Thursday, April 29, 2010
MENONTON THE LOSERS TAK SAMA 'FEEL' MACAM TONTON THE BIGGEST LOSERS.
Kalau anda rasa anda seorang yang "loser", anda perlu ingat bahawa ada orang yang lebih "loser" dari anda. Jangan rasa down sorang-sorang. Tonton filem ini. Serius.
Thursday, April 15, 2010
PENGALAMAN SAYA MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPA
Aku bangun pagi agak terkocoh kacah. Mimpi pagi sabtu aku terganggu dengan bunyi penggera yang aku set-kan untuk berbunyi pada jam 6.30am. Kalau hari-hari kerja, aku set-kan jam 6.30am juga.
Akibat terlalu lama tidak menduduki apa-apa peperiksaan, peperiksaan kali ini aku anggap sebagai ruang pemanas otak untuk apa-apa peperiksaan akan datang. Mana yang berkarat, aku cuba untuk gilap kembali. Mana-mana skil meniru cuba diingat kembali. Ada-lah toyol runcit-runcit aku simpan 2 salinan; dalam dompet 1 dan dalam pencil case 1.
Aku lihat rata-rata yang menduduki peperiksaan itu terdiri dari pakcik makcik, abang kakak. Yang jenis adik-adik macam aku kelihatan seperti kaum minoriti. Rasa macam kecil sahaja.
Aku senyum pada awek yang duduk sebelah aku. Mana-lah tahu, dari senyum turun ke hati. Aku terpandang surat tawaran peperiksaan milik awek itu.
70xxxx-xx-xxxx.
Tiba-tiba aku teringat MILF. Hmmm....
ADAKAH CINTA MAHU SINGGAH KE HATI HANIS LAGI?
Semenjak Hanis memberikan nombor telefonnya kepada Uncle David, hari-hari yang Hanis lalui menjadi lebih mencabar macam membuka kotak-kotak coklat yang Hanis takkan tahu apa coklat yang bakal Hanis perolehi. Berdebar-debar macam nak beratur ambil slip keputusan SPM.
Tiap kali ada panggilan yang melibatkan nombor-nombor asing, hati Hanis bagai mahu meletup. Padahal, yang menelefonnya itu hanya dari pihak bank yang memberi peringatan untuk membayar hutang kad kredit yang tertunggak.
Hanis rasa, apa yang menyebabkan Hanis jadi merenyam begini adalah semata-mata hanya untuk mencari aktiviti bagi melupakan perbuatannya bekas kekasih sahaja. Sangat tidak dapat dimaafkan apabila Dia menghantar MMS romantik mohon maaf bukan setakat pada Hanis seorang tetapi kepada 2 gadis yang lain. Hangin bukan main Hanis. Kalau nak diikutkan, mahu sahaja Hanis maki Dia dan-dan itu juga. Tetapi memandangkan Hanis berada di pejabat, Hanis pendamkan sahaja hasrat itu. Lantas Hanis mengamuk dalam status mukabuku-nya sahaja.
Ketika itu, jika segala macam haiwan bertaring yang mempunyai akaun mukabuku membaca status Hanis, nescaya-nya haiwan-haiwan ini akan beroleh ketakutan. Itu belum dikira dengan haiwan tanpa taring lagi.
Kali ini Hanis benar-benar nekad. Tiada lagi peluang kepada Dia. Dia hanya rekod sejarah buruk bagi Hanis dalam sejarah percintaan Hanis. Rekod paling pendek dan rekod paling jahanam. Nak dijadikan arkib dalam Pusat Arkib Negara pun tak layak.
Hanis tidak pasti. Adakah cinta bakal singgah di hatinya semula dalam bentuk yang berbeza? Tiada yang mustahil di dunia ini.
Tuesday, April 13, 2010
PENGALAMAN PERGI KE PESTA BUKU DAN BERJAYA MEMILIKI BUKU PILIHAN HATI ; DIARI MAT DESPATCH
Tahun ini saya berkesempatan untuk menghadiri pesta buku yang diadakan di Kuala Lumpur tempohari walaupun beberapa kejadian penipuan berlaku pada hari yang sama yang menyebabkan saya terkandas di McDonald The Mall selama 4 jam dalam keadaan hujan yang teramat sangat lebat.
Oh, bukan itu yang saya ingin perkatakan!
Ini pengalaman pertama saya menjejakkan kaki ke majlis ini. Pertama kali tiba di what-so-called PWTC. Sesat juga bila mencari pesta buku di The Mall. Ha ha ha. Maklum la, bukan orang Kuala Lumpur. Nasib baik arus perjalanan orang kuat ke arah PWTC. Jika tidak, mahu sahaja saya naik LRT semula kemudian terus pulang ke Plaza Rakyat.
Oh, ini juga bukan perkara yang saya ingin ceritakan!
Misi saya ke situ adalah untuk mendapatkan beberapa buah buku yang telah saya senaraikan di dalam wish-list saya. Juga ingin menunaikan permintaan seorang sahabat yang bakal menjadi tunangan orang pada Hari Pekerja nanti (Adoyai, melepas! Ha ha ha). Apa salahnya menunaikan permintaan seorang sahabat kan?
Oh, ini juga bukan perkara sebenar yang saya ingin sampaikan!
Saya bergegas ke booth Karangkraf untuk mendapatkan 2 naskah buku terbaru abang Ramlee Awang Murshid bertajuk Cinta Sufi dan 1 naskah Mikail untuk saya hadiah kepada sahabat saya sebagai kenangan hari lahir. Kemudian saya bergegas ke booth PTS yang jauh nun di seberang sungai untuk mendapat buku yang telah diiklankan di internet. Buku yang paling lazat, Karipap-Karipap Cinta dan buku brader Naga, Stingarden. Selain dari tertarik dengan karya kedua-dua penulis, diskaun sebanyak 30% untuk pelajar IPT juga menarik minat saya untuk beli buku di booth PTS.
Oh, melalut lagi. Ok, kejap lagi baru tujuan sebenar cerita ini saya tulis!
Dalam meranjang-mata melihat beratus-ratus buku, saya tertarik kepada satu buku yang berupa paras buku tulis sekolah kulit coklat. Was-was juga pada mulanya. Tak kan PTS jual buku terpakai pula. Saya capai. Saya belek. Erm... Diari Mat Despatch. Font yang digunakan juga menarik. Siap ada garis ala-ala buku laporan sains. Buku berkulit hadapan aneh dan menarik ini ditulis oleh Bahrudin Bekri.
Pada mulanya, saya ingat buku ini cenderung ke arah penceritaan kehidupan seorang Mat Despatch. Tapi memang betul ia tentang kehidupan Mat Despatch seperti mana tajuk novel ini, Diari Mat Despatch. Kisah ini lebih "real-life". Tentang cita-cita besar seorang Mat Despatch, kisah orang sekelilingnya, kisah perempuan.
Saya belajar sesuatu tentang mencari jodoh dari novel ini. Ia bagai kisah motivasi (walaupun tajuk novelnya macam kisah jenaka ringan).
Sebelum kita mencari pasangan, terlebih dahulu kita kenal siapa diri kita. Apa yang kita mahu. Apa yang kita suka. Apa yang kita cari. Kemudian baru cari pasangan yang ada apa yang kita cari. Sudah tentu bukan mencari kesempurnaan kan?
Bila kita sudah kenal diri kita, apa yang kita suka buat, apa yang kita tak suka buat, berapa tahap kesabaran kita, apa baik buruk kita, baru-lah kita dapat cari pasangan yang dapat bertoleransi dengan diri kita. Contoh : Jika kita seorang sahaja yang berusaha untuk menjalinkan hubungan yang baik tetapi pasangan kita buat derk tak kisah. Percaya-lah, kamu lebih layak memiliki yang lebih baik.
Macam tak percaya, dalam Diari Mat Despatch boleh ada semua ini.
