Wednesday, June 15, 2011

SURAT TERBUKA UNTUK ACUL 2


Ke hadapan Acul,

Dulu aku bagi surat sebab nak komen filem kau, Khurafat. Tapi hari ini aku nak bagi komen tentang filem terbaru kau pula, KL Gangster. Aku harap kau tak kisah sangat sebab kau kan artis. Mana nak ambil port sangat tentang komen aku ni kan? Takpe, aku faham. No heart feeling.

Kau pilih pelakon yang memang best-bro. Badan ketul-ketul. Pandai kau nak pancing penonton wanita datang tengok filem kau kan? Wanita mana yang tak teruja dengan susuk body taf Aaron Aziz dan Adi Putra kan? Lagi satu, ngam-ngam Zizan tengah naik dengan Mail Lambong, ngam-ngam tu jugak keluar filem ini yang Zizan jadi Abang Long Fadil. Gempak bro, gempak!

Scene bergasak memang best-bro. Ada ala-ala scene gasak siam pun ada aku tengok. Bertumbuk guna siku la lutut la. Gempak bro, gempak! Belum sempat nak ambil nafas, dah ada scene bertumbuk lagi. Pap! Pap! Pap! Puas aku tengok orang bergasak dalam filem ini.

Tapi la bro, ada something yang aku rasa macam kureng sikit la bro.

Adi Putra memang samseng jalanan bro. Gaya dia, dress up, rambut dia aku suka bro. Tapi la kan, ada ke samseng yang asyik nak tunjuk muka ganas macam tu bro? Dah la berapa banyak rokok yang dia bazirkan dalam filem tu, buang macam tu je tapi haram sebatang pun dia tak bakar. Pergh, memang samseng!

Shark ni kan bro, dia orang apa sebenarnya ek? Cainis ke meleis ke indiens ke? Cakap macam cainis tapi muka macam meleis. Babi, serius tak samseng habaq hang! Aku dengar suara dia je terus rasa menyampah. Celaka punya Shark, budget samseng habis!

Aku tahu bro, ni cuma satu cerita sahaja. Tapi kan bro, kalau lu dapat tengok kesilapan kecil-kecil macam gini, filem lu bro tapau filem luar bro tapi, kalau lu tak berlakon la. Kalau berlakon sama bro, tak boleh blah la bro. Kayu, gua cakap bukan nak buat lu sakit hati bro. Gua cakap ikhlas ni, nak bagi scene filem kita maju.

Masa aku tengok filem "X-Men : First Class" aritu, aku ada dengar nasihat Prof X, "Buat apa nak cabar benda yang kita dah tahu kita boleh buat. Kita patutnya cabar benda yang kita tak boleh buat." Aku harap kau faham nasihat Prof X ni.

Eh, jap. Kau pernah tak berlakon selain dari produksi Skop Production?

Lagi satu yang aku nak tanya kau. Apa kod rahsia PEKIDA yang kau guna dalam filem ni? Sumpah aku tak jumpa. Atau aku tak perasan.

Aku harap kau dapat baca sikit la komen aku ni eh Cul?

Sekian.

P/S : Aku suka Ajib. Susah sekarang nak cari samseng kurus-tak-takut-mati. Samseng sekarang semua gemok-gemok. Banyak makan rasuah dan McD.

MORAL OF THE STORY : SAMSENG TU SAMSENG GAK. EMAK JANGAN LUPA. PUI, SIAL LA!

3 comments:

  1. wah...akhirnya, gi layan jugak citer ni ea...

    ReplyDelete
  2. Hahaha. Layan sorg2... Abistu, yg lain sume boikot. Kui kui kui...

    ReplyDelete
  3. hahaha... cam haram review filem cmnih... tapi best baca..!

    ReplyDelete

Komenlah Aku