Saturday, March 26, 2011

INOVASI SURAT BERANTAI

Aku paling hangin kalau dapat emel yang bukan-bukan. Bukan bukan-bukan yang macam mana pun. Cuma yang berkaitan dengan agama. Niat mereka memang baik, nak beri peringatan sesama umat islam tapi cara mereka bagi aku kelihatan kurang elok. Sebab ia melibatkan hadis nabi dan ayat suci Al-Quran.

Depa cakap hari kiamat semakin hampir berdasarkan hadis-hadis nabi tapi bila ditanya hadis nabi yang mana satu, depa marah kita. Depa cakap kenapa nak mempertikaikan benda yang baik. Eh, salah ke aku nak tanya? Nak juga tahu. Tak kan la nak percaya sebarang je. Bukan nak salahkan niat baik tu tapi kalau caranya salah, siapa yang tak angin.

Depa sibuk pung pang pung pang sembang cakap hadis nabi yang ni kata tu, hadis nabi yang tu kata ni, kiamat dah dekat, ayat Al-Quran pun ada cakap tapi bila ditanyakan hadis dan ayat Al-Quran yang mana, dia marah kita sebab nak menghalang depa menyebarkan syiar islam. Depa marah cakap kenapa kalau bab agama kita susah nak percaya tapi kalau orang asing cakap kita mudah percaya.

Ape ni? Ape ni?

Kita dididik untuk berfikir dan bukan percaya bulat-bulat macam orang tak de akal.

Kemudian bagi emel tulis, " Ada satu hadis sahih yang saya sengaja tidak tunjukkan di sini..." - Kalau korang baca ayat ni dipermulaan emel, agak korang la, apa perkara pertama yang terlintas. Perkara pertama yang terlintas dalam otak aku ialah, "Kenapa sengaja tak nak tunjuk? Kenapa tak nak kongsi ilmu? Atau sebenarnya ini adalah reka semata-mata?"

Ikhlas ni.

Nak lagi best lagi bila ada quote, "
Setelah saya membuat kajian,sekiranya kehadiran planet besar ini dan melintas di antara orbit bumi & matahari,gelombang-gelombang pancaran akan keluar,dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api. Anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik. Ini pesanan saya lagi...".

Kenapa tak tulis journal atau penulisan yang berkaitan dan dedahkan hasil kajian ini dengan data-data kajian tersebut dalam pembentangan kertas kajian. Semoga orang semua dapat ambil iktibar. Umat sejagat dalam meneruskan kajian ini. Kenapa tidak? Kenapa perlu tulis dalam emel dan sebarkan "...menurut hasil kajian saya..." tanpa ada apa-apa bukti asas?

Dunia sekarang dah banyak sangat penipu sampai nak bezakan yang baik dan jahat pun dah susah dah. So, kalau benar kajian sudah dibuat apa salahnya kongsi kajian itu. Bukan tulis kosong tanpa apa-apa bukti.

Dan korang yang baca emel pun boleh pulak percaya.

Gosh!

Ini ada inovasi surat berantai (yang dulu-dulu style kena fotostat 100 keping dan edarkan. kalau tak edarkan, nescaya akan mati dalam masa 3 hari).

Sila fikir ye tuan-tuan dan puan-puan, sebelum anda semua percaya 100%.

1 comment:

  1. stuju jim...bangsa berjaya adalah bangsa yang banyak bertanya bukan bangsa yang ikut cakap je (jumud)

    ReplyDelete

Komenlah Aku