Suatu petang, ayah ajak kami pergi Plaza Angsana sebab nak beli kasut hitam untuk meeting special dia nanti. Lepas makan, ayah ajak makan McD. Kami setujukan je ayah yang nak belanja. Ayah seluk poket dan hulurkan sekeping not 10 dan sekeping not 50, baki beli kasut tadi.
"Beli 4 set yang dapat cawan," Ayah pesan pada adik.
Tapi bila adik sampai di meja, dia cuma bawa 2 set yang dapat cawan, manakala 2 lagi set biasa.
"Kenapa 2 set je?" Ayah tanya.
"Kalau beli 4 set dah harga 6 puluh lebih. Duit tak cukup. Yang ini pun harga dah 5 puluh lebih." Jawab adik dengan tenang.
"Ooooooo." Jawab ayah tanda percaya.
Bila dah habis makan, adik pergi basuh tangan. Emak pun kemaskan meja sebab bila anak beranak lelaki ini yang makan, berspah mengalahkan budak kecil. Emak ternampak resit pembelian tadi, emak senyum sahaja dan bagi pada ayah lalu ayah pun senyum. Tanpa berbicara pun mereka mampu berinteraksi. Hebat betul.
Bila adik balik ke meja, ayah bagi resit pada adik dan adik gelak besar. Aku tak puas hati, aku ambil resit itu. Aku pun gelak besar.
"Dik, tadi kata harga semua 5 puluh lebih tapi kenapa lebihnya tu cuma 90 sen?" Aku tanya. "Ni nak ambil 4 set cawan pun boleh lagi."
"Kalau adik beli 4, bakinya sikit sangat yang boleh dikelepet. Kalau yang ni lebih sikit."
Esoknya, ayah dah tak bagi duit poket pada adik sebab dah banyak sangat dia kelepet. Duit baki beli sarapan dia sebat. Duit baki beli akhbar dia sebat. Duit baki beras pun dia sebat.
Adik memang pelajar IPT yang sedang bercuti dalam keadaan broken dan penny-less.
Hohohoho... hebat betul keklepetan itu
ReplyDelete