Bagaikan menyertai rancangan jejak kasih. Tiada sebak. Tiada sedih. Tapi namanya tetap jejak kasih. Bertemu semula dengan idola pejalan kaki yang aku kagumi 7 tahun lalu. Dahulu namanya meniti di setiap bibir-bibir bouncer kelab malam sekitar Melaka Raya. Kini namanya menjadi bualan masyarakat Permas sebagai penyelamat dunia a.k.a Pak Guard. Aku teruja bertemu semula dengan Mohd Hafiz Bin Abdul Hadi a.k.a Pdy.
~
Masih lagi mengekalkan potongan rambut, warna kulit, bau, suara dan bentuk badan. Badan pun masih maintain “tough” macam dulu. Aku tenung wajah dia dalam-dalam hinggakan dia sendiri rasa pelik. Mungkin dalam hatinya berkata “Gay ke wiwin ni? Pandang aku semacam je”. Macam la ada gay yang minat kau. Tapi aku tetap rasa jakun berjumpa Pidy. Tak terkata. Kelu. Speechless.
~
Duda Britney Spears ini bekerja sebagai Person-In-Charge Zon Selatan bagi Asas Security and Services. Besar pangkatnya sebesar perutnya. Kami berborak panjang mengenai sejarah penghijrahannya ke Johor Bahru bagaikan burung artik yang terbang jauh ke kawasan khatulistiwa untuk mencari rezeki. Tapi nasibnya tak seindah burung artik. Indah sikit la dari lubang hidungnya. Hahaha... Sambung semula. Datang ke Johor Bahru dengan harapan untuk temuduga menjadi Pembaca Berita RTM di RTM Johor. Dia lulus tapi di hantar ke Kuala Lumpur untuk latihan tanpa gaji selama 3 bulan. Oleh kerana ada faktor kekangan kewangan di sini, dia mengambil keputusan untuk mencari apa sahaja kerja di Johor Bahru ini. Bermula sebagai pencuci kereta di sebuah kawasan di Permas. Hidupnya kais pagi makan pagi. Kalau tak kais, tak makan la dia. Tempat tidur pun... mana yang selesa di mana-mana kaki lima. Beralaskan kotak berlangitkan hamparan bintang. Kasihan. Berkat usaha rajinnya dia, dia mula bekerja di ASAS Security and Services sebagai Guard. Walaupun dia mempunyai diploma dan berhak menjawat jawatan yang tinggi sikit dari Guard, tapi dia mahu bermula dari bawah. Dia hendak rasa perit jerih mencari duit. Dengan berbekalkan RM750 duit gaji pertama, dia meneruskan kehidupannya. Dia tinggal sementara di sebuah kotai tinggal yang kini menjadi Post Jaga untuk satu kawasan projek. Kotai ni dah uzur sangat. Tu pun kalau la layak dipanggil kotai. Lagi buruk dari kotai buruk biasanya orang panggil apa? Kotai yang tersangat la buruk. Abondan kotai. Tiada bekalan elektrik mahupun bekalan air bersih. Hanya menumpang di paip-paip air hadapan mana-mana kedai.
~
Ini bukan cerita telefilem baru arahan Rashid Sibir. Ini benar-benar kejadian. Anda kena percaya sebab ini yang terjadi terhadap rakan anda. Aku turut terkesima mendengar ceritanya. Memang susah nak percaya tapi hakikat biasanya tak indah.
~
Setelah 4 tahun bekerja di ASAS, dia mendapat kepercayaan Ketua Zon Selatan dan kini menjadi orang kanan ketuanya itu. Tempat tinggal turut menjadi selesa. Dia duduk serumah dengan ketua dan familinya. Kira dah ngam macam adik beradik la. Dia juga telah mampu membeli motorsikal 2 lejang second hand dengan harga RM800 dan memiliki telefon bimbit. Menjadi bonus kepadanya apabila salah seorang kerani apartment bawah jagaannya mula tertarik dengan sifat rajinnya walaupun dulunya dia ni rajin la sangat. Setakat rajin berjalan kaki dari Jementah pulang ke sekolah je la. 10 Januari 2008 ini dia bakal berhadapan dengan bakal mertuanya di Marang, Terengganu. Semoga berjaya aku ucapkan. Jika ujian kali ini berjaya, majlis perkahwinan bakal berlangsung akhir tahun ini. Dia juga bakal memiliki Naza Suria warna biru. Nantikanlah kehadirannya dengan berkereta di hari reunion nanti. Jika tiada aral melintang, katanya.
~
Kenapa dia ceritakan semua ini? Sebab aku la yang tanya. Kami duduk berborak sambil menikmati dentuman bunga api. Duduk di restoren mamak yang berhadapan dengan bekas kotainya. Kotai yang pernah menjadi saksi bahawa ada orang pernah hidup melarat di dalamnya. Sebab itu la dia ceritakan. Sebab segalanya di depan mata sendiri. Kalau Pidy la yang empunya cerita ini, aku percaya 90% sebab hidupnya di aspura juga lebih kurang macam ini. Dia seorang yang lasak, hati keras, kulit pun liat, tahan maki, kalis panas matahari. Kalau orang lain punya pengalaman, berkira-kira juga aku mahu percaya.
~
Tahun baru aku bermula dengan mendengar kisah kejayaan seorang rakan yang hilang selama 7 tahun. Oh ya! Dia ingin pulang ke Bukit Kepong bulan hadapan. Rindu katanya. Rasa nak cari Jojane pun ada. Teman lama. Jojane, sila la keep in touch dengan sahabat lama kau nih.

sedihnya baca cite pdy.. tahniah encik wiwin sbb dpt jumpa pdy semula..dah lama dia MIA kan? hopefully dpt jupe pdy ms reunion nti..anyway, kotai tu ape yerk?
ReplyDeletekotai tu tempat tinggal sementara indon buat constructions... biasanya bekalan air dan elektrik akan 'dikongsi' oleh penduduk setempat
ReplyDeletePidy duduk kotai tinggal. Indon dah tak duduk situ. Dia sorang jek. Kalau aku ada kamera, aku amek gamabr kotai tu.
ReplyDelete