P/S : Ini bukan promosi. Hanya untuk makluman untuk adik-adik supaya dibaca dan boleh tulis dalam buku NILAM. Hehehe.
Wednesday, April 07, 2010
HATI BERDUKA APAKAH PENAWARNYA, HANIS CUBA GAYA NAKAL
Hati Hanis masih lagi berduka. Entah kenapa luka yang kali ini lebih dalam. Bertakung tanpa mahu kering di hatinya. Padahal, bukan lama sangat pun Hanis ber"couple" dengan Dia. Jika diikutkan perkiraan manusia normal, bibit cinta tak mungkin tumbuh dalam masa sesingkat ini. Tetapi entahlah, mungkin kelakuan orang yang disayangi lebih pedih dari kelakuan yang dilakukan oleh kawan-kawan biasanya.
Demi untuk merawat dukanya yang dalam itu, Hanis mengambil keputusan untuk melupakan seketika perihal percintaan. Menurut buku "Mari Bercinta" tulisan seorang tukang motivasi yang terkenal, untuk melupakan hal jerih pedih bercinta, perlu lebarkan jaringan persahabatan tanpa membatasi umur, bangsa dan agama. Dan Hanis mengambil keputusan untuk berkawan dengan tauke kedai membaiki kasut yang terletak di tingkat bawah bangunan pejabat praktikalnya.
Lelaki cina berusia lewat 50-an itu sering bertandang ke cawangannya di Mont Kiara ini kerana ini merupakan ibu pejabat untuk semua cawangan pusat membaiki kasutnya. Agak pelik jika dilihat lelaki ini berjaya dengan hanya membuka pusat membaiki kasut sahaja, tetapi itulah hakikatnya.
Pagi itu, dengan sengaja Hanis memakai kasutnya yang mendapat ranking paling corot dalam senarai kasut kegemarannya. Bukan Hanis mahu berpura-pura miskin. Cuma sekadar mencari alasan untuk Hanis bertandang ke pusat membaiki kasut itu sahaja. Bukankah pelik jika Hanis memakai kasut yang masih elok untuk dibaiki. Nampak sangat oleh masyarakat yang Hanis mahu ber"harmless-flirting" dengan tauke pusat membaiki kasut ini.
Sambil menunggu kasutnya siap diperbaiki, Hanis memulakan langkah pertama dengan menyapa tauke cina bernama Uncle David itu. Uncle David membalas sapaan itu sambil menguntum senyum paling manis kerana disapa oleh gadis manis secantik Hanis. Bangga bukan main kerana selama ini Uncle David hanya disapa oleh pengawal keselamatan bank sebelah yang merupakan seorang lelaki keturunan India berumur lewat 60-an, Uncle Param dan juga seorang makcik melayu yang selalu menjual makanan sarapan dengan membuka meja kecil saban pagi di hadapan kedainya, Mak Bedah.
Banyak yang dikongsikan cerita oleh mereka. Ibarat seorang mentor kepada protegenya seolah-olah mereka mengetahui sesama sendiri sejak lama dahulu.
Pada akhir perbualan, setelah kasut Hanis siap diperbaiki, dengan tawaran secara penuh berhemah Uncle David memberi diskaun 100% kepada Hanis kerana menjadi sahabatnya. Sebelum Hanis naik ke pejabat kerana masa rehat tengah hari hampir tamat, sempat juga Uncle David meminta nombor telefon Hanis.
Pada mulanya, Hanis teragak-agak mahu memberikannya kepada Uncle David berikutan insiden dia diganggu secara mental di dalam talian telefon oleh Awang Hitam Taman Connaught tempohari. Tetapi selepas dipancing oleh Uncle David yang menyatakan untuk menyerahkan nombor telefon ini kepada seorang kenalan lelaki bertaraf Dato', Hanis jadi setuju.
Entah kenapa Hanid tiba-tiba setuju. Mungkin Hanis terdesak mahu mencari cinta baru supaya dapat melupakan cinta lamanya? Atau selera Hanis kini lebih kepada mereka yang berpengalaman. Kawan-kawan Uncle David misalnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)