2042. MOSCOW.
"Abah, bila nak buka ni? Boboi dah lapar la.". Kedengaran rengekan budak lelaki yang sedang baring berbantalkan peha empuk aku.
"Kalau boboi nak buka dulu, bula la. Ni dah dapat setengah hari pun kira okay dah." Aku cuba memujuk Boboi, anak angkat aku, untuk berbuka. Budak belum mumaiz, tak apa lah. Baru nak belajar berpuasa. Kalau dah besar-besar Adnan, dah wajib sula kuda dah tu.
Boboi diam tak menjawap. Aku masih lagi menyelak akhbar Russia versi elektronik menggunakan peranti elektronik canggih waktu tu. Melayan perasaan sebelum masuknya waktu berbuka yang dijadualkan ada 4 jam lagi. Tak banyak gosip hiburan time-time ramadhan macam ini. Yang banyak cuma cerita politik dan rakyat keracunan makanan akibat makan makanan yang dibeli di bazar ramadhan. Tak ubah macam Malaysia 30 tahun lepas, getus hati aku.
Aku alihkan kepala Boboi di atas sofa. Aku biarkan Boboi tidur di atas sofa. Kasihan aku lihat budak kecil seusia Boboi yang gigih belajar berpuasa. Kalau dulu, 30 tahun dulu, budak seusia Boboi ni kalau disuruh berbuka, sepantas kilat dah berada depan peti sejuk siap teguk air. Ah, bukan setakat budak seusia Boboi, pemuda sebesar Adnan dan Rohaizal sekalipun. Hahaha. Tapi itu cerita lama. Gelihati bila aku terkenang-kenang kisah itu.
Suasana bandar Moscow sudah kurang sesaknya. Bazar Ramadhan banyak yang dah tutup. Cuma peniaga-peniaga mercun, baju kurung dan kain sampin songket sahaja yang gagahkan diri meneruskan perniagaan di kala cuaca yang agak sejuk. Nasib baik pihak berkuasa tempatan ada menyediakan unggun-unggun api untuk mengelakkan peniaga dari mati kesejukkan. Pengajaran untuk mereka dari peristiwa tahun lepas apabila ramai peniaga bazar mati beramai-ramai di tapak bazar akibat kesejukkan.
Suasana Moscow dari tingkat 7 apartment mewah milik aku sungguh tenang. Buat masa sekarang, kebanyakkan rakyat Moscow sudah pulang dari tempat kerja dan sedang bersama keluarga untuk berbuka puasa bersama. Tipikal rakyat Moscow. Kami hidup dalam keadaan aman.
Aku? Aku dah siap-siap suruh Seman, PA aku, tapaukan Nasi Ambeng lauk Rendang Landak dan Air Kathira Urip yang diimport khas dari tanah air aku di Johor. Seman di sana atas urusan perniagaan aku. Pada usia aku yang sudah setua ini, aku hantar Seman sudah cukup memadai.
Apasal aku tak masak sendiri? Ramuan untuk buat semua tu bukan senang nak dapat di sini. Nak kena cari dalam pasaran gelap. Aku selaku datok bandar, mana boleh mencemar duli turun ke pasaran gelap. Apa pula kata kabinet nanti. Lagi pun, dekat Moscow ni celah bedah mana yang ada bela landak. Kan?
Kenapa tak suruh orang rumah masak? Korang ni mengalah Michelle pula tanya aku macam-macam. Macam recording Melodi Raya pula. Aku forever alone la. Tu yang aku bela anak angkat sorang. Senang nak allocate harta bila aku dah takde nanti. Ala setakat nak kahwin untuk ada orang jaga makan minum baju semua, aku dah ada maid yang mencukupi untuk buat semua tu. Keperluan batin? Alhamdulillah, tangan kanan aku masih kuat dan mampu menjalankan tanggungjawap dengan bagus.
.........................
#HungryTalk
No comments:
Post a Comment
Komenlah Aku