Thursday, March 31, 2011

AMPUN MAAF, SAYA BERNIAT BAIK

Saya bukan penggemar tarian atau saya lebih gemar gelarkan ia sebagai senaman poco-poco, dan saya juga bukan orang yang tinggi ilmu untuk menentang atau menolak keputusan mana-mana pihak berkuasa. Tapi rasanya sebagai makhluk yang dikurniakan akal, saya rasa saya mempunyai hak untuk mengetahui punca atau apa-apa penerangan disebalik pengharaman senaman poco-poco ini. Walaupun ada yang menganggap saya berdosa jika menentang atau mempersoalkan keputusan mana-mana pihak yang tinggi ilmunya, tapi apakah meminta penjelasan tentang hukum juga dianggap berdosa.

Dalam status facebook saya, saya ada bertanya kenapa pengumuman pengharaman senaman poco-poco ini tidak disertakan dengan penerangan dan hujah sekaligus supaya tiada suara-suara sumbang dan banyak hati yang tertanya-tanya. Namun ramai juga yang menganggap saya sebagai penentang. Saya rasa fed-up. Sangat-sangat fed-up dengan jawapan yang saya terima.

Ya, ada juga yang sound saya, "Kalau dah majlis fatwa yang tinggi ilmu cakap macam tu, kita ikut je la. Kau ingat ilmu agama kau dah cukup?". Tak kurang juga ada yang kata, "Lebih baik kita banyakkan solat sebagai senaman" atau "Berani betul kau nak argue keputusan majlis fatwa. Kau tu siapa nak argue? Tinggi sangat ilmu?". Dan yang saya cukup terasa hati (sentap) bila, "Eh, kau yang tanya banyak ni macam la kau buat poco-poco. Tak perlu nak over kot".

Kalau ikut ilmu saya yang cetek ini, saya mahu tahu bahagian Jamaica yang mana satu yang amalkan senaman ini sebagai acara memuja roh. Atau dalam sesetengah emel yang diterima, bahagian Filipina yang mana guna gerakan senaman ini di dalam gereja kristian? Ya, saya cetek ilmu dan perkara ini benar-benar membuatkan akal saya meronta untuk bertemu jawapan.

Atau yang lebih kelakar bila dalam emel mengatakan salah satu gerakan ini ada bentuk "t" atau salib. Apakah kalau kerana gerakan menyerupai "t" ia dianggap kristianisasi? Kalau begitu apakah kita patut haramkan permainan catur kerana buah catur Queen ada lambang "t" atau salib? Tidak kan? Kita cuma perlu patahkan lambang salib itu dan catur kembali halal. Kalau gerakan berlambang "t" atau salib itu yang menjadi isu, apa salahnya gerakan itu ditukar ke gerakan yang tidak menyerupai "t". Betul? Ok, lompat bintang juga haram sebab kalau buat secara slow-mo, ia akan membentuk lambang "t" atau salib. Dan yang kelakarnya, anda yang baca emel ini boleh terus percaya lantas menuduh mereka yang tidak percaya sebagai berdosa. Buat la sedikit penyelidikan sebelum percaya. Bukan susah pun, google je la.

Isu gerakan berbentuk "t" atau salib ni cuma timbul dalam sesetengah emel dan bukannya dari surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perak.

Saya bukan seorang yang kuat agama. Sembahyang 5 waktu pun kadang kala ada yang bocor-bocor tapi saya cuba untuk memperbaikinya. Tapi ini tidak bermakna saya tidak mempunyai hak untuk bertanya, betul tidak? bertanya dan bukan menentang.

Beberapa pendapat dalam status saya. Tanpa edit.

1. Hana Daniella
"kengkadang ade sesuatu tuh kita x perlu tahu sebab musababnya.. reason tuh dirahsiakan untuk menjaga kemuslihatan umum.. lg pule cr ko nih bkn nk tahu sbb tp more nk argue.. kalau bkn kite nih yg org islam mmberi kepercayaan penuh kat majlis fatwa xkn la nk soh penganut agama lain pulok kn kn kn.. majlis fatwa nih dianggotai oleh orang yang tinggi ilmu agama.. diorg bkn ny bole suke2 kuarkn statement tanpa ade hujah yg bernas.. nnt kang kt akhirat diorg yg kene tanggung klu suke2 kuarkn statement.. tuh pndpt haku la.."

2. Masraya Sait Cair
"da majlis fatwa da haramkan..mesti la ade sebabnya..kite ni kekurangan ilmu agama wat la cra kurang agama..dgr la dulu penerangan majlis fatwa...hal ni mgkn sukar nak d explain scr terang-terangan since kite ni msyrkt majmuk..insyaAllah xlame g mesti dibincangkan n di terangkan dlm rancangan Al-Kuliyyah ker...berani tulnak argue pasal agama ni..huh~"


3. Rafidah Azan
"alamak dh 2hari karang ni haha..cuma stu tuk renungan brsama..mngkin kite leh sm2 prbnyakkan solat tuk gntikan poco2 sbgai snman.bngga jd rkyat perak :)"

Harap-harap pihak yang berkenaan dapat memberi penjelasan dengan segera agar isu ini dapat dihentikan. Please.

4 comments:

  1. maafkan aku jika silap

    setahu aku mufti perak je yg cakap..

    bukan majlis mufti..

    haram di perak sahaja.. harap maklong

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. haha sabor wak.

    rasenye hal ni tak la hot sangat mcm kes yoga tu. kes yoga tu lagi ramai yg bertegang leher.lagi2 yang dah bukak pusat yoga.

    tapi tak tau la kalau ade yg dah bukak pusat poco2.

    poco-poco setakat ni ulama kat malaysia masih lagi bincang, ade yang selisih penapat.

    tapi relaks, jangan gadoh2. benda ni hal furu' je.tapi kalau negeri dah keluar fatwa masing-masing, ikut le mane yg rase lagi yakin.

    sebab masing2 ada hujjah dengan dalil yag kuat.

    eden punpuas jugak gelek poco2 kek melako dulu haha

    ReplyDelete

Komenlah Aku