Tuesday, January 01, 2008

KISAH SILAM DARI KACA MATA SEORANG PELAJAR 8

NTMTTS
~
Dari pandangan mata rabun seorang pelajar. Datang dari hatinya yang berserabut. Yang belum tercemar dengan penipuan kota. Yang masih daif dengan kata-kata.
~
2008. Kami menyambut ulangtahun penubuhan NTMTTS yang ke 10. Banyak perkara yang bakal berlaku sepanjang 2008 ini. Majlis perkahwinan, majlis reunion. Mungkin apa yang saya ceritakan di sini ialah bagaimana NTMTTS itu menghimpunkan kami. Apakah sejarah disebalik penubuhan NTMTTS ini? Info ini sedikit sebanyak membongkar kejadian demi kejadian yang berlaku sepanjang penubuhan NTMTTS ini. Mungkin apa yang saya katakan di sini ada sedikit penambahan atau pengurangan. Tetapi secara keseluruhannya, inilah yang berlaku.
~
Di peringkat sekolah menengah, kami telah menubuhkan NTMTTS – merujuk kepada sebuah gerakan/pertubuhan bukan kerajaan yang tidak rasmi yang didalangi oleh pelajar-pelajar muda yang menuntut hak dan kedudukan mereka dalam masyarakat sekolah kami sekaligus menyangkal kewibawaan badan tertinggi pengawas. NTMTTS yang membawa maksud “New Teenagers Master Team – Teens Spirit” atau “Anti-Majlis Tertinggi Pengawas” memperjuangkan hak-hak keistimewaan pelajar tingkatan 3 [1998] ketika itu ditindas oleh badan tertinggi pengawas. Kami dituduh melakukan pelbagai jenis dosa dan difitnah dalam pelbagai bentuk. Kesalahan kecil pun mereka nampak macam jenayah bunuh. Sangat jahat.
~
Kejadian bermula apabila beberapa orang rakan kami, yang juga pengasas utama gerakan NTMT, ditangkap kerana didapati menconteng tilam, bantal, dinding dengan perkataan “NTMT”. Tulisan yang boleh didapati di mana-mana hatta di papan tajam tepi dinding surau dan tandas guru blok pentadbiran itu akhirnya dapat dikesan oleh pelajar tingkatan 5 dan tindakan pelupusan etnik dilakukan oleh mereka. Gerakan yang mulanya secara bawah tanah [Underground] mendapat sokongan daripada rakan-rakan batch yang lain. Dimulakan dengan menempah baju yang direka oleh Saif dan dicetak dengan harga RM23 oleh Katod. Ia mendapat tentangan hebat oleh pelajar tingkatan 5 seperti Wacha!, Pokcek dan beberapa orang senior sengal yang lain.
~
Nama-nama seperti Aan, Egon, Amin, Zinam, Poyo, Apis Mahat semakin menjadi buah mulut senior sebagai pengasas gerakan ini. Baju gerakan yang berwarna maroon, berlambangkan karakter “Spawn” dan bertulisan “Only the tough can survive” terus-terusan menjadi kontroversi. Saje je dorang nak cari pasal. Batch-batch sebelum tu pun ada jugak baju. Tak jadi kontroversi pun. Aku dah cakap. Mereka cemburu sebab baju kami lagi cantik. Tak caya, tanya Bal9at. Kan Bal9gat kan? Tapi baju aku hilang setelah baju itu mengecut. Kecut ke?
~
Kisah NTMTTS belum berakhir walaupun mendapat tentangan hebat. Setelah kejadian pelupusan etnik [bantai beramai-ramai di surau] berakhir, ramai rakan-rakan kami mengalami kecederaan ringan dan berat. Mereka disabitkan dengan pelbagai kesalahan merapu seperti pergi ke kelas prep/persediaan lambat, tak bagi salam pada senior, meninggikan suara pada senior, kutuk senior dan pelbagai kesalahan mengarut lain. Tapi kami tetap sabar dan menunggu hari pembalasan.
~
Begitulah sedikit sebanyak tentang latar belakang gerakan NTMTTS ini. Ianya ditubuhkan bukan atas dasar untuk menentang kerajaan tapi menentang majlis tertinggi pengawas. Tetapi lama kelamaan dasar perjuangan NTMTTS telah diubah kepada gerakan alumni pelajar 9th batch [1995 – 2000] di sekolah itu. Sehingga sekarang banyak aktiviti kami akan bertunjangkan nama NTMTTS. Logo kami direka oleh Bun pada tahun 2000. Pada masa itu, mencipta logo hanyalah secara manual tetapi atas daya usaha dan kebolehan Bun yang semakin mencanak-canak hebatnya, sekarang dia telah berjaya men”touch up”kan dan meng”soft copy”kan logo ini. Banyak lagi perjuangan kami yang akan saya ceritakan dalam entry-entry akan datang. Ikutilah perkembangannya dari masa ke semasa. Terima kasih kerana berminat untuk mengetahui perjuangan kami ini.
~
Say NO to war! PEACE!

10 comments:

  1. kau mmg rock la wiwin.teruskan bercerita lg.aku mau baca :)

    ReplyDelete
  2. adakah sweetheart saya juga dibantai oleh senior2 yg mcm bagus itu?

    ReplyDelete
  3. Aku tak pasti. Tanya la sweetheart kau.

    ReplyDelete
  4. sweetheart saya, awak kena bantai ke dulu? huhu..

    ReplyDelete
  5. eiks.. sape yg menjawab bg pihak sweetheart aku nih?

    ReplyDelete
  6. catatan diari seorg ahli NTMTTS bernama"Z@i"

    cite pasal bantai~

    f1:malam first kt smkas sebgai pljr
    asrama,balik dr dewan mkn ke
    dorm ali....kena sepak dgn F6
    "hishamudin sanusi"...sbb blari
    kat koridor...ms tuh diorg tgh
    curi line tepon kt dorm sebelah

    :beberapa bulan lps tuh,kena
    tumbuk kt perut sb tegelak dgn
    F6 xsilap
    nama die start dgn 'S'...yg
    pasti dia selalu tido sekatil
    dgn rashdan..ketua dorm ali

    :byk insiden bantai tjd kt dorm
    ali..sbb dorm tu luas...F6
    bantai F4,batch adigun mlm seblm
    diorg nk pmr...batch digun
    bantai membe sendiri ms diorg
    f5..dn byk lg

    cite psl rotan~

    :byk kali kn rotan dgn pengetua,
    gpk dan ustaz disiplin kt depan
    semua warga smkas antara
    sbbnya jd jemaah
    masbuq tuk subuh,pakai baju
    melayu ala sultan johor tuk
    sambutan raya...dan kena sepak
    sampai berdrh dgn ustaz saer sbb
    turun lambat perhimpunan dgn
    xpkai kasut sekolah sbb aritu
    nak balik kg....pastuh kena
    beratur kat pdg dgr ceramah pagi
    ustaz saer....aku rs ko ada ms
    ni wiwin....senasib dgn aku..
    kalo xsilap...ada ustazah yg
    simpati dgn aku tlg cari ubat
    tuk bibir aku....

    p/s:sapekah sweet?
    ble knalkn diri anda?

    ReplyDelete
  7. kesiannye sweetheart.. biar saya saman diorg yg belasah awak.. huhu..

    ReplyDelete
  8. sweet♥ tu org noob yg suka menyamar!

    ReplyDelete

Komenlah Aku