Sunday, February 01, 2009

PENGALAMAN SAYA NAIK BAS YANG ADA KEMBAR 3

Malam itu aku bertolak dari Johor Bahru jam 10 malam ngam ngam. Entah apa mimpi bas kali ini bergerak ngam ngam pula. Aku budget mesti diorang ada 'plan' something ni. Tapi belum sempat aku fikirkan 'plan' yang mereka rancang, aku telah dikenakan sihir tidur. Ceh, mudah sangat aku kena sihir tidur lena.

Sedar-sedar aku dah sampai di sebuah perhentian luar lebuhraya yang aku bayangkan di Slim River. Menjadi benar sihirnya. Aku pandang jam tangan. Sudah pukul 3.30 pagi.

Macam penumpang-penumpang lain juga, duduk lama dalam bas yang berhawa dingin boleh merangsang terkumpulnya 'urine'. Sebelum turun bas, aku pastikan betul-betul bahawa duit besi 20 sen ada dalam poket seluar aku. Dengan langkah berani aku turun.

Lepas melepaskan hajat, dengan mata yang mamai-mamai lagi, aku berjalan ke arah bas. Ramai pulak yang memerhatikan aku.

"Apa pandang-pandang? Nak kena akikah?" Bentak aku dalam hati. Garang.

Aku menaiki bas dan terus memandang ke arah tempat duduk aku. Cilanat! Sapa yang duduk tempat aku ni? Atau aku salah naik bas. Aku turun balik.

Aku tengok bas di sebelah. Masih bas yang sama, syarikat yang sama, arah ke utara juga. Aku naik dan terus pandang ke belakang. Ada orang di 'seat' aku.

"Eh, aku salah lagi ke?" Bisik hati gusar aku. "Atau aku dah ditinggalkan bas?"

Aku turun dan aku pandang ke sebelah lagi. Eh? Ada satu lagi bas, syarikat yang sama, warna yang sama, arah utara yang sama dan guess what? Nombor pendaftaran kenderaan yang hampir-hampir sama. JKM 9787, JKL 9787 dan JKD 9787.

Shit! Bas mana yang aku naik tadi?

6 comments:

  1. kau naik bas mane ni? aku pun pening

    ReplyDelete
  2. Poji : Aku pun tak tau aku naik bas yang mana?

    Balgat : Aku syak dorang beli nombor sebab nak kenakan aku la.

    ReplyDelete
  3. mula2 ms baca tajuk post ni aku igt ko nak cite psl budak kembar 3 naik satu bas dgn ko. rupa2nye bas yg kembar 3. hmph!

    ReplyDelete
  4. 9787..aku macam selalu je naik bas tu kalo nak balik johor.

    S&S International or Transnasional?

    ReplyDelete
  5. S&S international-lah...

    Mesti sama kan?

    ReplyDelete

Komenlah Aku