Friday, August 26, 2011

AKU DENGAR CERITA TUHAN TRAFIK ITU POWER ORANGNYA.

Mula-mula dulu aku tulis blog bukan sebab nak kejar trafik atau nak cari duit tepi. Jauh sekali nak join segmen-segmen yang bukan-bukan di alam maya ni. Aku tulis dulu sebab aku suka menulis dan merapu. Dulu aku hanya merapu dalam kertas dan akhirnya menjadi sampah dan dimarahi emak pasal buat sampah. Tapi sejak dikenalkan dengan dunia blogging, aku mula merapu di sini.

Dari entri sakitkan hati orang hinggalah ke entri hati sendiri sakit, semuanya aku letak dalam blog. Nak jadi duit tepi? Nak join segmen? Jauh sekali, sebab aku menulis dengan ikhlas. Ya, aku ada letak iklan Nuffnang. Satu sahaja. Kat bahagian tepi. Tak macam sesetengah orang, iklan kiri kanan atas bawah tengah, semua iklan sahaja. Isi blog, sampah. Kendian ajak orang join segmen. Memang sampah. Orang nak baca ke nak blogwalking ke, itu hak orang. Aku tulis ikut suka aku. Ya, masa itu aku tak matang lagi. Tulis pun yang merapu-rapu aja. Tapi aku nak cuba ubah tulis benda yang bermanfaat atau benda-benda yang aku boleh kumpul dan bukukan. Thats better.

Oh my, nasib baik aku tak terjebak dengan segmen Tuhan Trafik. Syukur. Tuhan Trafik siapa? Entri setiap page ada 2 sahaja tapi yang penuhnya dengan iklan-iklan. Find a better side job la brader. Cer tengok blog masing-masing, siapa yang ada blog yang macam ni? Bukan kau? Syukur kita sama-sama.

Eh, bulan Ramadhan ni terkutuk orang ke? Oh wai! Oh, TER tak pe kan? Tak sengaja. Syukur.

Eh, aku tak sebut nama sesiapa kan? Syukur. Kalau tak aku kena tangkap dengan SKMM atau polis atas tuduhan mengutuk blogger lain. Eh, ini kita masuk Akta Hasutan tak? Nasib baik Akta Larangan Mengutuk Blogger Terkenal tidak diperkenalkan. Kalau tak, mesti jadi hashtag dalam twitter. Eh, ni aku borak pasal twitter, kau tahu tak guna twitter? Twitter syok woh. Try ah. Apa yang best? Sebab tak ada orang ajak buat segmen. Kah kah kah.

Butthurt enough? Oh wait! Aku tak letak nama di sini. Syukur. Eh, ni aku kutuk-kutuk ni mesti ramai spy mereka yang datang sini nak baca entri ini. Syukur. Nanti trafik blog aku naik. Eh, perangai macam Tuhan Trafik la pulak. Ha ha ha.

GANGGUAN DI UNIVERSAL STUDIO, SINGAPURA. HO YEAH!


Credit to Venot (Tuan kamera) dan Muffler (Tuan buku)

Monday, August 22, 2011

PROJEK BARU TERFIKIR

Semenjak aku dah berjinak-jinak dengan twitter, dah makin jarang aku update entri di blog atau facebook. Status-status di facebook pun kebanyakkan aku kopipes dari twitter saja. Ada 2 sebab sahaja (buat masa sekarang) aku buka facebook. Satu, untuk main Mafia Wars dan Farmville. Kedua, untuk membaca post dan mesej dari wall facebook. Tak sedap pula kalau orang dah minat tapi kita boh layan. Sombong. Kita jadi manusia ni jangan dok sombong. Ahaa!

Sedikit update tentang apa yang aku buat sepanjang bulan ni.

Aku nak cuba menulis dalam genre yang aku sendiri tak pernah terfikir aku akan tulis iaitu seram suspen. Apa yang memberikan aku galakan ialah feedback yang aku terima. Tapi ini bukan projek terdekat. Aku kena ambil masa untuk kumpul material lagi. Ada budget-budger dalam 20 cerita dalam buku tu dan 1 cerita dalam 8 - 10 pages. Aku agak dalam awal tahun depan baru boleh cari publisher. Buat masa sekarang tengah sibuk dengan kerja rutin. Kalau sampai akhir tahun aku tak dapat assistant, aku cadang nak mula berkawan dengan Jobstreet.com kembali.

