Semalam sempat juga aku buka ruang masa aku untuk bersukan bowling bersama pasangan pengantin baru dan Imran. Alhamdulillah, skill masih tak berkarat dan stamina mina hey hey masih lagi padu. Ehem ehem.
Sundang suruh aku re-watch filem "Paul Blart : Mall Cop" untuk mendapatkan semula momentum kalau rasa down sebab dia rasa filem ini boleh meniupkan kembali semangat yang hilang. Aku pun rasa macam tu sebab nasib Paul Blart pun macam aku gak. Loser. Satu lagi filem yang aku rasa iras-iras filem "Paul Blart : Mall Cop" ialah "Observe & Report" yang dilakonkan oleh all-time-favourite-hero, Seth Rogen.
Dulu orang selalu gelakkan atau paling kurang pun akan senyum sinis kalau aku cakap aku boleh lakukan apa yang kebanyakkan orang kurus boleh buat. Selalunya selesai aku cakap statement tadi, ia akan disusuli oleh gelak dan senyum sinis orang ramai. Aku tak kisah sebab aku dah biasa.
Cerita satu.
Masa zaman poli dulu, selepas balik dari latihan polibriged, ada seorang kawan cabar aku untuk lari sambil daki terus bukit yang berkecerunan lebih kurang 45 darjah. Yang pada mata kawan tu aku tak mampu untuk daki sambil berlari. Dengan angkuh dia cabar aku dengan ganjarannya sebungkus nasi ayam pasar malam. Makanan adalah motivasi yang paling utama back then. Surprisely, lepas aku berjaya mendaki bukit itu dengan risiko jatuh tergolek, satu bungkus nasi ayam pun aku tak dapat. Kalau kenal orang nama Zarul, cakap dekat dia, dia hutang aku nasi ayam sebungkus. Ha ha ha.
Damn, i really miss the time when people dare me and i amazingly manage to complete it. It's make me proud of myself eventhough i know i'm fat ass.
I need time machine now. Please.
No comments:
Post a Comment
Komenlah Aku