5
Selepas negara
digegarkan dengan pembunuhan 2 individu secara misteri di 2 lokasi yang
berbeza, pihak berkuasa mendapati kes ini mungkin mempunyai kaitan. Kay Keddy
dipanggil ke balai untuk memberi keterangan berikutan kecaman hebatnya terhadap
Kay Park di dalam blog, BeautifulKeddy.com. Buat masa sekarang dialah
satu-satunya suspek releven yang boleh dikaitkan di dalam kes ini. Biar pun
mayat tidak ditemui di kedua-dua lokasi, satu-satunya petunjuk buat masa
sekarang ialah gambar-gambar yang dimuatnaik di laman Instagram, Twitter dan
Facebook. Berguna juga laman social dalam keadaan ini.
“Kamu berapa di mana sewaktu kejadian?”
“Di rumah. Menonton siaran ulangan Versus.”
“Ada sesiapa boleh menyokong kenyataan kamu.”
“Ada. Mustaffa.”
“Mustaffa ni….”, sambil pegawai berkenaan membelek
sebuah fail merah, “ ….siapa? Tidak disebutkan di dalam keterangan awal awak.”
“Oh, Mustaffa adalah housemate saya.”
“Tolong tuliskan nombor telefonnya di sini.” Pegawai
berkenaan menghulurkan fail yang dipegangnya tadi.
“Oh, dia tak ada telefon.”
“Mustahil!”
“Apa yang mustahilnya tok…. Mustaffa ni cerpelai
belaan saya. Tu je la housemate yang saya ada.”
PAM!
Fail dihempaskan ke meja besi. Kay Keddy terperanjat.
“Betul la saya cakap.”
“Saya tengok awak ni besor kecik besor kecik je tau
tak!” Pegawai menjerkah Kay Keddy.
TOK! TOK! TOK!
Pintu bilik soal siasat diketuk. Pintu dikuak. Seorang
prebet menjenguk-masukkan kepalanya.
“Mohon seminit tuan.” Kata prebet tadi sambil menghulurkan
sebuah fail berwarna hitam. Muka pegawai penyiasat tadi merubah. Makin
berkerut.
“Prebet, tolong proses Kay Keddy untuk dilepaskan.”
Perintah pegawai penyiasat tersebut. Prebet tersebut masuk dan mengiringi Kay
Keddy keluar. Seorang pegawai berpangkat tinggi masuk.
“Macam mana boleh jadi macam ini?” Soal pegawai
berpangkat tinggi tadi.
“Saya kurang pasti tuan. Malah saya sendiri hairan.
Satu-satunya suspek ada di dalam tahan kita. Namun, ada 2 lagi kes berkaitan di
2 lokasi berlainan yang berlaku kurang dari masa 48 jam sedangkan saspek masih
dalam pemerhatian. Ini membingungkan saya.” Kata Pegawai Penyiasat itu sambil
menghulurkan fail hitam berkenaan kepada pegawai berpangkat tinggi.
“Apa persamaan dalam keempat-empat kes ini?”
“Keempat-empat mangsa merupakan pelopor dan pengamal
budaya K-Pop yang berpengaruh di lokasi mereka didapati dibunuh.”
No comments:
Post a Comment
Komenlah Aku