Wednesday, September 30, 2009

BENDA YANG KITA TAK AMBIL PORT SANGAT

Ada benda yang kita tidak nampak menggunakan mata tetapi kita cuma dapat rasakannya. Tak ramai orang yang mempunyai hati untuk merasakannya. Ia seakan-akan satu anugerah kepada sesebuah kumpulan manusia yang sama-sama berkongsi perasaan ini.

Ya, itulah anugerah persahabatan.

Dalam hidup aku (sekurang-kurangnya sehingga hari ini), aku telah melalui 4 fasa pembinaan nilai-nilai persahabatan.

Di peringkat sekolah rendah, pada awal peringkat bertemu dengan kekejaman dunia. Kita saling berkongsi minat tentang erti kehidupan, keseronokan mempunyai teman, bermain tanpa memikirkan kesaratan beban dunia. Seronok sekali. Membina asas persahabatan atas dasar perkara yang gembira.

Di peringkat sekolah menengah, asas persahabatan itu semakin dikukuhkan. Seakan tiang seri sama pentingnya. Persahabatan dibina atas dasar mengharungi kekejaman dunia. Untuk meneruskan kehidupan yang semakin hilang nilai kemanusiaan. Persahabatan untuk teruskan hidup. Dan aku rasa sebab itulah kami masih lagi bersatu walaupun setelah 15 tahun berkawan. Terima kasih NTMTTS.

Di peringkat diploma, nilai persahabatan itu mula terhakis. Masing-masing membesar dengan latar belakang yang berlainan. Masing-masing bergantungan untuk menjengah kehidupan baru selepas sekolah. Masa ini, kena pandai-pandai pilih kawan. Kalau salah pilih, boleh hanyut ke laut. Atau paling kurang pun, hanyut-hanyut sikit je. Nilai persahabatan ketika ini hanya bergantung kepada kepentingan. Jadi, aku tidak terfikirkan bahawa ianya utuh tetapi Insya-Allah ianya berkekalan.

Di peringkat universiti, nilai persahabatan itu macam air laut. Macam curahkan air ke daun keladi. Macam taik ayam, panas sekejap saja. Atau yang paling tepat, macam jahanam. Stage ini adalah paling susah nak kendali. Lebih susah dari nak kendalikan mesin kuda. Atau nak kendalikan jentera KYB. Ia melibatkan emosi dan psikologi. Time ini la nak kena ada kebolehan ambil hati orang, pujuk orang, tahan marah, tahan maki dan macam-macam sifat mahmudah untuk menjadikan nilai persahabatan itu terus kekal, bagi yang mahu ianya kekal la.

Penat sudah aku jaga hati orang. Nak layan orang yang tiba-tiba moody, padahal bukan jenis yang datang bulan pun. IMS tak tentu pasal. Gila.

Bersahabat ni macam bercinta juga. Tak guna bertepuk sebelah tangan tak tentu hala. Kalau tak suka, kena la cakap. Kalau diam, mana nak tahu. Tahu? Kalau tak suka duduk sama, cakap. Faham? Nak aku ajar ke? Nak?

Nanti aku buka kelas "Friendship 101" untuk murid-murid yang yang benar-benar 3M; Mengong, Munguk, Moody. Free je.

Suckest friendship ever. Yes, it's true.

Wednesday, September 23, 2009

PASANG LANGSIR DI PAGI RAYA

Raya aku tahun ini tak macam raya-raya yang pernah aku sambut dulu-dulu.

Kalau raya cina dulu-dulu, telinga dihidangkan dengan lantunan mercun merah yang meletup-letup macam pop corn. Mata disaji dengan dengan tarian singa dan naga yang terbang macam dalam komik Hong Kong. Cuti pun boleh tahan lama.

Kalau raya india dulu-dulu, paling best layan cerita Kuch Kuch Hota Hai atau paling kurang pun cerita Paddayapa. Sambil-sambil tu, mengunyah maruku yang Auntie Devi bagi malam semalam. Kira best juga la. Walaupun tak cuti lama, tapi kira ok-lah sebab aku tak menyambut pun. Rakan-rakan india yang lain yang sambut.

Kalau raya kita dulu-dulu, lagi la meriah tak ingat dunia. Duit raya sampai tak cukup kocek baju melayu, sampai aku suruh mak aku jahit poket tambahan dekat seluar baju melayu aku. Cuti pun paling-paling bangsat dapat la seminggu. Sepupu-sepupu semua balik kampung, sampai nak roboh rumah atok. Budak-budak lari ke hulu ke hilir. Dapur penuh dengan makcik-makcik mengayam ketupat dan mengumpat. Pakcik-pakcik hisap rokok sambil jaga api periuk rebus ketupat. Sepupu-sepupu remaja main mercun sampai kena maki. Ish la.... meriah!

