Wednesday, October 12, 2011

BEZA

2001. 01:30am

Adnan baru habis study dari bilik Adib. Peperiksaan hari esok dianggapnya sebagai satu cabaran terunggul sebab jika dia gagal lagi kertas ini, bermakna dia terpaksa meninggalkan pusat pengajian ini. Ini adalah kali ketiga dia menduduki kertas peperiksaan ini sepanjang setahun setengah dia bergelar pelajar.

Bilik Adnan dan bilik Adib berlainan aras. Budak-budak aras Adnan kebanyakkannya bukan dari kursus yang sama dengan Adnan. Sungguhpun begitu, hubungan mereka rapat. Paling kecoh pun hubungan mereka regang sebab berebut bilik air. Itu pun laaaammmmaaaa dulu masa mereka mula masuk.

Masa Adnan melangkah naik tangga untuk ke biliknya, kedengaran jauh dekah-dekah gelak budak-budak arasnya. Ketika Cemet berlari melintasi bilik Lanun, ketua aras, lagi kuat dekahan itu. Untuk ke biliknya, Adnan perlu melintasi bilik Lanun.

"Nan, rilek dulu. Nak pi mana?" Ujar Lanun. Di biliknya, ada juga 3,4 kutu yang tak tahu datang dari mana.

"Esok aku exam ni Nun. Nak balik dulu. Tido. Exam pagi." Kata Adnan.

"Lek lu. Sap sap kok lu." Balas Lanun sambil bangun ke pintu dan menarik tangan Adnan.

"Ni ha, rasa dulu rokok ni. Shisha paling moden." Kata Lanun.

Adnan dok perati bekas tu memang macam bekas shisha seperti yang dia tengok dalam tivi. Tiada apa kemudaratan kalau dia cuba. Dia tengok orang lain hisap dalam tivi selamba je. Lagipun Adnan tengok Lanun dengan kutu-kutu tu selamba je hisap.

Glok-glok-glok-glok.

Buweeeekkkk....

"Nan, yang kau sedut dedalam sangat apsal weh?"

*****

Malam itu menjadi pengajaran kepada Adnan untuk belajar membezakan antara shisha dan bong.


#Ganja, 2011

PEKAK

2002. 12.35am.

Di sebuah bilik hostel di sebuah pusat pendidikan, sekumpulan remaja lelaki yang terdiri dari 3 orang lelaki dan seorang separa lelaki sedang dok ralit mengelilingi sebuah ciptaan manusia bernama bong atau dapur. Masing-masing bermuka rakus dan tak kurang juga ada yang meleleh air liur.

Ini bukan sebarangan dapur yang diperkatakan. Ini dapur yang bisa buat remaja-remaja ini khayal ke kayangan. Ya, ini dapur penghisap ganja rekaan sendiri. Aku yakin jika rekaan ini menepati ciri-ciri tertentu, Ikea akan masukkan dalam katalog mereka.

Rekaan standard. Botol Redbull dan batang betik.

Icam siap meracik dedaunan kering ganja dan tembakau dari jenis Dunhill yang disukat secukup rasa, ala-ala seorang Chef dari dapur Masterchef. Dalam 4 manusia yang menagih kasih se-pam ganja, hanya Icam sahaja yang pandai meracik dan menyediakan dapur.

"Culing mana? Culing," Icam bertanya.

Das!

Sekepal penumbuk gagah singgah ke muka Icam yang sedang busy menyediakan dapur.

"Babi apa ni weh?" Icam tengking dan terus berdiri. Tangan kanannya masih mengusap-ngusap pipi kanan yang masih pedih,

"Kau cibai apa panggil aku Juling? Babi ar. Aku taw la aku juling. Tak payah la nak dok hina selalu." Jani lawan tengking balik.

"Woi cibai, aku tanya CULING la sial. Bukan JULING."

Dan pagi itu,sedap manusia sedap dibuai mimpi, Jani berhenti hisap ganja. Orang tua pernah berkata, "Biar tak hensem tapi jangan pekak".

Sekian.

#Ganja , 2011

Tuesday, October 11, 2011

KAMPUNG ORANG MENDATANG

Thn 2050. Adalah disembunyikan dlm lipatan sejarah, sebuah kampung yang dibuka oleh org mendatang dan dijaga oleh pemuda bernama Iskandar.

Jika Genghis Khan mengganas di Mongolia, Iskandar pula mengganas di Skudai Kiri.

Kampung orang mendatang serba susah. Serba serbi kekurangan. Serangga pembawa vektor sudah ibarat haiwan peliharaan. Bau longkang sisa dari kedai makan berhampiran menjadi pewangi utama kawasan itu. Orang paling kaya rumahnya diperbuat dari papan-papan plywood, sedangkan penduduk biasa berdindingkan kertas kadbod yang silih bertukar setiap hari.


#Gasak , 2011

Monday, October 10, 2011

UPDATE DIRI SENDIRI

Dah lama dah tak update blog. Sibuk dengan kerjaya dan kerja sampingan serta hobi. Masalah peribadi pun iya juga.

Kerjaya aku pun macam biasa. Terumbang-ambing. Macam dulu-dulu. Rasa macam nak cari kerja baru sahaja. Jiwa dah kurang. Kerja sampingan takde la. Bila takde kerja sampingan, itu juga satu masalah. Umur dah meningkat, tak kan nak bergantung pada gaji kerja tetap sahaja, kan? 

Hobi. Mengarah filem pendek dah sampai tahap diskusi peringkat 1. Diskusi tentang jalan cerita. Pemilihan pelakon, lokasi penggambaran, prop, busana dan shoot-shoot yang cantik dan memberi ilham. Diskusi peringkat 2 akan berlangsung dalam hujung minggu ini atau minggu depan. Depend pada ketidaksibukkan pelakon dan kru. Peringkat ini lebih kepada penerangan kepada para pelakon dan kru yang terlibat tentang filem yang bakal dirakam nanti. Pembahagian tugas juga dibuat pada masa ini untuk mengelakkan pertindihan kerja. Projek ini projek indie. Kru datang dengan kerelaan. Aku tak paksa sebab kerja ini bukan ada gaji.

Oh ya. Projek ini dinamakan Projek Tahi Judi diusahakan di bawah produksi Kamikacak Production dan Gerila Marhaen : Filem Dari Rakyat.

Projek persendirian lain. Aku terpilih untuk menjadi penulis dalam buku terbitan Sindiket Soljah bertajuk Gasak. Buku bergenre gangsterism ini bakal siap bila semua penulis siap tulis. Tak usah ditanya lagi bila keluar. Tapi aku menjanjikan debaran. Hahaha. Tulis pun baru satu muka surat, dah janji yang bukan-bukan. Pui...