Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU

CIRCA 1998

Masa zaman sekolah dulu, aku bukan budak nakal. Jadinya, jarang aku bersua dengan jawatankuasa tatatertib. Nama aku pun jarang jadi bahan bual setiap umat manusia dalam sekolah itu. Tak kiralah tadika ke sekolah rendah ke sekolah menengah ke. Sejak kecil lagi aku sudah pandai lay-low.

Banyak-banyak kejadian yang berlaku di sekolah, tak kiranya tadika ke sekolah rendah ke sekolah menengah ke, ada satu kejadian yang aku paling tak kan lupa kerana ini adalah satu-satunya hukuman public humiliation yang berlaku kepada diri aku sendiri. Takde la humiliation sangat sebab lepas kena tempeleng tu boleh rasa macam bangga juga. Bangga? Bangga sebab muka aku kuat kena tempeleng mulut tak berdarah.

Kesnya bermula bila aku dapati kasut sekolah aku dirembat pada pagi hari Jumaat yang itu. Bayangkan, dalam keadaan anda lambat nak ke perhimpunan, kasut sekolah kena rembat, kain sampin pun kena rembat. Otak aku tak dapat nak fikir dengan rasional sangat sebab nak singgah dewan makan untuk bersarapan pun dah tak sempat. Lalu aku sarung je mana-mana kasut sport yang peratusan putihnya tinggi berbanding kasut sport yang lain. Dengan pantas sepantas Usop Pantas, aku berlari ke perhimpunan.

Lepas perhimpunan, pengawas pula buat taik dengan spotcheck bodoh mereka. Tak pasal-pasal aku aku ditahan atas 2 kesalahan yang pada itu kesalahan yang besar iaitu tak pakai sampin coklat dan tak berkasut sekolah. Lalu kami (Ya, bukan aku sorang sahaja yang berkesalahan ini sebab kesalahan ini adalah standard pada hari Jumaat di sekolah ini), dihimpunkan di dalam satu garisan panjang di hujung tapak perhimpunan. Lalu Guru Penolong Kanan turun dari arah pejabat pentadbiran dengan muka yang cengey. Bermuka cengey sudah menjadi trademark guru itu.

Mungkin moodnya swing pagi itu. Semua pesalah, tak kira kesalahan, menerima hukuman yang sama (walaupun tak setimpal) iaitu ditempeleng. Yang salah tak turun subuh (kesalahan besar) dan yang salah tak pakai name tag (kesalahan kecil) pun kena tempeleng. Terdengar juga bisik kecil pesalah tak pakai name tag, "Kalau tak pakai name tag dengan tak turun subuh pun sama kena tempeleng, baik esok aku tak turun subuh." Bila difikir-fikir, ada betulnya juga.

Menjadi pesalah terakhir yang dikenakan hukuman (sebab aku berada di hujung barisan) merupakan perkara yang paling mendebarkan. Bayangkan anda telah melihat dan seakan merasai kesakitan yang dialami oleh pesalah yang awal. Terasa bagai di tempeleng berkali-kali rasanya. *Meremang bulu roma*

Bila tiba giliran aku, jantung aku dah meletup. Mata aku dah melilau memandang tingkat atas bangunan pentadbiran yang menempatkan kelas pelajar puteri. Aku memandang makwe-makwe di atas yang bermuka sedih. Aku jadikannya kekuatan untuk hati aku supaya bersedia menerima hukuman ini dengan redha.

Bilamana tempeleng itu datangkan dari sebelah kanan, muka aku seakan secara automatik mengelak ke kiri. Miss. GPK itu tak puas hati lalu melancarkan tempeleng dari arah kiri pula. Keajaiban berlalu lagi. Muka aku secara automatik berpaling ke kanan. Miss. GPK tak puas lalu serta merta melancarkan Hikmat Tempeleng Berganda yang jarang dilakukan iaitu serangan tempeleng dari arah kiri dan kanan secara serentak. Aku gagal mengelak sebab masa itu aku tak sempat nak fikir nak elak lalu mana.

Aku seakan dipause selama 5 saat. Hilang ingatan. Hampir rebah pun ada. Yang pengawas boleh ketawa seronok tengok aku kena tempeleng. Sialan. Lalu aku dipapah masuk ke dalam kelas sebagai seorang wira dan pak lawak pada pagi Jumaat itu.

***************************************************************************

Oh, ye. GPK tadi ialah Ustaz Saer Bin Mungin. Terima kasih Ustaz. Dan cerita ini diolah supaya aku kelihatan hebat dan dia kelihatan jahat. Walhal semua orang tahu yang bersalah tetap salah :)

Terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam pembikinan "Fikri Kacak" ini sejak dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan institut pengajian. Tanpa anda, saya tak menulis seperti hari ini.

Juga kepada kawan-kawan yang berkerjaya sebagai guru, semoga menjadi guru yang terampil macam Onizuka.

4 comments:

  1. Ustaz Saer Mungin? Biasa dengar nama dia. Mungkin akak saya pernah belajar dengan dia kot.

    ReplyDelete
  2. Dulu (before 1997) dia mengajar kat sekolah tinggi rasa. Sekrang pengetua SMKA Kuala Selangor.

    ReplyDelete
  3. Hoh, patut la rasa familir nama tu! Mungkin jumpa dalam majalah sekolah yang lama-lama.

    ReplyDelete

Komenlah Aku