Saturday, August 20, 2011

DIARI RAMADHAN : KENA CULIK SEBAB TAK PUASA

Aku tak pasti samada makhluk kuning itu semua beragama apa. Bentuk tubuh mereka seakan manusia tetapi terdapat perbezaan pada sesetengah anggota badan dari segi saiz. Pakaian mereka seakan pakaian makhluk yang aku biasa tonton di televisyen. Ketat, sendat dan refleks cahaya.

Aku ingat lagi masa itu, aku sedang berkayuh basikal BMX ke port makan tengahari, di sebuah kotai tinggal. Kayuhan di bawah cahaya terik matahari benar-benar meletihkan. Namun, selepas terbayangkan nasi berlaukkan kari ayam bahagian peha kanan (kuah campur), aku jadi bertenaga tiba-tiba. Tak ramai yang sudah berkumpul di port. Cuma ada aku dan Medzar saja. Port dengan sekolah aku tak jauh sangat. Aku dah biasa sampai awal. Manakala Medza datang awal sebab hari ini turn dia beli nasi. Yang lain-lain seperti Seth Tan, Malik, Fadil dan Shark biasa tiba lewat 20 minit kerana lokasi sekolah mereka yang sangat jauh.

Makan tengahari secara berjemaah di bulan Ramadhan menghasilkan kekenyangan dan kepuasan yang luar bahasa, Dek kerana jahil, agama kami ketepikan. Fikiran kami masih fikiran remaja 15 tahun. Dosa pahala tak ambil pusing.

Tapi hari itu tuhan mahu tunjukkan kekuasaannya pada kami. Sedang sedap kami pekena nasi lauk kari ayam bahagian peha kanan, dan hirup air limau asam boi, atap kotai terpelanting dan cahaya terang menerjah secara tiba-tiba. Kami yang kesilauan dan kekalutan terus bertempiaran lari mahu selamatkan diri. Nasi berterabur dan dinding plywood bergoncang kuat. Benda terakhir yang aku ingat hanya aku sempat jamah ayam sebelum aku pitam.

*****

Makhluk kuning itu semuanya sedang sibuk mempersiapkan rumah mereka untuk perayaan yang aku sendiri tak tahu. Aku yang tercongok di sebuah bilik yang hanya bertingkap, hanya dapat memerhatikan sahaja mereka dari situ. Bilik kedap bunyi, nak berteriak pun tiada guna. 

Aku yakin ini bukan Bumi tapi tak jauh beza dengan bumi. Tatkala ini ketika langit semakin gelap, seakan waktu maghrib di bumi, azan berkumandang dan tak ada seekor makhluk pun yang berkeliaran. Tiba-tiba dinding bilik aku terbuka dan makhluk kuning menghidangkan aku makanan yang aku sendiri tak tahu namanya. Yang pasti ia bukan ayam golek atau nasi kerabu. Macam rumput dan berbau paing. Aku menangis teresak-esak. Aku nak berbuka. Eh, aku tak puasa. Kena raid masa lunch tadi!

*****

Sejak hari makhluk kuning melepaskan aku kembali ke bumi, aku berjanji akan berpuasa penuh pada setiap tahun sebab tak nak kena culik makhluk kuning sebab lauk berbuka diorang tak sedap!

Friday, August 12, 2011

DIARI RAMADHAN DI LUAR NEGARA #HUNGRYTALK

2042. MOSCOW.

"Abah, bila nak buka ni? Boboi dah lapar la.". Kedengaran rengekan budak lelaki yang sedang baring berbantalkan peha empuk aku.

"Kalau boboi nak buka dulu, bula la. Ni dah dapat setengah hari pun kira okay dah." Aku cuba memujuk Boboi, anak angkat aku, untuk berbuka. Budak belum mumaiz, tak apa lah. Baru nak belajar berpuasa. Kalau dah besar-besar Adnan, dah wajib sula kuda dah tu.

Boboi diam tak menjawap. Aku masih lagi menyelak akhbar Russia versi elektronik menggunakan peranti elektronik canggih waktu tu. Melayan perasaan sebelum masuknya waktu berbuka yang dijadualkan ada 4 jam lagi. Tak banyak gosip hiburan time-time ramadhan macam ini. Yang banyak cuma cerita politik dan rakyat keracunan makanan akibat makan makanan yang dibeli di bazar ramadhan. Tak ubah macam Malaysia 30 tahun lepas, getus hati aku.

Aku alihkan kepala Boboi di atas sofa. Aku biarkan Boboi tidur di atas sofa. Kasihan aku lihat budak kecil seusia Boboi yang gigih belajar berpuasa. Kalau dulu, 30 tahun dulu, budak seusia Boboi ni kalau disuruh berbuka, sepantas kilat dah berada depan peti sejuk siap teguk air. Ah, bukan setakat budak seusia Boboi, pemuda sebesar Adnan dan Rohaizal sekalipun. Hahaha. Tapi itu cerita lama. Gelihati bila aku terkenang-kenang kisah itu.

Suasana bandar Moscow sudah kurang sesaknya. Bazar Ramadhan banyak yang dah tutup. Cuma peniaga-peniaga mercun, baju kurung dan kain sampin songket sahaja yang gagahkan diri meneruskan perniagaan di kala cuaca yang agak sejuk. Nasib baik pihak berkuasa tempatan ada menyediakan unggun-unggun api untuk mengelakkan peniaga dari mati kesejukkan. Pengajaran untuk mereka dari peristiwa tahun lepas apabila ramai peniaga bazar mati beramai-ramai di tapak bazar akibat kesejukkan.

Suasana Moscow dari tingkat 7 apartment mewah milik aku sungguh tenang. Buat masa sekarang, kebanyakkan rakyat Moscow sudah pulang dari tempat kerja dan sedang bersama keluarga untuk berbuka puasa bersama. Tipikal rakyat Moscow. Kami hidup dalam keadaan aman.

Aku? Aku dah siap-siap suruh Seman, PA aku, tapaukan Nasi Ambeng lauk Rendang Landak dan Air Kathira Urip yang diimport khas dari tanah air aku di Johor. Seman di sana atas urusan perniagaan aku. Pada usia aku yang sudah setua ini, aku hantar Seman sudah cukup memadai.

Apasal aku tak masak sendiri? Ramuan untuk buat semua tu bukan senang nak dapat di sini. Nak kena cari dalam pasaran gelap. Aku selaku datok bandar, mana boleh mencemar duli turun ke pasaran gelap. Apa pula kata kabinet nanti. Lagi pun, dekat Moscow ni celah bedah mana yang ada bela landak. Kan?

Kenapa tak suruh orang rumah masak? Korang ni mengalah Michelle pula tanya aku macam-macam. Macam recording Melodi Raya pula. Aku forever alone la. Tu yang aku bela anak angkat sorang. Senang nak allocate harta bila aku dah takde nanti. Ala setakat nak kahwin untuk ada orang jaga makan minum baju semua, aku dah ada maid yang mencukupi untuk buat semua tu. Keperluan batin? Alhamdulillah, tangan kanan aku masih kuat dan mampu menjalankan tanggungjawap dengan bagus.

.........................

#HungryTalk


Tuesday, August 09, 2011

DIARI PAGAR 1

Sebelum ini aku kuat berangan. Konon nak jadi pelakon la pengarah la tapi pengalaman belakang tabir langsung takde. Bila tiba rancang nak terbitkan short movie sendiri, langsung kelam kelibut nak manage macam-macam. Tulis skrip la cari pelakon la storyboard la kekangan masa la. Boleh tahan penat tak cukup tidur gak la.

Tapi short movie ni kalau jadi dan siap sempurna, ini menjadi satu kejayaan besar buat aku dan kawan-kawan yang lain kerana ini hasil kerja kami yang pertama dalam bidang perfileman. Cewah!

Harap-harap cerita ini dapat disiapkan dan tak berhenti separuh jalan sebab teringin sangat nak hantar ke Maskara Shorties 2011. Tengok orang hantar, kita pun teringin juga la.