Friday, June 17, 2011

KENAPA AKU TERUJA DENGAN GANGGUAN

Kalau kau tak kenal aku, mesti kau kata aku poyo sebab teruja lebih bila buku Gangguan ini akan menerjah pasaran buku indie. "Eleh, poyo gile mamat tu. Macam dia sorang je yang ada buku..". Aku tak peduli. Aku nak teruja itu hak aku. Poyo itu hak kau. Suka hati kau.

Ok, aku cerita sikit kenapa aku begitu teruja dengan adanya buku Gangguan ini.

i) Dulu aku bercita-cita nak jadi penulis. Dah banyak cerpen aku yang aku buat separuh jalan sebab tak ada keazaman yang padu dan idea yang jitu. Itu cerita lama, zaman aku sekolah menengah. Tapi bila Tokrimau tiba-tiba dapat idea nak terbitkan kompilasi cerita seram dan suspen, aku masuk ujibakat. Suka-suka. Saja nak test power. Dalam suka-suka, sebenarnya aku berharap sangat supaya dapat. Hehehe.

ii) Beberapa penulis di dalam kompilasi ini adalah mereka yang sudah dikenali di dunia siber dengan hasil art masing-masing. Ada tauke blog hantu, ada penulis buku, ada pengarah filem pendek, ada penggiat art yang aku sendiri tak kenal. Hey, berkoleborasi dengan mereka merupakan satu penghormatan tau.

iii) Baca buku cerita seram suspen dengan 10 cerita yang berlainan, dari 10 penulis yang berlainan, diolah dari 10 otak yang berlainan, dari 10 gaya lenggok bahasa yang berlainan, dari 10 perspektif yang berlainan dan 10 jenis hantu yang berlainan (ok, ini aku bohong). Pergh, dengan buku se-rare ini, 10 tahun lagi ia boleh diletak sebaris dengan buku lagenda yang lain (Cewah!).

iv) Penerbit buku ini ada Sindiket Sol-jah. Siapa yang tak bangga kalau bukunya dicetak oleh Sindiket Sol-jah yang mempunyai pengikut mereka yang tersendiri. Weh, aku sendiri tertarik dengan sindiket ini kerana semangat mereka mengetengahkan art-art kepada muda-mudi di ibukota. Takde la muda-mudi ibukota hanya tahu bershuffling dan merempit saja.

1 comment:

Komenlah Aku