Friday, January 11, 2008

KALA SIANG MATAHARI TERIK, KALA MALAM BULAN MENGAMBANG

Siang tahun baru, kami rancang untuk mengurangkan duit PTPTN kami di bandar Alor Setar dengan memberi apa-apa barang. Kami ingat peratusan pelajar menaiki bas ke Alor Setar menjadi rendah jika kami bertolak pada awal pagi tetapi sebaliknya berlaku. Seawal jam 9.00am lagi, hentian bas di seluruh universiti menjadi sesak. Ermm... tak.... menjadi terlalu sangat sesak. Pelajar berasak-asak ke Alor Setar samada bertujuan sama dengan kami atau hendak pulang ke kampung halaman kerana cuti 3 hari. Kami terpaksa menapak kira-kira 1 kilometer ke hentian bas fakulti dari kolej kami. Hentian terakhir kerana kami dah tak larat nak pergi lagi jauh. Almaklum la, tak sarapan pagi itu. Agak letih biar pun belum sampai ke destinasi. Kami sabar menunggu di hentian bas yang dikosongkan kerana pelajar lain menerus ekspedisi menunggu bas di bulatan di pintu masuk universiti.
~
“Biar la. Aku dah tak larat ni. Tunggu je la bas kat sini.” Aku letih.
~
Aku sampai di Alor Setar jam 12.30am selepas berasak-asak, bertolak-tolak untuk masuk ke dalam bas umpama tin sardin cap Ayam. Begini la kehidupan pelajar kalau takde kenderaan sendiri. Dah la jauh dari bandar, berebut-rebut, bergadai nyawa nak naik bas pula tu. Sabar je la bang...
~
Kala Malam Bulan Mengambang. Sebuah karya Abg Mamat Khalid yang paling baru menjengah peminat di pawagam. Aku agak bernasib baik kerana pawagam kecil Metrowealth AS Cineplex di City Plaza Alor Setar ada menayangkan filem ini. Dengan bayaran sebanyak RM8 dan tempat duduk free seater, kami pun menonton filem berdurasi 100 minit ini. Filem neo-noir ini amat menarik dengan skrip ala-ala 50-an, props yang amat 50-an, pelakon seksi ala-ala kabaret 50-an dan jalan cerita pun 50-an. Bersepah-sepah. Sangat banyak perkara yang ingin dimasukkan dalam filem bersaiz 100 minit ini. Macam filem 50-an juga. Memang filem 50-an. Kalau bagi mat salleh tengok cerita ini dan katakan padanya; “Sir, this film is from 1956. We just show it”. Nescaya, akan percaya akan mat salleh itu pada kita. Serius. Kalau ada kesempatan, tonton la filem ini. Biar pun bukan tonton di pawagam. Hanya menonton di televisyen 1 tahun dari sekarang, kerana anda percaya filem ini akan dimasukkan di dalam senarai “Tayangan Raya” kebanyakkan stesen-stesen televisyen. Ambil masa untuk tonton. Jangan tengok di pawagam jika anda rasa anda suka maki hamun selepas menonton.
~
Eh! Tengok tu. Ada burung wak-wak!
~
~

credit to www.budiey.com

1 comment:

  1. Aku sampai di Alor Setar jam 12.30am selepas berasak-asak, bertolak-tolak untuk masuk ke dalam bas umpama tin sardin cap Ayam. Begini la kehidupan pelajar kalau takde kenderaan sendiri. Dah la jauh dari bandar, berebut-rebut, bergadai nyawa nak naik bas pula tu. Sabar je la bang...

    pukul 12.30 pagi baru sampai.. biar betik..

    ReplyDelete

Komenlah Aku