Sunday, February 01, 2009

PENGALAMAN SAYA NAIK BAS YANG ADA KEMBAR 3

Malam itu aku bertolak dari Johor Bahru jam 10 malam ngam ngam. Entah apa mimpi bas kali ini bergerak ngam ngam pula. Aku budget mesti diorang ada 'plan' something ni. Tapi belum sempat aku fikirkan 'plan' yang mereka rancang, aku telah dikenakan sihir tidur. Ceh, mudah sangat aku kena sihir tidur lena.

Sedar-sedar aku dah sampai di sebuah perhentian luar lebuhraya yang aku bayangkan di Slim River. Menjadi benar sihirnya. Aku pandang jam tangan. Sudah pukul 3.30 pagi.

Macam penumpang-penumpang lain juga, duduk lama dalam bas yang berhawa dingin boleh merangsang terkumpulnya 'urine'. Sebelum turun bas, aku pastikan betul-betul bahawa duit besi 20 sen ada dalam poket seluar aku. Dengan langkah berani aku turun.

Lepas melepaskan hajat, dengan mata yang mamai-mamai lagi, aku berjalan ke arah bas. Ramai pulak yang memerhatikan aku.

"Apa pandang-pandang? Nak kena akikah?" Bentak aku dalam hati. Garang.

Aku menaiki bas dan terus memandang ke arah tempat duduk aku. Cilanat! Sapa yang duduk tempat aku ni? Atau aku salah naik bas. Aku turun balik.

Aku tengok bas di sebelah. Masih bas yang sama, syarikat yang sama, arah ke utara juga. Aku naik dan terus pandang ke belakang. Ada orang di 'seat' aku.

"Eh, aku salah lagi ke?" Bisik hati gusar aku. "Atau aku dah ditinggalkan bas?"

Aku turun dan aku pandang ke sebelah lagi. Eh? Ada satu lagi bas, syarikat yang sama, warna yang sama, arah utara yang sama dan guess what? Nombor pendaftaran kenderaan yang hampir-hampir sama. JKM 9787, JKL 9787 dan JKD 9787.

Shit! Bas mana yang aku naik tadi?

Friday, January 30, 2009

EUWW...


Kotornya.

CUBA UNTUK PERCAYA...

Dapat teka bagaimana aku boleh membina badan sebegini besar?

Wednesday, January 28, 2009

TRAVELOG : AROUND MALAYSIA IN 24 HOURS (PART 1)

Ini kali pertama aku mengharungi pengalaman yang maha penat ini. Aku rasa macam sudah seperti salah seorang peserta Amazing Race Asia pula. Aku juga tidak pernah terfikir akan mengharungi semua ini dalam jangka masa aku sedang sibuk dengan kerja-kerja akademik.

Semua ini bermula dengan jemputan undangan perkahwinan salah seorang boss ayah aku di Pantai Batu Buruk, Terengganu.


Hour 0.
Menunggu ketibaan Ekspress Mayang Sari yang sepatutnya tiba jam 7.30pm tetapi ia hanya muncul di lokasi pada jam 8.00pm. Tiket berharga RM74 membayangkan tempat duduk yang luas dan selesa. Pergh.. Sempat juga aku mengalas perut dengan sepinggan mee goreng mamak dan sebiji telur goreng goyang juga segelas teh o ais. Terima kasih juga diucapkan kepada Saudara Daud yang bersusah payah mencarikan kereta sewa dan menghantar aku dan adik aku ke Changlun.

Hour 1.
Bas berhenti di Stesen Bas Tanah Merah, Jitra untuk mengambil penumpang. Tanpa di sangka-sangka pula, aku terserempak (bukan dirancang) dengan seorang sahabat lama, Faraein Sanusi yang menyambung pelajarannya ke peringkat KPLI di IPDA. IPG yang sama dengan Cikgu Aminudin Salleh setahun yang lepas. Dia masih tidak berubah. Masih dengan keserabutan atau dengan dialek kedahnya “Kekalutan”. Walaupun sudah pandai mengendalikan Alat Pembantu Peribadi (PDA) berjenama O2 namun dia tetap serabut.

Hour 2.
Bas melewati lebuhraya susur Juru di Seberang Prai, Puau Pinang. Kereta tampak berasak-asak hendak menuju ke destinasi masing-masing. Kebanyakkannya menghala ke arah pulau dan ke arah utara. Jalan menuju arah selatan amat lengang sekali. Cuma sesekali dihiasi dengan perlumbaan bas-bas ekspress.

Hour 5.
Bas berhenti berehat di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah, Perak arah selatan untuk memberi ruang kepada penumpang untuk menunaikan solat Isya’ dan mengisi perut. Antara kawasan R&R yang aku suka singgah memandang fasiliti yang selesa dan luas.

Hour 6.
Bas melewati stadium Shah Alam Selangor. Indah juga kawasan sesak ini di kala dinihari. Tiada kesesakkan. Tiada hiruk pikuk enjin kenderaan. Tiada asap. Tiada polis.

Hour 7.
Bas melewati Negeri Sembilan dan negeri Melaka tanpa ada masalah di tahan polis atau JPJ walaupun bas bergerak dengan kelajuan yang hilang akal.Cuma tampak jalan sedikit sesak arah utara.

Hour 9.
Bas tiba di sebuah hentian di Yong Peng untuk menurunkan penumpang sebelum meneruskan perjalanan ke Batu Pahat. Aku dan Faraein berpisah takat di sini. Kami sempat bersolat Subuh di sebuah stesen pam minyak petronas di Jalan Rahmat, berhampiran dengan Masjid Jamek Batu Pahat.

Hour 12.
Bas selamat tiba di Johor Bahru pada jam 8.00am. Alhamdulillah. Dengan mata yang agak kuyu dan perut yang agak lapar, kami (aku dan adik) disambut oleh ayah aku yang telah penat menunggu seawal jam 7.30am. Kami hanya sempat meluangkan masa kurang dari setengah jam di rumah sebelum kami semua bertolak ke Kuala Terengganu. Nak cium dan gomol-gomol (dengan Comot) pun tak sempat sangat. Tak puas. Penat pun tak hilang lagi. Tapi nasib baik ayah aku bersetuju untuk memandu terlebih dahulu dan aku tidur terlebih dahulu. Jaga stamina beb, nak pergi jauh ni.

To be continued....

TRAVELOG : AROUND MALAYSIA IN 24 HOURS

Klik untuk besarkan gambar.

Thursday, January 22, 2009

TO THE BANJIRS


Sesekali aku menatap gambar-gambar jamuan tempoh hari, tiba-tiba juga kekreativitian aku memuncak.
Tengok banyak lagi di sini.

Monday, January 19, 2009

ADA DI KALANGAN KITA YANG MENGGELABAH

Aku sangat konfiden dengan apa yang aku buat selama ini. Aku rasa bukan aku seorang sahaja yang konfiden, malah ramai lagi yang buat dengan konfiden. Waktu itu kami rasa kami adalah ketua dunia. Tiada siapa yang menghalang kekonfidenan kami.

Hingga satu hari dia muncul. Dengan muka konfiden juga. Dengan berbekalkan kata-kata dusta berkalang dosa. Entah dapat dari mana.

Dia hadir dalam tiap mimpi kami. Tidur malam pun tidak lena. Apatah lagi tidur siang. Mandi tak basah. Makan tak minum. Tidur tak dengkur. Serba tak kena!

Kami tak kenal dia tapi dia tetap hadir dalam diri kami tanpa kami sedari. Meniupkan kata-kata dusta dalam hati setiap dari kami.

Kami gelar dia "Budak Gelabah". Pandai-pandai dia pula buat cerita itu ini.

Tapi dia 'caring' abang Muffler dia tau...

Hehehe

ALASAN, SEBAB, MENIPU

Pensyarah : Kenapa kamu lewat hari ini?
Kamu : Tayar motor pancit, encik.
Pensyarah : Ah, itu semua alasan. Bagi saya 3 sebab kenapa kamu lewat hari ini.
Kamu : Tayar motor pancit, bangun lewat, tertinggal bas.
Pensyarah : Ah, kamu temberang. Pandai la kamu nak "goreng" saya.
Kamu : Pulak... (Dalam hati)

Pernah tak kau menghadapi situasi seperti ini. Bila ditanya, kita jawab, dia kata alasan. Bila disuruh bagi sebab, kita bagi, dia kata kita menipu pula.

Aku bingung. Apa sebenarnya maksud istilah alasan, sebab dan menipu?

Friday, January 16, 2009

KOMPENI, SILA AMBIL SAYA KERJA

Aku tak pasti samada kejayaan aku ini suatu yang besar atau tidak. Mungkin tak perlu sangat nak heboh-heboh. Takut-takut ada yang cemburu, lalu cakap "Eleh, UBS je pun, jadi kerani je?".

Jadi, para majikan di luar sana, pilih la saya sebagai bakal pekerja anda.

Memang semestinya kerana pengalaman kerja dan pencapaian aku. Cuma something baru ditambah dalam resume aku.

"Distinction" untuk UBS Accounting.

Tak begitu tinggi nilainya pada orang lain. Tapi tidak terhingga nilainya pada aku.

Thursday, January 15, 2009

RENUNGAN

"Seburuk-buruk manusia adalah mereka yang mulanya berniat baik dengan menulis buku tetapi berniat jahat dengan memaksa orang bawahannya membeli bukunya dengan harga yang tinggi."

~Anynomous~