di blog ini. Jika sebelum ini, aku asyik makan hati atas pelbagai perbuatan orang, tapi sekarang, aku dah berubah.

Keadaan dah terbalik.

Sekarang, mereka yang dahulunya rajin usik dan buat aku makan hati pula yang makan hati. Aku jadi hairan. Kalau usikan itu, kata mereka satu gurauan, aku pula kata, blog ni adalah satu gurauan.

Jangan ambil hati. Atau takut hendak bergurau dengan aku lagi. Aku perhatikan ramai yang jauhkan diri dari aku. Haih, kenapa begini?

Kini, baru aku sedar kuasa kata. Kalau silap sikit, pasti binasa. Kalau salah kata, hati kan terluka. Kalau tak diperhati, ada yang makan hati.

Monday, October 13, 2008

SIRI CINTA BUSUK PTUIH! : PUTUS SUDAH KASIH SAYANG

Dunia kita ini kecil sahaja. Tak sempat kita nak kalih belakang, kita tetap jumpa orang yang sama. Komuniti kita ini tak pergi jauh. Pusing-pusing jumpa yang itu juga.

Tapi kalau sebab perempuan, mereka putus kawan, mereka tak bertegur sapa, mereka dah tak kenal sesama sendiri, mereka dah duduk jauh-jauh, ini dah jadi bahan lawak. Gentlemen-kah itu?

Pasti ramai yang terkecewa. Tapi aku tidak. Aku dah cuba membina kesombongan, keegoan dan keplastikkan dalam diri. Dan aku harap berjaya.

Jangan cakap kita tak perasan. Jangan cakap kau tak apa-apa. Itu sama macam lawak tolol badut-badut yang tak kelakar.

Tapi kalau kau ego, kau dah boleh mula cari komuniti kau yang baru. Kau dah boleh buang komuniti kau yang lama. Cuma tinggalkan mereka-mereka yang kau boleh perkudakan di kemudian hari. Kau mula bina Utopia kau sendiri. Dunia di mana kau jadi diktator berkuasa veto. Dunia di mana orang tak kenal kau.

Tapi adakah kau rasa dengan tindakan itu kau makin menjauhi realiti?

BANGUN!

SIRI CINTA BUSUK PTUIH! : PEMANCING TERHEBAT

Aku belajar something hari ini. Selain belajar subjek MALAN. Kami cuba mengaitkan topik subjek ini dengan keadaan sekeliling. Aku jumpa satu mangsa.

Kami cuba kaitkan dengan "Bagaimana subjek MALAN dapat mempengaruhi kehidupan seorang Player."

Jawapan : Pemancing terhebat.

Bagaimana? Apa tu?
Biasanya, pemancing yang baik akan menggunakan pendekatan "Catch & Release" dalam setiap pemancingannya. Bagi seorang player pula, mereka lebih selesa dengan penambahan beberapa proses dalam memancing. Dengan ini, mereka digelar pemancing terhebat kerana tak ramai yang berani mencuba pendekatan ini dan mereka yang menggunakannya telah nampak buah-buah kejayaan.

Mereka menggunakan pendekatan "Catch, Fry & Dump". Dengan menggunakan pendekatan ini, mereka mempunyai lebih keuntungan. Proses yang perlahan dan mengambil masa yang agak lama ini amat berkesan untuk memancing mangsa-mangsa dari golongan berada. Walaupun, mengambil masa yang lama tetapi ianya berbaloi.

Kekadang kita susah nak faham pendekatan ini. Mungkin ianya mengambil sedikit masa untuk pemahaman yang jitu. Tapi, tak apa-lah. Bukan masuk exam pun.