Wednesday, June 08, 2011

HERO KAMPUNG

Circa 2045

Di satu kampung yang aman dan damai, kelihatan seorang lelaki berumur sedang membersihkan gua batu miliknya. Lelaki itu bernama Bruce. Dia masih lagi kelihatan tegap walaupun telah dimamah usia. Selesai menyapu dedaun kering di hadapan gua-nya, dia mengilap kereta berenjin hibrid miliknya. Ini kereta champion.

"Weh, Peter... Mai sini sat. Borak-borak dulu. Hang kalut kayuh gerek nak pi mana?" Pakcik Bruce menegur kawannya, Peter yang terkocoh kacah mengayuh basikal.

"Eh, kau Bruce. Si Mary suruh aku pergi kedai kejap. Daun basil nak buat pizza habis." Jawap Pakcik yang bernama Peter itu.

Lalu berborak-lah 2 sahabat lama itu sekadarnya. Begitulah keadaan kampung itu. Saling bertegur dan mengambil tahu masalah sesama penduduk. Dulu, kira-kira 30 tahun yang lepas, mereka sama-sama bermigrasi ke situ, ke kampung itu. Kampung Hero.

"Eh, aku dengar si Clark dah tak duduk sini lagi. Tony bagitau aku semalam." Pakcik Peter memulakan sesi pemecah ais pagi itu.

"Patutnya dah lama dia patut balik kampung dia. Siapa yang tak cemburu tengok dia yang tak tua-tua tu." Pakcik Bruce memangkah.

"Ah, kau ni pun, itu pun nak cemburu. Patutnya kau lebih cemburukan si Tony tu. Dalam usia macam ni, Piper masih lagi nak jaga dia. Dah la kena strok, masih lagi nak menggatal. Hahaha"

Apabila mereka mula bercerita tentang Tony ada sahaja bahan gelak tawanya.

"Eh, tadi hang nak ke kedai kan? Mai ikut aku. Aku saja nak kasi panas enjin Batmobil ni, lagipun dah habis caj dah ni." Pakcik Bruce mempelawa.

Pucuk di cita ulam yang datang, Pakcik Peter pun follow terus.

"Tu la kau Peter, siapa suruh kau gadai kostum kau dalam E-Bay dulu. Kalau kau jual sekarang, harga mesti meletup punya!" Pakcik Bruce marah.

Pakcik Peter senyap malas nak layan.


*********


Begitu la keadaan di Kampung Hero. Pakcik-pakcik saling mengungkit kisah lama mereka. Sejak kadar jenayah jalanan di bandar makin pupus, maka kerja untuk mereka pun pupus sama sekali.


Siri 2045 sebelumnya :
2045 : TAHUN TANPA SUBSIDI

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku