1
Tidak ramai yang tahu, di satu sudut di bumi Johor
Bahru. Sekumpulan makhluk mula berhimpun. Mereka menjelma entah dari hala mana.
Satu demi satu makhluk ini hadir dalam bentuk bayang yang amat menakutkan turun
dari langit seakan dewa kematian tetapi mengubah kepada bentuk manusia apabila
sampai ke sebuah altar yang dikelilingi jamung dengan api berwarna biru. 5
makhluk yang berselubung dengan mantel baldu ber-hud warna jingga nipis
merapati meja pemujaan dengan cogan alam masing-masing.
“Mengapa kau menyeru kami ke sini, Jagindas?” Makhluk
bertopeng putih memulakan bicara.
“Kau tenang saja dulu, Karambit. Apa yang kau
terburu?” Yang bertopeng biru bernama Mumbalak pula mencelah.
“Saudaraku, maaf dengan panggilan tanpa sebarang notis
ini. Aku ada berita kecemasan yang tidak dapat ditangguh.” Jagindas memulakan
bicara
Jelas sekali makhluk-makhluk ini tidak mengenali
teknologi manusia yang dinamakan telekonferens.
“Mesti kau semua masih ingat lagi mangsa pemujaan kita
yang pertama sewaktu kita mula sampai ke bumi ini.” Jagindas melemparkan
soalan.
“Mana mungkin kami boleh lupa perempuan montok itu. Ha
ha ha.” Katipang menjawab. Dengan memori nakal sewaktu itu mula bermain di
fikirannya.
“Ya, buas! Bagai kuda liar di padang ragut Mongolia.
Ha ha ha.” Kali ini Paragas pula yang menyambung.
“Manakan tidak liar, habis dilibas burungnya sehingga
senak berminggu lama. Ha ha ha.” Katipang mencelah. Kali ini gelaknya disambut
dengan gelak makhluk yang lainnya kecuali Paragas.
Dengan muka monyok, Paragas melemparkan topengnya ke
altar, “Apa yang penting sangat? Jika diseru hanya sekadar untuk mentertawakan
aku, aku ada urusan yang lebih utama dari ditertawakan.”
“Sudahlah kawan. Jangan kamu merajuk lagi. Sudah
serupa nangka bonyok. Sebenarnya aku terima sepucuk surat bertinta darah dari
isteri Sumajang di Xylar malam semalam. Tidak lena tidur dibuatnya.” Jagindas
mula bercerita.
“Sumajang, sahabat kita di Xylar telah mengalami
kecelakaan. Kepalanya dipenggal, kulitnya disiat dan tubuh malangnya di gantung
di persimpangan jalan. Menurut kata-kata di jalanan, jurus seumpama ini hanya
dimiliki oleh keturunan Masmerah, perempuan yang diculik dan bawa ke bumi
dulu.”
“Ah, itu perkara 10 tahun lepas. 10 tahun sebelum kita
dapat pelajari jurus-jurus maut di bumi ini. Aku pasti kita mampu membanteras
apa sahaja kecelakaan yang dialami Sumajang.” Kata Paragas dengan garang. Sejak
dari di Xylar lagi, sifat garang ini yang tidak dapat dikawal oleh Jagindas,
selaku ketua.
Makhluk Xylar yang lain hanya mengangguk tanda setuju
dengan kenyataan Paragas.
“Itu silap Sumanjang sendiri. Baru sampai ke Bumi
sudah rindu Xylar. Belum menimba ilmu, sudah rindu belaian isteri. Dasar lelaki
cengeng.” Ujar Katipang.
“Aku sekadar mahu saudaraku berhati-hati.” Jaragas
mengingatkan.
“Jangan kau khuatir saudaraku, selagi panji alam
kurniaan tok guru ada di tangan kita, tiada sebarang senjata dan ilmu yang ampuh
untuk menewaskan kita.” Kata Karambit penuh bongkak, “Jika tiada apa lagi hal
yang penting, aku bergegas pulang dahulu. Takut-takut manusia akan merusuh jika
kedai karaokeku tidak buka menjelang malam. Ha ha ha.”
Lalu Karambit pun menghilang dalam bentuk asap hitam
yang kemudiannya menipis dipuput angin malam.
“Jika begitu, kami juga mahu mengundur diri. Semua
kita lebih berhati-hati selepas ini. Sampaikan salam kami kepada anakmu. Lama
sungguh tak bertemu.” Ujar Mumbalak, yang paling senyap, sambil mengulum senyum.
Dan Paragas serta Katipang turut menghilang menyerupai bebola api dan kemudian
meluncur ke udara. Berpecah ke arah masing-masing.
“Aku cuba beri amaran awal sahabatku. Cuma
pandai-pandai kamu untuk mentafsirnya.” Ujar Jagindas, yang berubah menyerupai
bentuk burung. Terus terbang keluar dari bangunan usang yang dahulu dimimpikan
menjadi pusat membeli belah bernama Kemayan City.
No comments:
Post a Comment
Komenlah Aku