4
Nurakka hanya terbaring di atas katil. Diteguknya
beberapa kali botol kaca yang berisi air berwarna kuning. Namun botol itu tidak
berlabel. Mudah sahaja orang menebak bahawa itu air kencing syaitan.
Nurakka meneguk lagi. Luka pertarungan dengan Paragas
kelmarin memudaratkan fizikalnya. Tulang rusuknya yang patah perlukan masa
sebelum pulih sepulihnya.
Dia meneguk berkali-kali botol tersebut. Diselangi kerutan
di muka di setiap kali tegukan. Tahan sedap, sakit atau pahit barangkali.
Hampir separuh botol habis diteguknya. Namun lukanya
tak juga segera sembuh. Bisanya tak juga reda. Demamnya tak juga kebah.
Air itu merupakan remedi yang dibekalkan oleh bapanya
masa dia mula-mula keluar memburu target dulu. Hasil kajian beberapa tahun
menetap di bumi. Remedi gabungan herba tempatan seperti daun limau purut, sisik
tenggiling, serbuk mutiara, kuku kucing hutan dan penis harimau.
Nurakka memejamkan matanya. Menenangkan jiwa. Tak guna
dia meneguk walaupun 10 botol remedi sekalipun. Kesan pemulihannya tetap
perlahan. Bak pepatah orang barat, “Time heals all wounds”.
Paling-paling tidak Nurakka membuat perkiraan dalam
benaknya, dia bakal terlelap untuk satu jangka masa yang agak panjang. 2 hingga
3 hari mungkin. Misinya terpaksa ditangguhkan walaupun arahan awal bapanya
bercanggah. Penatnya tak boleh ditangguh.
Dan dengan keasyikan pendingin hawa dengan suhu sedap,
Nurakka terlelap. Membiarkan soal misi buat seketika. Sudah lama dia tak berasa
tenang dan melayang sebegini.
No comments:
Post a Comment
Komenlah Aku