Friday, January 25, 2008

MENGKHATAMKAN TONTONAN GOL DAN GINCU THE SERIES. AKU SUKA EPISOD “DIARI SEORANG LELAKI”.

Hari-hari yang aku lalui di sini aku masih teruskan. Teruskan belajar, menghabiskan kerja-kerja tutorial, menyertai aktiviti-aktiviti kelab dan mengharungi liku-liku kehidupan pelajar yang penuh masalah.
~
Kebelakangan ini, aku lebih cenderung untuk membaca tulisan-tulisan kreatif dan separa kreatif yang menjadi kandungan beberapa jurnal, majalah dan blog-blog kota kesesatan internet. Penat juga merayau-rayau dalam ruang siber memandang waktu yang aku peruntukan untuk berlibur siber amat terhad. Nasib baik tak sesat.
~
Kandungan dalam blog-blog itu semuanya hebat-hebat. Kebanyakkan dari mereka dah sampai tahap otai dalam bidang penulisan samada dari majalah-majalah terkenal hinggalah ke pemenuh ruang blogosfera dengan tulisan saja-saja. Aku masih jauh lagi nak capai ke tahap mereka. Mereka lebih cenderung mengisahkan hero yang tidak dinyanyikan, isu-isu semasa dan kebanyakkan mereka lebih suka menceritakan minat-minat mereka seperti kegiatan sosial harian, luahan rasa ketidakpuashatian mereka dan pelbagai lagi.
~
Ilmu aku masih lagi kurang untuk menyatukan jiwa aku dengan keadaan blogosfera yang infiniti. Banyak lagi yang aku tak tahu. Terlalu banyak yang aku belum kuasai untuk masuk ke dalam dunia serba baru ini. Persediaannya masih lagi kurang. Kiranya masih dalam bertatih la. Aku takjub dengan tulisan mereka. Dalam ketakjuban itu, aku juga rasa sangsi dengan ketulusan tulisan-tulisan ini semua. Ye la, semua main cakap lepas je. Fakta dan perasaan marah bercampur aduk. Mana nak letak fakta. Mana nak letak marah. Aku tak nak cakap banyak-banyak. Takut kena banned. Hehehe....
~
Aku cuba berkarya dalam dunia blogosfera memandangkan ini salah satu cara baru untuk perkembangkan bakat (ada bakat ke?) terpendam dalam dunia penulisan. Ada juga dulu aku cuba menulis cerpen tapi kebanyakkan daripada projek-projek itu masih terbengkalai dalam kotak buku atas kabinet bilik aku. Projek yang memerlukan aku menulis secara konvensional menyebabkan aku cepat bosan. Ye la, zaman aku baru nak mula bidang ini, teknologi pengkomputeran ini belum berkembang sepenuhnya.
~
Tajuk karya aku yang akhir sekali terbengkalai tu masih aku ingat. Ianya aku cipta khusus untuk menyertai pertandingan menulis skrip anjuran FINAS. Tapi sebab malas aku lebih sikit dari rajin, aku pun buat la kerja separuh jalan. Lenggok Zapin Dalam Irama Jazz. Nama macam best (pada aku la), kisah keseluruhannya mengisahkan 2 dunia irama lagu yang jauh berbeza yang akhirnya menyatu 2 hati. Sudah tentu hati lelaki dan perempuan. 2 insan yang datang dari 2 dunia yang berbeza dan cuba menyelami dunia itu dan akhirnya jatuh cinta pada muzik tempatan. Kalau tak dapat jadi skrip drama atau filem, dapat jadi cerpen pun jadi la. Harap-harap.
~
Oh ya! Pagi ini aku baru sahaja menamatkan tontonan drama bersiri Gol Dan Gincu sebanyak 12 episod. Aku tak pasti episod sebenar melepasi angka itu atau tidak. Setelah musim kedua tamat siarannya di 8TV, aku baru berkesempatan untuk menonton musim pertamanya. Gosh! Sangat ketinggalan zaman.

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku