Monday, January 17, 2011
SURAT TERBUKA UNTUK ACUL
Salam perkenalan,
Pertama-tamanya aku nak ucap tahniah la pada kau kerana filem Khurafat sedang rancak ditayangkan di pawagam seluruh negara. Sampai aku pun terjebak pergi tengok juga. Tak pasal-pasal dah pecah rekod aku semalam. Rekod untuk tak menonton filem arahan kau di pawagam. Demmit. Kau jangan ambil hati pula aku cakap gini. Cuma aku tak berapa gemar kau berlakon filem sendiri jadi watak hero. Entah kenapa ntah. Jangan kecik hati tawww.
Acul,
Kau panggil kau Acul je la eh. Lebih mesra giteww. Aku bagi bintang terbaik untuk filem Khurafat ni. Dia punya twist ending memang mengancam. Memang wow betul. Sampai aku 2,3 kali tukar pendapat tentang ending filem ini. Kejap-kejap, "Eh, ending dia mesti macam ni". Lepas tu kejap lagi, "Eh, aku rasa ending dia macam tu la". Cilakak, tak boleh nak konsisten dengan tekaan asal. Masa awal-awal filem aku dah sound dalam hati dah. "Apekegila la si Acul ni pergi majlis kebumi pakai baju hitam. Tak taw adat langsung". Rupanya bila tonton sampai habis, terus aku maki hamun. Dalam hati, "Cilakak, rupanya tu cuma roh dia. Patut la pakai baju hitam. Demmit!". Congrate Cul, lu memang power!
Acul,
Dalam pada itu aku try la bagi komen sikit terhadap filem kau yang baru ni. Aku rasa kau tak kecik hati. Apa ada hal kalau aku komen sikit-sikit. Bukan kau rugi pun. At least kau nanti taw kekurangan kau. Aku komen ni pun sebab kot la kau nak buat filem seram lagi akan datang, boleh kau ambil kira kritikan aku ni. Takde la kau main syok sendiri je masa bikin filem nanti. Lagipun, aku ni penonton biasa je, bukan pengkritik nama gah-gah. Takde jatuhnya air muka kau kalau aku kritik ni. Boleh eh?
1) Yang paling aku dan kawan-kawan aku gelak ialah macam kelogik-akalan filem kau ni kureng la Cul. Asyik malam je memanjang. Asyik seram je memanjang. Aku taw la kau buat filem hantu tapi takkan nak seram je dari minit 1 sampai minit terakhir kot. Contoh la, filem romantik. Kau pernah tengok filem tu dari mula sampai habis pelakon beromen sahaja? Lagi satu, cuba tukar tradisi filem hantu Malaysia dari segi penataan cahaya. Asyik malam sahaja. Kendian, dalam bilik bergelap macam kat Malaysia rakyatnya tak tahu guna lampu. Dan yang paling aku nak kau improve ialah benda logik yang kecik-kecik ni. Contoh ketara la, tingkap bilik Johan dan Aishah masa tidur malam. Wadahel tidur dengan tingkap terbuka luas?
2) Skrip kau tu Cul. Kasi la macam selamba sikit. Macam neutral sikit. Macam orang berborak biasa. Jangan la skema sangat. Bak kata budak-budak dulu, jangan la skempos (Skema Nak Mampos) sangat. Kesian dengan makcik cleaner tu. Skema gila skrip dia. Aku dengan kawan-kawan aku bantai gelak je dengar skrip makcik cleaner tu macam karangan budak SPM.
3) Kalau boleh, ni cerita kalau kau boleh buat la, kalau boleh, boleh tak kau jangan jadi lead actor? Pilih la pelakon lelaki lain. Atau pelakon baru yang kau boleh bentuk dia untuk jadi star ke. Kalau kau teringin sangat nak berlakon, jadi cameo sudah la. Bagi la peluang orang lain untuk jadi lead actor filem arahan kau. At least cuba la skali ke. Aku tak ingat kalau filem kau sebelum ni ada yang kau bukan lead actor. Tapi selepas kau menang pengarah terbaik aritu, aku mula ambil perhatian dengan bakat pengarahan kau. Chheeewwwaaah!
Acul,
Aku rasa cukup la tu dulu. Kalau banyak-banyak sangat nanti kau kata aku nak kondem kau pula. Cukup la 3 point ni. Tak kan 3 point ni pun kau tak boleh buat untuk projek filem kau akan datang. Memang la kau tak boleh nak puaskan hati semua orang. Tapi at least ambilkira juga la pandangan aku ni, kan?
Ok la Cul. Nanti aku try promote filem kau ni dengan kawan-kawan aku yang lain. Selamat berkarya.
P/S : Kawan aku nama Arine tonton filem kau sebab dia kata kau hensem. Ye ke kau hensem?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wah..tabik r atas ulasan + kritikan yg sangat panjang lebar + best...ruginye tak dpt join tgk citer ni...
ReplyDeletetumpang tny ea...awat panggil nama Acul?????????
Shamsul = Acul.
ReplyDeleteOk la tu, nama manja. Ihiks.
bro...mane n3 bru?
ReplyDelete