Thursday, June 16, 2011

PERIHAL JAMBAN

Benda ini sebenarnya benda kecil. Orang lain tak ambil port sangat. Tapi bagi aku benda ni benda penting. Biar la orang lain tak nak suarakan tapi aku suka hati la nak suarakan. Peduli la orang yang tak nak ambil tahu. Tapi yang penting lepas aku tulis, aku rasa lega dan pendapat aku dibaca.

Aku harap sangat mana-mana pihak yang berkuasa tertinggi dapat menyelaraskan saiz jamban di stesen-stesen minyak khasnya atau tempat awam yang lain amnya. Ya, benda jamban ni nampak je tak penting tapi kalau kau dah nak terberak sangat, ke jamban juga kau tuju. Ye tak?

Yang aku hangin, apa ke babi la stesen minyak buat tandas saiz S je? Tak fikir ke yang beli minyak dekat stesen minyak kau tu datangnya dari pelbagai saiz? Apa kau ingat orang kurus je ke yang pandai beli minyak petrol dekat stesen minyak?


Ini merupakan perbuatan rasis dan tidak berperikemanusiaan! Mana hak kami untuk mendapatkan tandas saiz XL? Apa ke babi kalau masuk jamban yang sama besar / muat-muat dengan badan kami? Macam mana nak cangkung / duduk? Macam mana nak cebok?

Tiap kali aku singgah ke stesen minyak yang menyediakan tandas saiz S dan aku dalam keadaan terpaksa, aku memerlukan setengah jam untuk menyelesaikan urusan aku. Babi! Setengah jam tu aku dapat buat macam-macam. Urusan standard di jamban saiz XL hanya mengambil masa kurang dari 15 minit. 15 minit aku rugi taw! Ingat orang gemuk tak tahu hargai masa ke?

Aku harap mana yang terasa sila buat perubahan. Kalau aku buat laporan pun, belum pasti ada yang nak dengar. Apatah lagi jika isu ini dibentangkan di Parlimen. Sure jadi bahan gelak orang. Tapi sebenarnya, yang gelak itulah orang yang rasis dan orang macam ini boleh porak perandakan manusia sejagat, Boleh kena tangkap atas akta hasutan. Harap-harapnya.
Sekian.

Yang prihatin.

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku