Untuk memulakan nyawa baru blog ini, saya akan muatnaik cerpen yang pernah saya tulis untuk buku Kultus Pop satu ketika dulu.
Bahagian baru akan dimuatnaik setiap hari jam 2.00 pm.
Bahagian baru akan dimuatnaik setiap hari jam 2.00 pm.
Enjoy!
PROLOG
Langit Johor Bahru tidak seperti petang-petang hari
kebiasaannya. Senjanya jingga yang luar biasa. Ada biasan merah Marikh. Rakyat
jelata memandang kagum kejadian aneh ini di Pantai Lido. Ramai yang mengambil
kesempatan untuk memberhentikan kereta di bahu jalan. Ada yang bergambar, ada
yang ber-instagram dan tidak kurang juga yang ber-twitpic. Mungkin juga
segelintir kecil yang memuatnaik gambar ke dalam akaun Facebook masing-masing.
Semuanya dengan tujuan untuk berkongsi dan mengabadikan momen
sekali-dalam-sejuta ini kepada rangkaian kawan-kawan di internet. Dan tidak
kurang juga yang mahu riak.
Petang makin larut. Lalulintas bertambah sesak. Lagi-lagi
waktu itu adalah waktu orang pulang dari tempat kerja. Makin bertambah orang
yang mahu berhenti di bahu jalan. Hinggakan abang Trafik tak mampu nak halang. Yang
tidak berhenti, mungkin ada alasan kukuh yang lain seperti takut emak marah
sebab balik lambat, nak ambil anak balik sekolah, isteri suruh singgah pasar
beli ikan selar kuning dan pelbagai alasan logik yang lain. Tetapi kebanyakkan
antara mereka berkongsi alasan yang sama; tidak memiliki telefon pintar, sama
ada tidak mampu atau malas nak beli.
Kejadian aneh ini mendapat liputan luas di dalam media
cetak, media massa dan media elektronik. Para blogger yang mencari jumlah
pengunjung yang banyak akan menulis tentang teori-teori konspirasi berkaitan
dengan kejadian ini. Para artis twitter mentweet tentang pendapat mereka dan
follower mereka akan retweet. Golongan serbanistas pula terus mengaitkan
fenomena alam ini dengan dunia akhir zaman tanpa mengetahui asal usul fenomena
ini dan berbangga apabila pendapat mereka dikongsi dengan banyaknya di dalam
Facebook. Muka depan akhbar aliran utama
memaparkan gambar fenomena tersebut dengan tajuk berita yang sangat mengujakan
para pembaca. Senang kata fenomena ini menjadi bualan ramai. Bermula dari di
Johor Bahru sehingga ke Lahad Datu.
No comments:
Post a Comment
Komenlah Aku