Sekarang, tak ramai yang nak balik kampung umah atok. Pasang langsir pun di pagi raya.

Thursday, September 17, 2009

SIMBOLIK KEMENANGAN



Berbuka bersama-sama teman serumah di restoren berdekatan sedikit sebanyak mengubat rindu aku pada famili dan teman-teman lama. Makanan yang sedikit juga dapat mengenyangkan. Ditutupi dengan gelak ketawa tanpa menghiraukan hingar bingar orang sekeliling yang masing-masing sibuk dengan plan membeli-belah selepas berbuka.

Kami? Ada plan juga nak ke Uptown tapi apa boleh buat. Kita merancang tapi Allah yang menentukan segalanya. Kami disihir lalu tertidur seawal jam 9.00pm.

Tapi kami bukan nak sangat makan di restoren luar ni. Selain mahal sedikit, ia juga menghidangkan suasana yang tidak berapa mesra pelanggan. Kami cuma mahu raikan kemenangan kawan-kawan atas "perhitungan" tempohari. Walaupun hadiahnya cuma "Twister Oren" bersaiz besar, ianya cukup simbolik untuk kemenangan ini. Bukan nak minum sangat pon sebab paling-paling kuat pun cuma jadi urin je. Mereka cuma nak ramai orang tahu mereka dah menang je. Tak lebih, tak kurang. Hehehe.

P/S : Jangan berjudi, lagi-lagi di bulan puasa. Tak, kami tak berjudi. Harap maklum.

Monday, September 14, 2009

BINGUNGKAN WANITA?

"Cinta perempuan itu sukar didapati, Boi! Tapi mula-mula kita harus bikin dia bingung dulu." - Arai, Sang Pemimpi ~ Andrea Hirata~

Aku baca berulang kali rangkap keramat ini. Arai bukan budak sebarangan. Dia Simpai Keramat dan Lone Ranger bagi Ikal. Kata-katanya, biarpun sesuatu yang gila, namun memotivasikan Ikal. Sedangkan Ikal yang tolol itu juga boleh tersihir dengan kata-kata Arai, apatah lagi aku yang tersihir dengan metafora aneh yang ditonjolkan oleh Andrea Hirata di dalam buku Sang Pemimpi ini.

Aku ulang-balik rangkap lain.

Ah, sedangkan Sigmund Freud juga masih bingung dengan psikologi wanita, entah sampai ke kuburan dia masih memikirkannya. Inikan Arai, budak gelandangan Belitong yang mahu bingungkan hati wanita.

Aku takut untuk bingungkan hati wanita, takut terperangkap dalam labirin psikologi wanita yang aneh. Nanti aku pula yang bingung!

Friday, September 11, 2009

APA KITA BOLEH BUAT DENGAN APA YANG KITA ADA

Ini ayam KFC Hot & Spicy. Bukan Yaya spicy oke?


Semalam, dalam kenyang-kenyang makan ayam goreng spicy KFC, aku menonton episod terbaru drama bersiri "Blogger Boy" di 8TV. Dan aku belajar sesuatu yang aku kira bakal mengubah persepsi aku atau mereka yang lain dalam mengejar apa yang kita buru.

Dalam episod semalam, anak murid Budi ingin menuntut ilmu "menekel awek". Lalu Budi menyerahkan tugas berat ini kepada teman serumahnya, Kid, seorang buaya darat untuk menurunkan ilmunya kepada anak murid Budi.

"Ini bukan sebab kaya atau miskin. Ini sebab apa yang kita boleh buat dengan apa yang kita ada." Pesan Kid kepada anak murid Budi merangkap anak muridnya sekarang.

Dalam episod itu, anak muridnya bernasib baik kerana ada banyak duit. So, apa yang dia boleh buat dengan apa yang dia ada itu?

Pertama sekali, kita kena buat sesuatu yang buat kita rasa hebat. Kalau kita sendiri rasa diri kita tak hebat, apatah lagi orang lain yang memandang. Ubah penampilan!

Ok, selepas setengah jam, drama itu habis. Aku jeling Nina sebelum teaser untuk minggu depan tamat. Nice.

Aku masih lagi bersandar kekenyangan. Aku usap-usap perut bersaiz XXXL dengan penuh kelembutan. Aku terfikir. Aku jadi keliru. Aku fikir semula kata-kata Kid tadi. "Apa kita boleh buat dengan apa yang kita ada"

Err...apa aku boleh buat dengan perut ini untuk menekel awek?

Thursday, September 10, 2009

YANG KLASIK-KLASIK BELAKA

Satu tarikh cantik tahun lepas, selain menghantar mesej ucapan "Selamat Hari Lahir" kepada kawan merangkap ibu baru (waktu itu) dan juga merangkap bini kawan sendiri, aku juga pergi bermandi-manda bersama bekas rakan-rakan kampus utara.

08.08.08 - Pemuda sebaya aku ketika ini masing-masing sibuk nak buat majlis perkahwinan pada tarikh ini. Aku? Aku sibuk gak. Sibuk mandi-manda di Bukit Hijau, Kulim, Kedah. Dengan awek? Mana ada awek. "Maria Ozawa" ada la.

Satu tarikh cantik tahun ini, selain menghantar pesanan pada dinding "muka-buku" kawannya merangkap kekasih kawannya, yang berada di Borneo, aku tak buat apa-apa pun. Langsung tak buat apa. Serius.

09.09.09 - Ketika pemuda sebaya aku sibuk mencari rezeki untuk anak bini, aku hanya duduk di hadapan laptop sambil buka "muka-buku". Mengarut bersama kawan-kawan yang tergila-gilakan Maria Ozawa. Buat kerja pun macam main masak-masak. Nak tak nak je.

Apa akan jadi pada 10.10.10?

Tuesday, September 08, 2009

DIARI RAMADHAN KAMI : JAUHNYA

Bro di Semenanjung, DS di Borneo. Macam mana tu?

(-) : Tapi pepatah melayu ada mengatakan, "Sayangkan bini, tinggal-tinggalkan."

(+) : Tapi sekarang belum jadi bini lagi beb? Tapi berbulu juga nak tunggu lama-lama.

(-) : Err.... Kau nak aku tangan-tangankan kau pulak?

Monday, September 07, 2009

DIARI RAMADHAN KAMI : LANGKAH PERTAMA

Bro : " Hello, may i speak to Miss Dayang Senandung , please?" By call.

Dayang Senandung (DS) : "Speaking."

Bro : "I'm calling from BlaBla firm. I just want to confirm your practicum session at our firm."

DS : " Er...er...yes, i'm confirmed."

Bro : "Er, macam ini la Miss DS, Miss DS kena hantar branch kami di mana ye?"

DS : ("Boleh pulak cakap melayu - dalam hati) Saya di Borneo branch."

Bro : "That's great. Maybe we can each other next time. Bye"

DS : "But...err...er..."

Langkah pertama tak selalunya indah. Hanya sekadar mendengar kemerduan suara. Dari duara turun ke hati? Mungkin ya, mungkin tidak.

Thursday, September 03, 2009

DIARI RAMADHAN KAMI : DAH BAGI BETIS, NAK PEHA PULA

Masih lagi di Ramadhan tahun yang lalu.

Bro : "Beb, gua dah search dalam email list firm gua. Takde pun nama tu. Lu khenceng gua ke?" By text.

Beb : "Laa, lu ingat gua suka khenceng bersepah ke?" By text.

Bro : "Gua mintak maap la beb. Gua tahu lu bukan stalker tapi gua memang tahu lu boleh dapatkan nombor telefon aweks kacis tu kan?" By text.

2 minit senyap tanpa berita.

Beb : "Wacha! Siot, ayat manis umpama racun dunia. Gua nak Rojak Asma RM6 bila balik Johor nanti. Deal?" By text.

Bro : "Gua takde hal beb, gua duit banyak, cuma awek je yang takde lagi." By text.

Ish, susah la hai orang dah angau ni. Dah bagi peha, nak perut pulakk...!

DIARI RAMADHAN KAMI : KALAU DAPAT

Ramadhan tahun lalu juga.

Bro : " Beb, takde pun nama aweks yang kau bagitau aku tu. Nama dia yang betul-betul ikut i/c la." By text.

Beb : "Bro, lu ingat gua ni stalker ke? Nak tahu nama penuh ikut i/c bagai. Tapi demi kau yang masih lagi single tapi berharta, gua gagahkan jua. Lu tunggu." By text.

5 minit yang mendebarkan berlalu.

Beb : "Kau ingat nama ni. ****Dayang Senandong binti Suleiman Akhlakein." By text.

Bro : "Eh, betul ke dia ni hot ni beb? Karang kalau gua usha, dapat plak tu, lu jangan jeles plak. Bla...bla...bla..." By call.

Lu cari dulu la bro. Kalau dapat, baru cerita lebih dengan gua.

****Bukan nama sebenar. Nama ini tiada kaitan antara yang hidup atau yang mati.

Wednesday, September 02, 2009

DIARI RAMADHAN KAMI : MAIN-MAIN CINTA

Ramadhan yang lalu.

Beb : "Bro, kawan gua ada masuk firm lu. Lu ushar-usharkan bole?"

By text.

Bro : "Kawan lu tu balak ke awek?"

By text.

Beb : "Aweks kacis la bro! Lu ingat gua gay ke hape?"

By text.

Bro : "Ok beb, lu bagi gua nama penuh dia. Emel gua gambar terkini dia. Gua trace habis-habisan.....bla...bla..bla..."

By call.

Dan tak sampai setahun, genggam bara api biar sampai merentas lautan. Cewah!