Friday, January 11, 2008

KISAH SILAM DARI KACA MATA SEORANG PELAJAR 11

Dari pandangan mata rabun seorang pelajar. Datang dari hatinya yang berserabut. Yang belum tercemar dengan penipuan kota. Yang masih daif dengan kata-kata.
~
~
~
Talent come in any size.” Kata Alvin And The Chipmunks
~
Pada waktu sekolah dulu, terdapat banyak kelab yang ditubuhkan oleh pihak sekolah untuk memastikan para pelajarnya aktif dalam bidang ko-kurikulum. Dan untuk memastikan kelab kita menjadi kelab yang terbaik, kelab yang termashyur dan kelab yang teraktif, pelbagai perancangan akan dilaksanakan untuk memberikan yang terbaik kepada pelajar yang lain.
~
Aktiviti tipikal yang diadakan oleh kebanyakkan kelab adalah seperti Minggu Kelab [Club Week]. Kelab ini berlangsung bukan seperti berlangsungnya Kelab Disney Malaysia. Ini satu kelab yang berlainan sama sekali dengannya. Dalam minggu ini, banyak aktiviti yang dirangka untuk memenuhi waktu pelajar sekolah kami dengan agenda mereka. Contohnya, sepanjang minggu ini akan dijual kertas soalan pertandingan teka silangkata [Kelab Bahasa Melayu], Kuiz mingguan yang akan diumumkan pada waktu perhimpunan, Pop Kuiz yang akan memetik mana-mana nama pelajar, lelaki atau perempuan, untuk menjawab soalan yang diajukan pada waktu perhimpunan juga. Actually, banyak lagi aktiviti yang dijalankan, tapi kurang menarik perhatian aku. Kerana rata-rata, aktiviti yang dijalankan waktu hari persekolahan adalah aktiviti yang kurang menarik.
~
Keadaan akan menjadi lebih menarik pada hari cuti [Sabtu dan Ahad]. Aktiviti yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental akan dijalankan. Aktiviti seperti mencari harta karun [Treasure Hunt], Pertandingan Pentomim, deklamasi sajak, adalah aktiviti yang memerlukan ramai peserta. Dan aku biasanya suka menyertainya [kecuali Treasure Hunt di mana ia memerlukan kekuatan fizikal dan tahan maki – tiap kali lambat, konfem kena maki dengan pasukan sendiri]. Aku suka pertandingan lakonan yang mana ia dibahagikan mengikut batch dan jantina. Biasanya, pertandingan bahagian perempuan akan dijalankan sehari awal dari yang lelaki, di mana penontonnya adalah perempuan sahaja. Bila time lelaki yang bertanding, penontonnya adalah seluruh warga sekolah.
~
Ada satu ketika [aku lupa minggu kelab mana], aku berlakon menjadi santa klaus. Mungkin kerana faktor fizikal aku terpilih untuk menjayakan watak ini. Waktu itu, props amat terhad. Apa sahaja yang terlintas di fikiran akan dijalankan props, samada mencuri [pinjam sekejap] atau harta peserta lain. Sebagai santa klaus, aku memerlukan bag merah untuk angkut hadiah, kononnya. Takde bag merah, bag plastik sampah pun jadi la. Kapas dijadikan janggut pakcik santa. Berlakon tanpa rasa segan pilu. Apa yang penting bagi aku, aku akan jadi bualan ramai. Gila glamour aku dulu.
~
Lakonan lain, aku jadi pesakit sakit perut yang dirawat oleh doktor gila, Jibam. Ketika aku dibedah; aku baring atas meja dan Jibam berdiri di bahagian perut aku dan membelakangi penonton, dia pura-pura membedah perut aku dan berjaya mencari punca aku sakit perut. Apa puncanya? Macam-macam ada. Ada kertas, botol-botol air, plastik-plastik jajan, alatulis dan macam-macam lagi.
~
Lakonan lain, bukan lakonan aku. Aku amat meminati lakonan dari batch Baghrib [PMR 2000]. Mereka buat ala-ala pentomim gitu. Suara dan lakonan mereka selaras. Dialognya juga kelakar. Mereka bertindak di bawah satu arahan iaitu dari Hashim Sapari dan juga Baghrib. Bagus. Lakonan yang aku suka ialah pada sambutan “Malam Di Ambang Merdeka”. Lakonan mereka mengenai kemerdekaan tanah melayu dengan garapan ala-ala filem tanpa pengarah seni amat menarik. Tanpa props yang mencukupi, lakonan mereka tetap mantap. Seperti biasa. Kemasukkan askar jepun dari pintu masuk dewan dengan menaiki basikal BMX pinjam dari anak-anak warden, menyerang tanah melayu, di atas pentas, pertempuran antara senjata api dan keris, perbalahan antara pemimpin jepun dan melayu sehingga tanah melayu mencapai kemerdekaan. Semuanya best. Jika zaman itu aku ada kamera digital, aku akan sertakan di sini untuk membuktikan ceritakan aku.
~
Hhahahahahahah.... Aku lalok... Aku high..... Laalalalalalalallalokkkk.....

1 comment:

  1. mmg lakonan bdk2 bacth pmr2000 best..

    masa ko jadi tok gajah aku plg ingt ko sebut Fumakilla!!! mcm haram... yg lampi tu senyap jela kan...haha

    yg xbley blah masa sundang jadi cyclop.. tp.. kita2 je paham.. xbest...huhu

    tu belum kapten sekolah (cipon) lg perform..

    ReplyDelete

Komenlah Aku