Aku seorang yang degil. Kalau aku tak nampak dengan mata kepala aku atau aku tak pernah alami sendiri, maka aku akan kata something itu sukar untuk diterima akal. Walau pun aku tahu something itu benar, aku sukar untuk menerima.
Orang selalu kata, sedekah itu membuka pintu-pintu rezeki. Aku sendiri pada mulanya agak negatif dengan kenyataan ini. Tapi segalanya berubah bila aku pasang niat ikhlas untuk bersedekah.
Sebelum ini, status kewangan aku separas hidung. Wang gaji aku sekadar cukup makan, cukup pakai dan cukup-cukup saja. Susah mahu mendapati baki amaun di bank aku lebih dari RM20, kadar paling minimum untuk akaun simpanan. Jangankan kata mahu menyimpan, mahu berjoli saja sukar sekali. Perlu cantas perbelanjaan sana sini, baru aku boleh bernafas. Masa hujung minggu banyak dihabiskan di rumah, semata mahu berjimat.
Satu hari aku berniat mahu bersedekah dengan ikhlas. Buat pertama kali aku ikat perut, telan kemahuan untuk berjoli, semata mahu beramal. Hati aku lega. Sepertinya ada beban yang dialih dari bahu. Kemudian aku bersedekah lagi. Entah kenapa, bersedekah membuat hati aku lega.
Nikmat Tuhan yang mana satu yang mahu aku nafikan?
Kemudian sedikit demi sedikit, aku dimurahkan rezeki, ada sahaja wang yang aku terima. Yang aku tidak sangka aku akan miliki. Baru aku sedar, betapa jauhnya aku selama ini dengan Tuhan. Tetapi Tuhan tidak pernah jauh dari aku.
Aku harap ini titik permulaan untuk aku terus berubah.
Amin.
Bumped into your blog when i googled for 'pulang batu buah keras'. Haha.
ReplyDeleteAnyway, read few of your posts and quite funny u are. Keep on writing! As i dont see any latest posts in 2017?
From
Sabrina Cantik.
Hahahaha.
Hai.
DeleteSekarang dah jarang berblog. Lebih kepada berkongsi cerita di Facebook saja. Search FB fikrikacak dan kita boleh berkawan secara maya di sana.
Btw, terima kasih sudi lagi baca cerita lama, "pulang paku buah keras" tu. Hehehe.