Sunday, January 27, 2008

KISAH SILAM DARI KACA MATA SEORANG PELAJAR 13

Dari pandangan mata rabun seorang pelajar. Datang dari hatinya yang berserabut. Yang belum tercemar dengan penipuan kota. Yang masih daif dengan kata-kata.
~
~
~
Kerja-kerja harian aku sebagai seorang pelajar membuat aku rasa bosan. Terpaksa berdepan dengan pelbagai karenah orang di sekeliling yang perangainya buat aku rasa pusing kepala. Aku perlukan ruang untuk berehat. Mungkin tidur untuk beberapa jam. Atau makan pelbagai menu lalu duduk terjelupuk kekenyangan atas katil sambil dengar alunan irama lembut lagu Opick – Tombo Ati. Rehat. Kepala aku yang pusing ini perlu aku redakan dengan pelbagai cara sekalipun. Nasyid adalah pilihan aku kali ini. Biasanya aku lebih gemar layan lagu bahasa asing berirama R&B.
~
Aku suka lepak di pondok bas. Sedang aku duduk keseorangan di pondok bas sambil memerhatikan gelagat pelajar muda bersimpang siur dengan buku-buku penuh di tangan. Belum campur dengan yang digalas dalam beg. Ada diskusi kumpulan tugasan agaknya. Rajin mereka ini. Aku tabik spring. Ada juga pasangan yang berjalan bersama ke Mall. Membeli belah atau makan bersama, mungkin. Tak kurang juga yang baru turun dari bas HBR dan MARA Liner. Ke Changlun atau Jitra, mungkin. Sejak Jitra memiliki panggung wayang dan pusat bowling, bas ke Jitra sentiasa penuh. Minggu lepas pelajar tajaan JPA baru dapat duit biasiswa mereka. RM4,500. Orang kaya minggu ini. Beberapa orang kenalan berbiasiswa JPA telah membuat konfemasi perbelanjaan makan terhadap aku. Aku tunggu pelawaan kalian. Aku cuma kepingin makan “Chicken Chop”.
~
Oh ya! Aku teringat kisah penantian kemasukkan duit PTPTN aku di zaman diploma dulu. Bagai menanti emas turun dari langit. Seminggu selepas kemasukkan adalah waktu yang paling singkat dan 2 bulan selepas mendaftar adalah waktu yang paling perit sepanjang zaman itu. Dengan duduk rumah sewa, bawa kenderaan pulak tu, bertambah-tambah dengan nafsu makan yang membuas pada waktu itu. Perit hingga ke ulu hati. Terseksa. Apa masalah pun tak tahu la. Jenuh gak la bilamana perlu memanjat anak tangga yang boleh tahan tingginya untuk ke pejabat bendahari untuk mengetahui status PTPTN kami. Letih. Tapi di Sintok ni, Alhamdulillah la. Sehari selepas kemasukkan, duit PTPTN dah masuk.
~
Di zaman diploma dulu, terdapat pelbagai saluran untuk menghabiskan duit seperti menambaikbaikkan motosikal, beli rim sukan, main bowling setiap minggu, pergi Seremban untuk menonton wayang , membeli belah dan acara utamanya ialah makan besar samada makan makanan laut atau makan satay. Paling koman pun pergi makan KFC di pekan Port Dickson. Jadi orang kaya “sementara” memang menyeronokkan. Lebih-lebih lagi bila meluangkan masa dengan rakan-rakan. Aku rindui masa lalu.
~
Zaman sekolah aku, aku tidak ditaja oleh mana-mana badan kerajaan atau institusi. Hanya ditanggung sepenuhnya oleh biasiswa PA&MA. Tengok kawan-kawan lain selalu berpusu-pusu ke Bank Simpanan Nasional untuk mengeluarkan biasiswa masing-masing, buat aku rasa cemburu. Waktu itu ada pelbagai biasiswa ditawarkan dan yang paling popular ialah biasiswa taranum. Masing-masing tunjuk bakat seni suara taranum. Kiranya terpaksa belajar taranum untuk dapatkan biasiswa la. Guru taranum yang paling popular ialah Ustaz Ismail.
~
“Woi Balau!”. Dia memarahi pelajar tingkatan 3 PMR 1998 yang bising ketika keluar dari dewan peperiksaan. Ketika itu dia sedang mengajar taranum di tingkat 3 bangunan pentadbiran. Anyone remember?

2 comments:

  1. aku ahli taranum
    aku juga penerima biasiswa
    tetapi bukan melalui taranum

    ReplyDelete
  2. JaNe awk terima biasiswa apa ye??

    saya trima biasiswa yg bukan saluran taranum...apa lg saluran biasiswa yg available kt SMKAS....mksudnya ada 3 saluran:

    1~biasiswa taranum
    2~biasiswa awk
    3~biasiswa sy

    ko tau x wiwin??

    ReplyDelete

Komenlah Aku