Wednesday, April 07, 2010

HATI BERDUKA APAKAH PENAWARNYA, HANIS CUBA GAYA NAKAL

Hati Hanis masih lagi berduka. Entah kenapa luka yang kali ini lebih dalam. Bertakung tanpa mahu kering di hatinya. Padahal, bukan lama sangat pun Hanis ber"couple" dengan Dia. Jika diikutkan perkiraan manusia normal, bibit cinta tak mungkin tumbuh dalam masa sesingkat ini. Tetapi entahlah, mungkin kelakuan orang yang disayangi lebih pedih dari kelakuan yang dilakukan oleh kawan-kawan biasanya.

Demi untuk merawat dukanya yang dalam itu, Hanis mengambil keputusan untuk melupakan seketika perihal percintaan. Menurut buku "Mari Bercinta" tulisan seorang tukang motivasi yang terkenal, untuk melupakan hal jerih pedih bercinta, perlu lebarkan jaringan persahabatan tanpa membatasi umur, bangsa dan agama. Dan Hanis mengambil keputusan untuk berkawan dengan tauke kedai membaiki kasut yang terletak di tingkat bawah bangunan pejabat praktikalnya.

Lelaki cina berusia lewat 50-an itu sering bertandang ke cawangannya di Mont Kiara ini kerana ini merupakan ibu pejabat untuk semua cawangan pusat membaiki kasutnya. Agak pelik jika dilihat lelaki ini berjaya dengan hanya membuka pusat membaiki kasut sahaja, tetapi itulah hakikatnya.

Pagi itu, dengan sengaja Hanis memakai kasutnya yang mendapat ranking paling corot dalam senarai kasut kegemarannya. Bukan Hanis mahu berpura-pura miskin. Cuma sekadar mencari alasan untuk Hanis bertandang ke pusat membaiki kasut itu sahaja. Bukankah pelik jika Hanis memakai kasut yang masih elok untuk dibaiki. Nampak sangat oleh masyarakat yang Hanis mahu ber"harmless-flirting" dengan tauke pusat membaiki kasut ini.

Sambil menunggu kasutnya siap diperbaiki, Hanis memulakan langkah pertama dengan menyapa tauke cina bernama Uncle David itu. Uncle David membalas sapaan itu sambil menguntum senyum paling manis kerana disapa oleh gadis manis secantik Hanis. Bangga bukan main kerana selama ini Uncle David hanya disapa oleh pengawal keselamatan bank sebelah yang merupakan seorang lelaki keturunan India berumur lewat 60-an, Uncle Param dan juga seorang makcik melayu yang selalu menjual makanan sarapan dengan membuka meja kecil saban pagi di hadapan kedainya, Mak Bedah.

Banyak yang dikongsikan cerita oleh mereka. Ibarat seorang mentor kepada protegenya seolah-olah mereka mengetahui sesama sendiri sejak lama dahulu.

Pada akhir perbualan, setelah kasut Hanis siap diperbaiki, dengan tawaran secara penuh berhemah Uncle David memberi diskaun 100% kepada Hanis kerana menjadi sahabatnya. Sebelum Hanis naik ke pejabat kerana masa rehat tengah hari hampir tamat, sempat juga Uncle David meminta nombor telefon Hanis.

Pada mulanya, Hanis teragak-agak mahu memberikannya kepada Uncle David berikutan insiden dia diganggu secara mental di dalam talian telefon oleh Awang Hitam Taman Connaught tempohari. Tetapi selepas dipancing oleh Uncle David yang menyatakan untuk menyerahkan nombor telefon ini kepada seorang kenalan lelaki bertaraf Dato', Hanis jadi setuju.

Entah kenapa Hanid tiba-tiba setuju. Mungkin Hanis terdesak mahu mencari cinta baru supaya dapat melupakan cinta lamanya? Atau selera Hanis kini lebih kepada mereka yang berpengalaman. Kawan-kawan Uncle David misalnya.

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku